Wednesday, March 09, 2016
Deklarasi Rakyat Penyelesaian Terbaik Tundukkan Najib - Shafie Apdal... Apa Kata Suruh Dia (Shafie) Letak Jawatan Dalam Parlimen???
KUALA LUMPUR : Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal bakal
menyertai Tun Dr Mahathir Mohamad, anaknya, Datuk Seri Mukhriz dan bekas
Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin menandatangani
Deklarasi Rakyat yang didokong pembangkang.
Shafie berkata deklarasi itu tiada kaitan dengan usaha untuk
menggulingkan sesuatu kerajaan tetapi hanya desakan kepada Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar berundur.
"Ia langkah yang baik. Saya sokong walaupun belum menandatanganinya. Ia
tiada kena mengena dengan menggesa kerajaan ditumbangkan.
"Dr Mahathir cuma mahu Najib turun, dan itulah penyelesaiannya," katanya kepada wartawan di lobi Parlimen, pada Isnin.
Bagaimanpun Shafie tidak mengulas agenda utama pembangkang untuk membebaskan Ketua Umum PKR, daripada hukuman penjara.
Anwar dimasukkan ke penjara selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan
beliau bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan
pada 2008.
Ketika majlis tandatangan deklarasi itu, agenda pembebasan Anwar tidak pula dibangkitkan.
Malah, Mahathir ketika ditanya pemberita menafikan deklarasi itu akan memfokuskan usaha untuk membebaskan Anwar.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertegas,
Mahathir perlu akur pada agenda utama pembangkang itu kerana bekas
presiden Umno itu lemah dan perlukan bantuan mereka.
Sehingga kini tiada lagi sebarang maklum balas di pihak Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin.
Sementara itu, mengulas mengenai gesaan agar Muhyiddin dipecat dari
Umno, Shafie berkata semua peraturan dalaman parti perlu dipatuhi jika
Majlis Tertinggi (MT) Umno mahu berbuat demikian.
Katanya, ia agak janggal jika MT Umno bertindak menyiasat, menghukum dan mencari pengganti Muhyiddin sebagai timbalan presiden.
Pada masa ini Muhyiddin digantung daripada jawatan timbalan presiden Umno selepas kritikan bertali arus terhadap Najib.
Tanggungjawab beliau kini dipangku Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan timbalan perdana menteri.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment