Wednesday, March 16, 2016
Jom Kita Baca.... Plot Mahathir KEKALKAN KUASA POLITIKNYA !!!
Tan Sri Annuar Musa dalam ceramahnya semalam menyatakan 3M diperlukan
utk berada di puncak iaitu Machinery (parti), money (funding) dan media.
**************
Legasi Mahathir (Bahagian II)
Tetapi Mahathir hanya memberi gambaran yang dia mahukan Najib berundur.
Itu mungkin pelan asal beliau pada tahun 2014. Walau bagaimanapun, pelan
ini telah berubah kerana ini akan memanfaatkan Zahid berbanding
Mukhriz. Pelan baru Mahathir adlaah meletakkan Najib di bawah ancaman
yang teruk dan tekanan yan besar supaya dia akan merangkak ke Mahathir
untuk berdamai.
Korridor Kuasa
Raja Petra Kamarudin
Apabila kita membandingkan legasi Tun Dr. Mahathir Mohamad dan musuh
ketatnya, Lee Kuan Yew, apakah yang dapat kita lihat? dan mengapa
Mahathir menganggap Lee Kuan Yew sebagai musuhnya dan Singapura sebagai
'titik merah yang kecil'?
Apabila Mahathir mula memasuki pejabat Perdana Menteri Malaysia pada
tahun 1981, di menyelar seorang pegawai atasan kerajaan yang
mencadangkan supaya Malaysia mengambil sebahagian daripada polisi
Singapura. "Jangan sesekali ungkit nama Singapura," kata Mahathir.
"Bukankah kamu tahu yang kita sedang berperang dengan Singapura?"
Ya, itulah apa yang Mahathir fikirkan tentang Singapura. Dan sebab
itulah juga beliau menyumpah Tunku Abdul Rahman yang 'menyerahkan tanah
Melayu' kepada Cina. Sekiranya Mahathir dibenarkan untuk mengendalikan
krisis tahun 1965, dia akan menahan Kuan Yew dibawah ISA dan menghantar
Rejimen Melayu ke Singapura untuk 'meredakan keadaan'.
Ramai orang yang bercakap tentang Rusuhan Kaum 1969 ataupun 13 Mei di
Malaysia. Tetapi tiada siapa yang mahu menyebut tentang rusuhan kaum
1964 di Singapura yang mana kaum Cina Singapura menunjuk perasan tidak
puas hati menjadi sebahagian daripada Malaysia yang dibentuk pada tahun
sebelumnya.
Tetapi itu kisah untuk lain hari.
Yang utamanya, selepas Malaysia-Singapura berpisah, Malaysia tidak
menunjukkan prestasi sebaik Singapura. Pernah satu ketika, Malaysia
berkongsi syarikat penerbangan dengan Singapura iaitu Malaysia Singapore
Airlines (MSA). Kemudian ia terpisah kepada dua; Singapore Airlines dan
Malaysian Airlines.
Dalam tempoh 3 bulan sehingga DIsember 2015, Singapore Airlines
bertambah 35% untung bersih kepada RM816 Juta, berbanding RM600 Juta
pada tahun yang sebelumnya. Malaysian Airlines pula sedang berusaha
supaya tidak diisytiharkan muflis.
Pada satu ketika juga, Malaysia dan Singapura berkongsi satu matawang
yang sama. Hari ini, anda memerlukan tiga Ringgit Malaysia untuk membeli
satu Dollar Singapura. Yang lebih baik di Malaysia adalah anda boleh
mengunyah gula-gula getah manakala di Singapura anda tidak boleh.
Maka, terdapat banyak perkara yang perlu menjadi iri hati bila menyebut
tentang SIngapura. Dan sesuatu yang membuatkan Mahathir lebih iri hari
adalah bagaimana Kuan Yew boleh memerintah Singapura secara 'kuku besi'
dan mampu merancang dan menentukan kepimpinan yang seterusnya - yang
mana setiap penggantinya boleh mengikut perancangan Kuan Yew.
Sampaikan ada yang mengatakan bahawa, Kuan Yew adalah satu-satunya
Perdana Menteri di dunia ini yang boleh menguruskan negara dari dalam
kubur! Mahathir tidak mampu untuk melakukan perkara yang sama walaupun
beliau masih lagi hidup dan bukannya di dalam kubur. Tentunya ini adalah
sesuatu yang menyebabkan Mahathir berasa iri hati.
Kuan Yew merupakan Perdana Menteri Singapura selama 31 tahun bermula 3
Jun 1959 sehingga 28 November 1990. Selepas Kuan yew meletakkan jawatan,
penggantinya, Goh Chok Tong, melantik Kuan Yew sebagai Menteri Mentor.
Kuan Yew memegang jawatan ini selama 14 tahun sehingga 2004. Maka, Kuan
Yew masih mempunyai kuasa untuk mengatakan bagaimana negara Singapura
hendak diurus tadbir.
Kuan Yew berada di korridor kuasa selama 21 tahun selepas beliau bersama
dan memegang kuasa menteri selama 56 tahun! Dia menyambung untuk
berkhidmat di kawasan parlimennya, Tanjong Pagar sehingga hampir 60
tahun dan dipilih sebagai ahli Parlimen sehingga beliau meninggal dunia
pada tahun 2015.
Mahathir tidak boleh menerima Kuan Yew telah mengatasinya (dan Singapura
telah mengatasi Malaysia). Kuan Yew telah berjaya membina legasinya
sendiri, yang mana termasuk membina sebuah negara yang dihormati oleh
seluruh dunia. Apakah legasi Mahathir?
Mereka yang menulis tentang Mahathir hanya menceritakan tentang
kegagalan dan malapetaka kewangan yang berlaku kerana dirinya. Tiada
siapa yang bercakap tentang kejayaannya. Adalah hanya ini sahaja
peninggalan Mahathir yang mana orang lain akan mengingatinya? Adakah
tidak ada satupun kejayaan yang boleh disebut disebalik dua puluh atau
tiga puluh kegagalannya?
Kita mempunyai KLIA, KLCC, Langkawi dan sebagainya. Adakah ini tidak
dikira sama? Malangnya, itu hanyalah batu-bata dan simen sahaja. Dan
dalam skema yang lebih besar, ia tidak dikira. Legasi tersebut mestilah
lebih daripada bangunan dan monumen. Legasi Kuan Yew bukanlah mengenai
beribu bangunan yang beliau tinggalkan tetapi kepimpinan yang menjadi
panduan kepada Singapura untuk menghadapi masa-masa akan datang.
Dan legasi tersebut adalah anaknya, Perdana Menteri Lee Hsien Loong,
yang telah memimpin Singapura sejak 12 tahun yang lepas pada tahun 2004.
Apabila Kuan Yew bersara pada tahun 1990, dia melantik Goh Chok Tong
sebagai Perdana Menteri yang seterusnya melantik Hsien Loong sebagai
timbalannya. Mesej ini sangat jelas. Chok Tong akan menjadi Perdana
Menteri secara interim yang akan mengasuh dan menyediakan Hsien Loong
sebagai Perdana Menteri pada masa akan datang. Dan ia terjadi
sedemikian.
Mengambil iktibar daripada permainan Kuan Yew, Mahathir juga menyerahkan
kuasanya kepada seorang Perdana Menteri interim, Tun Abdullah Badawi
pada 1 November 2003, yang mana akan memberi laluan kepada Mukhriz untuk
mengambil alih selepas itu. Chok Tong, Perdana Menteri Singapura
memerintah selama 14 tahun. Mahathir berkehendak suapaya Pak Lah untuk
berkuasa selama 17 tahun sehingga tahun 2020 sebelum Pak Lah memberi
laluan kepada Mukhriz.
Tetapi, setelah bersetuju dengan rancangan ini, dan mengambil alih kuasa
pada 1 November 2003, Pak Lah memungkiri janji. Dan inilah apa yang
Mahathir maksudkan pada tahun 2006 apabila Pak Lah memungkiri janjinya.
Ini adalah apa yang ditulis pada artikel sebelum ini, Legasi Mahathir (Bahagian I).
Legasi Mahathir adalah mudah. Beliau akan serahkan kuasa kepada Pak Lah
pada November 2003. Mukhriz akan menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia
pada tahun seterusnya. Pada 2009, Mukhriz akan menjadi Ketua Pemuda
UMNO Malaysia. Pada 2013 pula, Mukhriz akan menjadi salah seorang
daripada Naib Presiden UMNO Malaysia. Dan pada tahun 2016 (yang kini
ditangguhkan kepada 2018) Mukhriz akan menjadi Timbalan Presiden UMNO
Malaysia. Menjelang tahun 2020, Mukhriz akan menjadi Presiden UMNO
Malaysia dan dalam gerak langkah yang sama akan menjadi Perdana Menteri
Malaysia yang baru.
Tetapi ini tidak berlaku. Sebaliknya, menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin
yang menaiki tangga kuasa UMNO. Mukhriz tidak menjadi Naib Ketua Pemuda
UMNO pada tahun 2004, tidak menjadi Ketua Pemuda UMNO pada tahun 2009
dan dia tidak menjadi Naib Presiden UMNO pada tahun 2013. Pada tahun ini
pula, pemilihan UMNO ditangguhkan dan merencatkan perancangan Mukhriz
untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO dan sekaligus, Timbalan Perdana
Menteri.
Agak memeranjatkan apabila Mukhriz gagal untuk memenangi salah satu
daripada tiga kerusi Naib Presiden pada tahun 2013. Secara tradisinya,
salah seorang Menteri Besar boleh memenangi sebuah kerusi Naib Presiden
walaupun bukan itu peraturannya. Ini hanya boleh berlaku apabila kesemua
Menteri Besar mengesahkan seorang calon sebagai wakil Menteri Besar.
Untuk ini berlaku, Perdana Menteri perlu memainkan peranan yang penting.
Najib, walau bagaimanapun, tidak membuat sedemikian dan Mukhriz kalah.
Bagi Mahathir, masa untuk Najib memegang tampuk kuasa menjadi semakin
berkurangan.
Sekiranya Mukhriz memenangi Naib Presiden pada tahun 2013, dan
kemudiannya Timbalan Presiden pada tahun 2016, ini akan bermakna empat
tahun daripada sekarang, Mukhriz akan menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Ini nampaknya tidak lagi mungkin. Kedua-dua Najib dan juga Pak Lah gagal
untuk memenuhi janji mereka dan atas kerana itulah Pak Lah telah
dijatuhkan dan Najib bakal dijatuhkan.
Pak Lah perlu keluar untuk Khairy di'bunuh'. Mahathir percaya
satu-satunya sebab mengapa Khairy berjaya adalah kerana beliau merupakan
menantu kepada seorang Perdana Menteri. Sekiranya Pak Lah bukan lagi
Perdana Menteri, maka nasib Khairy juga turut habis. Ini akan membuka
laluan bagi Mukhriz.
Pada 2013, Mahathir juga sedar sekitanya Mukhriz hendak dijadikan
Perdana Menteri, amaka Najib perlu dijatuhkan juga. Muhyiddin Yassin
bersetuju untuk mengambil alih daripada tangan Najib dan akan menjadi
'Goh Chok Tong' Malaysia dan dalam tempoh enam ke tujuh tahun akan
menyerahkan negara ini ke tangan Mukhriz.
Atas sebab itu, kempen Anti-Najib ini bermula di akhir 2014. Isunya
bukanlah 1MDB, derma 2.6 Billion. Ia adalah mengenai menggantikan Najib
dengan seorang Goh Chok Tong yang akan membuat laluan kepada Mukhriz
untuk berkuasa pada tahun 2020.
Sebaliknya, Najib telah mem'bunuh' Goh Chok Tong Malaysia dan
menggantikannya dengan Ahmad Zahid Hamidi. Tentunya, Zahid tidak mahu
menjadi Goh Chok Tong kepada Mahathir apabila beliau menjadi Perdana
Menteri kelak. Zahid juga tidak akan menikam Najib dari belakang untuk
mengambil alih tampuk kuasa sebelum masanya tiba.
Maka Zahid telah melindungi balakang Najib. Maka tentunya ganjaran bagi
kesetiaan ini adalah mengambil alih sebagai Perdana Menteri apabila
Najib bersedia untuk berundur satu hari kelak. Ini bermakna, ruang dan
peluang Mukhriz sudah tertutup - melainkan Najib dan Zahid akan
dijatuhkan serentak.
Apabila Pak Lah memungkiri janji berkenaan Mukhriz, Mahathir
menyerangnya. Bila Pak Lah kelihatan tidak akan jatuh, Mahathir keluar
dari UMNO dan bekerjasama dengan pembangkang untuk sabotaj pilihanraya
2008.
Mahathir mempunyai Matthias Chang untuk berjumpa ketua kaum CIna, yang
mana merupakan ahli MCA seumur hidup dan meminta mereka untuk mengundi
pembangkang. UMNO-Barisan Nasional perlu dihukum, kata Matthias, dan
satu-satunya cara untuk melakukan sedemikian adalah dengan mengundi
pembangkang.
Semasa satu sidang media di Alor Setar, Kedah, Mahathir berulang kali
memberitahu rakyat Malaysia supaya tidak mengundi UMNO-Barisan Nasional
dan mengundi pembangkang supaya UMNO-Barisan Nasional boleh dihukum.
Panggilan ini berkesan dan UMNO-Barisan Nasional telah menunjukkan
prestasi yang sangat teruk seperti mana yang telah dibuktikan pada tahun
2008. Ini adalah katalis untuk Mahathir menyingkirkan Pak Lah.
Seluruh tahun 2015 adalah mengenai usaha menjatuhkan Najib supaya
seorang Goh Chok Tong Malaysia boleh mengambil alih sebagai Perdana
Menteri. Perancangan tersebut tidak lagi mengambil tempat. Perancangan
untuk Mukhriz menjadi Naib Ketua Pemuda pada 2004 dan Ketua Pemuda pada
2009 dan seterusnya Naib Presiden pada 2013 juga ternyata gagal.
Ini bermaksud, pelan untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO pada tahun
2016 (kini tertangguh pada 2018) untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri
juga kelihatan gagal. Sekiranya Mukhriz hendak juga dijadikan Perdana
Menteri Malaysia pada tahun 2020, ia perlu digerakkan segera dengan
pelan dan strategi yang pantas dan bukannya seperti rancangan untuk
memanjat satu anak tangga pada satu masa yang telahpun bermula 14 tahun
yang lalu pada tahun 2002.
Rancangan kemajuan karier sebenarnya tersangat bijak melainkan satu
halangan dan halangan tersebut adalah Khairy Jamaluddin. Khairy membuat
keputusan untuk menyertai pertandingan dan Pak Lah tidak
menghentikannya. Pada waktu itu, Mukhriz masih mempunyai peluang untuk
menang sehinggalah Khir Toyo menyertai pertandingan tersebut dan
menjadikannya pertandingan tiga penjuru.
Sekiranya pertandingan tersebut menjadi satu lawan satu, maka Mukhriz
sudah tentu akan menang. Apabila Khir Toyo menyertai pertandingan
tersebut, peluang Mukhriz menjadi semakin tipis kerana Khir Toyo dan
Mukhriz memancing undi dari 'kolam' yang sama. Khairy mempunyai
kelebihan di situ.
Ini menyebabkan Mahathir menjadi berang. Tersangat berang sehingga
melepaskan 'anjing'nya iaitu SPRM untuk mengenakan Khir Toyo. Ini adalah
penyebab mengapa Khir dipenjarakan (bukan kerana beliau korup - kerana
sekiranya beliau dianggap korup, maka 90% ahli politik lain dari
mana-mana parti akan dipenjarakan bersama beliau), tetapi kerana beliau
sabotaj peluang Mukhriz untuk menjadi seorang Perdana Menteri.
Sebenarnya Mahathir telah menggunakan Samsudin Majulia untuk memerangkap
Khir Toyo. Khir telah ditikam belakan dan dijual oleh orangnya sendiri.
Tetapi itulah yang akan berlaku kepada seseorang yang menjadi batu
penghalang kepada gerakan untuk menjadikan Mukhriz sebagai Perdana
Menteri.
Mahathir mengetahui bahawa menjatuhkan Najib tidak lagi menjamin Mukhriz
menjadi Perdana Menteri kerana ini hanya akan menjadikan Zahid Hamidi
mengambil alih lebih awal dari perancangan. Satu-satunya cara untuk
Mukhriz menjadi Perdana Menteri adalah dengan membuang Zahid dan
menggantikan Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri. Apabila tiba
tahun 2020, Najib akan bersara dan Mukhriz boleh mengambil alih kuasa.
Ini adalah rancangan terbaru menggantikan rancangan lama 'satu langkah
pada satu masa'. Dan untuk rancangan ini berjaya, Najib perlu
menggantikan Zahid dengan Mukhriz, Ini perlu berlaku sebelum pemilihan
parti pada 2018. Jika tidak, peluang ini akan tertutup selama-lamanya.
Itulah juga mengapa Mahathir keluar dari UMNO pada 29 Februari 2016 dan
melancarkan kempen Selamatkan Malaysia dengan menandatangani Deklarasi
Rakyat (Deklarasi Tun Mahathir - Lim Kit Siang) pada 4 Mac 2016.
Mahathir tahu beliau tidak lagi mampu menjatuhkan Najib dari dalaman
UMNO. Maka beliau akan lakukan dari luar UMNO.
Tetapi Mahathir hanya memberi gambaran yang dia mahukan Najib berundur.
Itu mungkin rancangan asal beliau pada tahun 2014. Walau bagaimanapun,
rancangan ini telah berubah kerana ini akan memanfaatkan Zahid
berbanding Mukhriz. Pelan baru Mahathir adlaah meletakkan Najib di bawah
ancaman yang teruk dan tekanan yan besar supaya dia akan merangkak ke
Mahathir untuk berdamai.
Pelan berdamai tersebut akan melibatkan rancangan untuk menggantikan
Zahid dengan Mukhriz dan perlu dilaksanakan sebelum pemilihan parti 2018
dan selepas memberikan Mukhriz kerusi parlimen untuk PRU ke 14 kelak
(bagi melayakkan Mukhriz menjadi Timbalan Perdana Menteri dan
kemudiannya Perdana Menteri pada tahun 2020).
Maka, adakah perjuangan Mahathir ikhlas mengenai kempen Selamatkan
Malaysia? Ataupun entang Deklarasi Rakyat? Sekiranya anda percayakan
perkara tersebut, maka wajiblah anda percaya akan kewujudan Santa Claus
dan pembantunya di Kutub Utara.
Bukan!
Ini adalah mengenai legasi Mahathir. Sekiranya Kuan Yew boleh
melakukannya mengapa Mahathir tidak boleh? Adakah anda terlalu naif
memikirkan bahawa Mahathir memikirkan tentang rakyat dan negaranya?
Mahathir, seperti Joseph Stalin akan membiarkan berjuta rakyatnya
terbunuh asalkan beliau memenangi satu perperangan. Sekiranya anda tidak
tahu perkara ini, maka anda terlalu bodoh untuk berbicara tentang
politik. Mahathir akan melakukan apa sahaja, termasuk sabotaj
UMNO-Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum akan datang semata-mata
untuk memastikan legasinya untuk menjadikan Mukhriz seorang Perdana
Menteri tercapai.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment