Monday, March 07, 2016
Mari Lah Baca Sejarahnya..... Mahathir Bergaduh Dengan Semua PM Malaysia, Kecuali Satu
Hanya seorang sahaja Perdana Menteri yang tidak “diganggu” oleh Mahathir
iaitu Tun Razak. Perdana Menteri Malaysia yang lain semuanya “diganggu”
oleh Mahathir. Dulu Tun Mahathir bergaduh dengan dua orang bekas
Perdana Menteri sekaligus pada 1987 (Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein
Onn).
Berbeza kini, bila ada seorang lagi bekas Perdana Menteri (Pak Lah)
tidak bersetuju dan tidak bersepakat dengan Tun Mahathir (bekas Perdana
Menteri) untuk mengecam kepimpinan yang sedia ada.
Mahathir pilih Pak Lah gantikannya, kemudian Pak Lah juga kena ganggu.
Kemudian cadang Najib ganti Pak Lah, tidak lama selepas itu, Mahathir
kacau Najib pula. Dengan Tun Hussein Onn yang memberi laluan kepadanya
sebagai Perdana Menteri pun, hubungan Mahathir dengan Hussein Onn tidak
pernah harmoni dan aman.
Mahathir Dengan Tunku Abdul Rahman
Selepas kemerdekaan 1957, Mahathir pada mulanya terlibat sama aktif
dalam politik, namun beliau tiba tiba menyepikan diri dari politik . Ada
pihak menyatakan beliau merajuk pada waktu itu kerana membantah
tindakan Tunku Abdul Rahman untuk mengadakan perjanjian pertahanan
dengan British dan mengekalkan tentera British selepas merdeka.
Bila diteliti kembali rupanya, Mahathir bukanlah tidak berpuas hati
dengan pangkalan tentera British tetapi kerana masalah dalamannya
sendiri dengan Tunku Abdul Rahman.
Setelah dipecat oleh UMNO selama 21 bulan pada 1969, Mahathir berceramah
mengecam UMNO di pentas PAS. Mahathir juga mempertikaikan pemimpin UMNO
sebagai tidak membela orang Melayu di atas pentas ceramah PAS (Business
Times, 19 Jun 1995).
Pada tahun 1982, ketika Tunku Abdul Rahman masih hidup, beliau terguris
dengan Mahathir bila bangunan Carcosa Negara yang telah dihadiahkan oleh
Tunku kepada British telah diambil balik oleh Mahathir. Dalam
tulisannya di akhbar The Star, 26 Mei 1984, Tunku menggangap tuntutan
itu sebagai satu usaha untuk melupakan jasa jasanya. Menurut Tunku suatu
ketika dulu beliau dituduh menjual negara kepada orang Cina, pada waktu
itu pula beliau dituduh seolah olah telah menjual negara kepada
British.
Mahathir Dengan Tun Razak
Selepas Tunku Abdul Rahman tidak lagi menjadi Presiden UMNO, Datuk Harun
Idris (Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia) adalah orang yang mula
mula berjumpa sendiri dengan Mahathir dan memujuk beliau kembali ke
dalam UMNO.
Sebenarya, Mahathir sendiri yang membuat permohonan untuk menjadi semula
ahli UMNO pada 6 Februari 1972. Mahathir tulis surat pada Tun Razak
(bapa Najib) dan menyatakan keinginan beliau untuk masuk semula UMNO
(The News Staits Times, 7 Februari 1972). Mungkin sebab inilah Mahathir
tidak mengganggu bapa Dato Seri Najib ketika itu.
Diterima semula masuk UMNO bukannya di Kedah, tetapi di UMNO Cawangan Rawang, Selangor.
Bermakna orang Kedah pun tidak terima Mahathir pada waktu itu.
Mahathir bernasib baik kerana diangkat terus oleh Tun Razak (bapa Najib)
dan Tun Hussein ke kedudukan yang tinggi daripada seorang ahli biasa
kepada Timbalan Perdana Menteri dalam masa 4 tahun sahaja.
Sepatutnya, Ghafar Baba yang lebih layak dipilih menjadi Timbalan
Perdana Menteri pada tahun 1976 di sisi Tun Hussein Onn kerana mengikut
undian Naib Presiden, Ghafar Baba mendapat undi paling tinggi, kedudukan
kedua adalah Tengku Razaleigh dan ketiga barulah Mahathir.
Mahathir Dengan Hussein Onn
Konflik dalaman pada zaman Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri tidak
diketahui khalayak. Ramai tidak tahu sebenarnya Tun Hussein Onn bukan
berundur kerana faktor kesihatan namun kerana tekanan yang kuat
diberikan Mahathir.
Diterima semula masuk UMNO bukannya di Kedah, tetapi di UMNO Cawangan Rawang, Selangor.
Bermakna orang Kedah pun tidak terima Mahathir pada waktu itu.
Mahathir bernasib baik kerana diangkat terus oleh Tun Razak (bapa Najib)
dan Tun Hussein ke kedudukan yang tinggi daripada seorang ahli biasa
kepada Timbalan Perdana Menteri dalam masa 4 tahun sahaja.
Sepatutnya, Ghafar Baba yang lebih layak dipilih menjadi Timbalan
Perdana Menteri pada tahun 1976 di sisi Tun Hussein Onn kerana mengikut
undian Naib Presiden, Ghafar Baba mendapat undi paling tinggi, kedudukan
kedua adalah Tengku Razaleigh dan ketiga barulah Mahathir.
Mahathir Dengan Hussein Onn
Konflik dalaman pada zaman Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri tidak
diketahui khalayak. Ramai tidak tahu sebenarnya Tun Hussein Onn bukan
berundur kerana faktor kesihatan namun kerana tekanan yang kuat
diberikan Mahathir.
Selain kemasukan Anwar, Mahathir juga dikecam hebat pada tahun 1984
kerana bercadang untuk membina rumah Perdana Menteri berharga RM10 juta.
Mahathir juga menghadapi cabaran besar tentangan dari Tunku Abdul
Rahman, Datuk Senu Abdul Rahman dan Datuk Harun bila mahu meminda Rang
Undang Undang Perlembagaan (Pindaan) 1983.
Mahathir Dikata Mahu Letak Jawatan
Mahathir dikatakan membelakangi Majlis Tertinggi dalam membuat pindaan
itu. Akibat tekanan yang kuat, Mahathir dikatakan akan meletak jawatan
pada waktu tersebut.
“Memang saya nafikan yang saya akan meletakkan jawatan. Ada sebilangan
ahli UMNO yang mencadangkan disebabkan kebuntuan (di dalam pindaan
perlembagaa) itu saya harus meletakkan jawatan. Saya tidak menerima
rumusan itu kerana saya tidak fikir perletakan jawatan itu akan
menyelesaikan masalah” kata Mahathir Mohamad.
Isu yang timbul pada waktu itu lebih kritikal dan tidak pun dijawab
kepada rakyat bawahan. Akhirnya diselesaikan secara kompromi antara
Kerajaan dan Institusi Raja. Mahathir juga pernah menggunakan perkataan
“rakyat yang memilih saya” sewaktu menjadi Perdana Menteri
“Saya tidak ada hak berhenti. Saya tidak ada hak untuk meletakkan
jawatan kecuali rakyat mahu saya berbuat demikian. Saya tidak memilih
diri saya untuk menjadi Perdana Menteri. Rakyat yang memilih saya”
Mahathir, News Straits Times, 28 Mei 1984.
Jawapan yang diberikan oleh Mahathir pada waktu itu juga adalah secara
umum dan tidak menyentuh secara spesifik tentang pindaan yang hendak
dibuat. Sampai bila bila pun Tun Mahathir tidak mahu terima jawapan yang
telah diberikan. Mungkin sejarah ini tidak diketahui oleh penyokong
fanatik Tun Mahathir pada hari ini.
Mereka juga tidak tahu Mahathir juga pernah didesak letak jawatan pada
1984 lagi. Kalau tidak Tun Mahathir hanya jadi PM selama 5 tahun sahaja.
3 tahun selepas itu, beliau didesak lagi meletak jawatan kerana hilang
kepercayaan daripada pemimpin pemimpin kanan UMNO bermula dari Timbalan
Presiden dan bekas Menteri Kewangan pada tahun 1987, namun Mahathir
tidak pun meletak jawatan.
Perpecahan & Krisis Mahathir Lebih Kritikal
Daripada isu perlembagaan, isu krisis dengan bekas Perdana Menteri
(Tunku Abdul Rahman & Tun Hussein Onn), isu projek projek mega yang
ditentang hebat kerana tiada impak yang dirasai oleh masyakat luar
bandar pada 1983, isu krisis UMNO dan Semangat 46 serta zaman reformasi
1998. Isu isu di zaman Mahathir lebih kritikal dan panas.
Namun rakyat masih lagi taat setia bersama pemimpin dan kerajaan yang
memerintah. Patuh pada ulil amri. Bila menjadi bekas Perdana Menteri,
Tun Mahathir pernah menggangu zaman Pak Lah dan kini zaman Dato Seri
Najib.
Tidak adil hendak bandingkan Perdana Menteri yang baru 6 tahun menerajui
Malaysia dengan Perdana Menteri yang memegang jawatan 22 tahun. Berilah
peluang dan masa.
Rakyat juga memberi peluang dan masa kepada Tun Mahathir, sehingga
beliau begitu disayangi selepas meletak jawatan pada 2003. Usahlah rasa
sayang dan hormat itu dilunturkan dengan gangguan gangguan yang tidak
sepatutnya. Ketika umat Islam dunia sedang berpecah dan berkonflik
dengan peperangan di Yemen, Syria, Palestin, Iraq, suara dan teguran Tun
Mahathir itu amatlah dirindui sekali.
Perpaduan parti dan matlamat 2020 itu lebih penting. Bukankah Wawasan
2020 itu juga impian murni Tun Mahathir? Dato Seri Najib sedang
bertungkus lumus berusaha untuk realisasikan matlamat itu, oleh itu
bersama samalah jayakan matlamat itu secara bersama.
#RespectMyPM
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment