Wednesday, March 16, 2016

Cassandra Chung Kuda Tunggangan Dap Mainkan Politik Kebencian

KUALA LUMPUR : Petisyen kepada University Of Nottingham untuk menurunkan gambar potret YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak oleh Cassandra Chung boleh dikatakan satu permainan politik kebencian oleh pihak pakatan pembangkang.

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah berkata, seperti mana yang umum tahu permainan “Political Assignation” ini sudah menjadi nyawa pada pembangkang dengan menguna pakai pelajar tanpa memikirkan masa hadapan pelajar.

“Lihat sahaja contoh-contoh sebelum ini, sudah ada ramai pelajar seperti Adam Adli dan ramai lagi anak muda yang tercicir dalam pendidikan kerana permainan politik kotor pakatan.
“Kini muncul Cassandra Chung, satu lagi kuda tunggangan Dap yang mengeluarkan petisyen kebudak-budakkan untuk menurunkan potret gambar YAB Perdana Menteri di Nottingham University,” ujarnya yang yang juga Pengerusi Briged Kesatria Muda Pemuda UMNO Malaysia.

Tambahnya, bagi masyarakat di luar yang tidak mengenali siapa individu ini, Cassandra Chung terlibat dalam beberapa siri dalam gerakan pakatan untuk memburukkan imej negara ketika BERSIH diluar negara.

“Di belakang beliau seperti biasa adalah pimpinan pakatan seperti Tony Pua dan Nurul Izzah. Beliau berasal daripada Petaling Jaya dan mentor ikutan beliau adalah Tony Pua yang memang dikenali sebagai salah seorang ahli politik yang gemar permainan persepsi kebencian.

“Cassandra Chung tidak memikirkan kepentingan negara malah lebih suka menjatuhkan imej dan maruah negara kerana kecenderungan ideologi beliau terhadap Dap serta pakatan pembangkang

“Hakikatnya, permainan “Political Assignation” ini sudah menjadi asam garam dan nyawa politik Pakatan, kalau tanpa cara ini mereka tidak akan hidup dalam politik negara kita ini,” ujarnya lagi.

Beliau turut berharap agar University Of Nottingham, tidak tunduk pada permainan politik keji Cassandra Chung, kerana beliau hanya alat tunggangan Dap untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia.

“Saya harap rakyat negara kita buka minda untuk menilai permainan kotor “Pecah dan Perintah” dan “Political Assignation” oleh DAP Pakatan,” tambahnya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment