Wednesday, March 09, 2016
Padan Mukanya.... Rafizi Disiasat Berhubung Kkenyataan palsu, fitnah Tabung Haji
KUALA LUMPUR : Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli hari ini dipanggil
memberi keterangan atas dakwaan memberi kenyataan palsu dan memfitnah
berhubung kenyataannya sebelum ini berkaitan beberapa siri pendedahan
skandal berkaitan Lembaga Tabung Haji.
Ahli Parlimen Pandan itu mempersoalkan mengapa beliau diambil keterangan
sebagai saksi dalam siasatan kes Tabung Haji itu dan bukannya sebagai
suspek.
"Soalan-soalan yang ditanya tadi ialah berkisar mengenai 2 perkara iaitu
pertama, analisa saya mengenai kedudukan kewangan Tabung Haji yang
menunjukkan Tabung Haji mempunyai rizab negatif.
"Kedua, mengenai kenyataan 'corporate guarantee' (jaminan korporat) yang diberi Tabung Haji.
"Saya dimaklumkan kenyataan tadi diambil sebagai saksi kepada siasatan.
"Cuma saya tak rasa ada orang lain yang komen mengenai 2 perkara itu,"
katanya di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala
Lumpur hari ini.
Pada 28 Februari, Tabung Haji membuat laporan polis terhadap Rafizi
berhubung dakwaan ia memberi jaminan korporat kepada syarikat
bersekutunya, TH Heavy Engineering Berhad (THHE).
Menurut peguam yang mewakilinya, Faizal Rahman, Rafizi disiasat mengikut
Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana kenyataan memfitnah dan Seksyen 203
kanun sama kerana mengeluarkan kenyataan palsu.
Faizal berkata, ketika soal siasat dijalankan selama lebih kurang 1 jam
itu, walaupun pihaknya mengambil pendirian berdiam diri, namun mereka
sudah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis.
Rafizi berkata, beliau dinasihatkan peguamnya agar tidak memberi
sebarang kenyataan setelah melihat soalan dan dokumen yang ditunjukkan
kerana ia menimbulkan keraguan.
"Saya agak ragu-ragu sama ada saya dipanggil sebagai saksi. Kemudian,
jika saya memberikan keterangan, saya kemudian akan didakwa," katanya.
Katanya, Tabung Haji sepatutnya menjawab semua tuduhan ini kepada
penabung dan meyakinkan mereka yang menyimpan wang dengan pihak itu,
bukannya membuat laporan polis dengan harapan beliau berhenti membuat
kenyataan mengenai mereka.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment