Monday, March 07, 2016
Orang Lama Sudah Bersuara.... 'Mereka Tidak Ada Hak Suruh Najib Lepaskan Jawatan' - Rais Yatim
GOMBAK : Penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosio-budaya, Tan Sri Dr Rais
Yatim kecewa dengan tindakan Tun Dr Mahathir bersekongkol dengan
pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri.
Dr Rais menjelaskan, beliau terkejut dengan tindakan bekas Perdana
Menteri itu kerana ia merupakan satu tindakan luar biasa Dr Mahathir.
"Saya tak menduga Tun Mahathir akan melaksanakan taktik seperti itu
kerana selama ini beliau tidak kelihatan mesra dengan Lim Kit Siang, PKR
mahupun pihak yang terbabit (pada Jumaat) malah, beliau sangat kritis
terhadap mereka.
"Bagi saya, hanya satu mekanisme yang boleh dipakai (untuk Najib
lepaskan jawatan), iaitu menerusi undang-undang. Masa pilihanraya umum
nanti tentukan lah," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan
majlis pra pelancaran 'Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)
Alumni Global Home Coming 2016', di sini petang tadi.
Tambahnya, apa-apa kritikan terhadap kerajaan perlu dibuat secara profesional bagi mengelak terjerumus kepada dakwaan liar.
"Ada hal-hal berkaitan yang belum selesai. Ada dua tahun lagi untuk buat
'kerja rumah', jadi, dia tidak boleh disuruh turun," tambahnya.
Rais turut menyifatkan deklarasi tersebut sebagai 'perhimpunan politik terdesak dalam keadaan yang tidak menentu.'
Terdahulu Rais yang juga Presiden UIAM turut melancarkan Portal Alumni,
Majalah REACH, Tabung Biasiswa Alumni dan Alumni Book Cafe.
Sebanyak RM600,000 sumbangan berjaya dikumpul pada majlis berkenaan sebagai membiayai aktiviti serta tabung alumni tersebut.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment