Wednesday, March 09, 2016

Kisah Jual Nama... Zaman Khan Nafi Terlibat Gerakan Guling Kerajaan

Kasihan Tan Sri Zaman Khan yang kini terlantar sakit di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang terkejut selepas namanya tiba-tiba dikaitkan dengan gerakan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman itu menafikan sebarang pembabitannya dalam gerakan yang dicetuskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau terkejut apabila dikatakan antara salah seorang yang berbuat demikian sedangkan beliau langsung tidak bersetuju dengan tindakan tidak demokratik itu, justeru berasa hairan bagaimana namanya boleh dikaitkan sebagai salah seorang yang menyokong perkara itu.

Mengulas lanjut, Mohd. Zaman Khan, 73, yang telah seminggu dirawat di HUKM akibat pendarahan dalam perut.

“Saya hairan macam mana nama saya boleh dikaitkan sedangkan saya berada di hospital. Mungkin mereka mahu tunjukkan pada rakyat bahawa deklarasi itu mendapat sokongan kuat.

“Saya tidak akan sama sekali bersetuju dengan perbuatan menggulingkan kerajaan, saya ada pendirian sendiri,” katanya

 "Malam kelmarin saya dilawati (Presiden PERKASA) Datuk Ibrahim Ali, dan kami memang ada berbincang mengenai perkara ini, saya tahu mengenai deklarasi yang Dr Mahathir bawa, tapi saya tidak terbabit langsung," katanya.

Justeru, beliau melahirkan kekecewaannya kerana mengheret namanya sebagai antara individu yang disenarai sebagai menandatangani deklarasi itu Jumaat.

Dalam majlis di Pusat Alumni Universiti Malaya, nama Zaman Khan antara yang disebut menandatangani deklarasi itu biarpun beliau tidak hadir.

Nama lain disebut dan tidak hadir, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua, bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Dalam perkembangan sama, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Shamsuri Arshad turut menafikan beliau hadir dan menandatangani deklarasi tersebut.

“Tidak, saya tidak hadir pun di majlis itu, terima kasih,” katanya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment