Wednesday, March 16, 2016
Menarik Untuk Dikongsi Bersama....
Apa yang ketara dalam isu memburukkan Datuk Seri Najib adalah kepada
berat menceritakan keburukannya sahaja tanpa sedikit pun mahu memberi
ruang kepada cerita kebaikan nya.
Cerita keburukan berkenaan Najib pula 95% ada lah ciptaan dan andaian sahaja.
Atas sebab bermotifkan kepentingan peribadi dan niat tidak jujur , maka kebaikan dan kerja baik DS Najib di sembunyikan.
Siapa lah musuh DS Najib yang mahu bercerita berkenaan 60,000 rakyat sudah mendapat rumah murah?
Siapa pula mahu bercerita kepada rakyat DS Najib adalah penaung Yayasan
Pondok yang memberi dana jutaan ringgit kepada Institusi Pondok yang
sudah di tingkatkan prasarana dan rupa bentuk pendidikan pondok. Cerita
sebegini boleh “defeat”kan hasrat memburukan Najib , maka ia elok di
pendamkan dan di sembunyikan dari pengetahuan rakyat.
Selain itu siapa pula mahu bercerita kepada rakyat sudah hampir 4000
imam masjid dan surau yang miskin tanpa mengira parti telah di hantar
mengerjakan haji dalam program haji Perdana Menteri?
Mari kita baca dengan insaf maklumat dan cerita dibawah ini dari seorang kakitangan Urusetia Program Haji 1MDB.
“Ketika berada di tanah suci ,saya sebagai kakitangan dan urusetia Haji
Program Perdana Menteri dibawah 1MDB telah di berikan pakaian “vest”
biru sebagai Pengenalan kami adalah urusetia yang di lantik.
Ini bagi memudahkan peserta program Haji yang terdiri dari ramai Imam
imam yang uzur JKK yang ada semua untuk mudah mengenali kami jika ada
apa apa keperluan terdesak atau emergensi untuk keperluan mereka.
Maka seperti biasa kami bergilir pergi ke rumah Allah untuk mengerjakan amal ibadat sambil mengikut jadual kerja haji.
Kira nya sambil kami penuhi tuntutan dan syarat kerja kan haji , kami juga buat kerja amal.
Sedang saya berdiri melihat kaabah dan keagungan rumah itu, tiba tida datang segerombolan jemaah yang kesemua nya agak berumur.
Salah seorang dari mereka mendekati saya dan bertanya.
“Kamu kerja dengan Najib kah?”
Saya tidak tahu hendak menjawap apa.Lalu dia menunjukan kan kepada logo di vest saya yang tertera perkataan Urusetia 1MDB.
Saya baru faham apa maksud dia.
Saya pun menjawap “Ia saya dengan 1MDB”. Mungkin sangka nya saya bersama urusetia 1MDB pasti saya rapat dengan DS Najib.
Dia berkata lagi “ Jika kamu nanti jumpa Najib , kasi tau sama dia ,
kami sudah doakan dia di depan kaabah tadi, kami ramai ramai mohon
kepada Allah supaya menjaga Najib”.
Saya pun angguk kan kepala , dan mereka pun mahu beredar pergi.
Namun saya sempat mengekori mereka dan bertanya, kamu semua dari mana? Mereka menjawap “Sabah”.
Kemudian seorang dari mereka sempat mencelah dan berkata “Kami ini susah mahu keluar dari kampung, modal pun tak ada” kata nya.
“Kami bukan ada wang walaupun sudah tua,dalam simpanan pun tidak cukup
lagi mahu kerja kan haji umur sudah lanjut simpanan masih ratus ringgit
sahaja” kata nya.
“Kami tidak kenal ini orang nama Najib, tapi dia hantar kami pergi kerja
kan haji , keluar kampung sendiri pun tidak pernah terus Najib hantar
kami naik pesawat ke Putrajaya ambil surat dan terus kami ke Mekah kerja
kan haji” tambah nya.
“Jadi kami telah doakan kepada Allah supaya ini orang nama Najib di lindungi nya dan di sejahterakan”
“Kamu nanti kirimkan salam kami kepada dia dan katakan kami sudah doa
kepada Allah didepan kaabah untuk dia” begitu lah habis cerita.
Saya kemudian bercerita kepada urusetia yang lain,namun saya di tegur
kerana tidak kenalpasti siapa mereka dan di Jandriah mana mereka berada
untuk diambilkan gambar.
Begitulah agak nya cerita kebaikan yang disampaikan oleh seorang
urusetia Haji Program Perdana Menteri bawah 1MDB kepada media kenapa
walaupun DS Najib diserang oleh pelbagai pihak dari pelbagai penjuru
tetapi masih kukuh dan kuat di situ.
Agak nya doa mereka yang mengerjakan haji mereka mereka yang di hantar
ke haji dibwah kota khas Program haji DS Najib memohon kepada Allah
menyebabkan Allah melindungi Ds Najib.
Didepan Allah di kira kesemua nya, bukan keburukan sahaja.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment