Wednesday, March 16, 2016

PH Sanggup Bantu Tun M Tapi Gagal Endahkan Kesihatan Anwar Di Penjara - SAMM

SHAH ALAM : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyifatkan Deklarasi Rakyat lebih mengutamakan agenda peribadi pihak tertentu semata-mata dan sanggup mempergunakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bersengkongkol dengan Tun Dr Mahathir Mohamamed

Sedangkan ujar penyelarasnya Faisal Zainal, deklarasi yang ditulis Mahathir itu tidak langsung menyebut soal Anwar tetapi hanya memberi fokus kepada pemecatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Dalam keadaan krisis politik memperlihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap relevan. Ini dibuktikan dengan jelas di mana pihak yang memperkudakan nama rakyat untuk bersekongkol dengan Mahathir sendiri tidak mampu berdiri sendiri tanpa endorsement dari Anwar.

"Maka kononnya mereka mengumumkan 'surat dari penjara' menyokong mereka," katanya dalam satu kenyataan media.

Namun lebih menyedihkan lagi katanya, sehingga sekarang pembangkang gagal memastikan Anwar mendapat rawatan yang baik dalam penjara, sebaliknya bersekutu dengan musuh bekas Ketua Pembangkang itu.

"Maklumat terbaru Anwar dalam keadaan sangat sakit di dalam penjara, tiada siapa ambil peduli.

"Apa yang mereka peduli hanya mengasak Anwar bersetuju dengan strategi menjadikan mahathir ketua dan negarawan bagi menjatuhkan Najib," ujar beliau.

Malah beliau tidak menolak Mahathir mungkin akan membuat 'pusingan U' dalam keputusan kes khalwat Anwar untuk merealisasikan impiannya.

"Inilah Mahathir bila tidak kena hatinya dia katakan sistem rosak. Namun apabila menyentuh perihal Anwar dan rakyat, dia suruh akui sistem walaupun di zamannya sistem perundangan yang bebas dihancurkannya.

"Percayalah juga bila desakan menolak Mahathir datang dari kalangan pembangkang diperkuatkan, Mahathir tidak mustahil akhirnya akan membuat 'u turn' dan sebut Anwar tidak bersalah. Ingatlah bahawa Mahathir ini penganut machiaveli tegar. Matlamat halalkan cara," katanya lagi. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment