Monday, March 07, 2016
Nazri Mahu Muhyiddin, Mukhriz Disingkir
PETALING JAYA : Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir
perlu disingkirkan daripada Umno kerana mereka bertindak melangkaui
batas, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz.
Menurut Nazri, jalan terbaik adalah dengan menggugurkan timbalan
presiden Umno yang digantung dan bekas menteri besar Kedah itu daripada
Umno atas tuduhan melanggar disiplin parti.
"Kami perlu berbincang semasa mesyuarat Majlis Tertinggi Umno akan
datang. Sudah tentu pendapat peribadi saya adalah untuk memastikan
mereka keluar.
"Sama seperti bagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng
menyingkirkan dua wakil rakyat yang tidak mengundi resolusi menentang
Umno di Dewan Undangan Negeri. Kami akan mengikuti gaya mereka,"
katanya.
Nazri sebelum ini berkata beliau tidak bersetuju supaya Muhyiddin
dipecat daripada parti tetapi kini katanya bekas timbalan perdana
menteri itu perlu disingkirkan.
"Sebelum ini beliau mengkritik dalam lingkungan parti...tapi sekarang
beliau sudah melampaui batas, duduk dengan pembangkang," katanya sambil
menambah bahawa mereka tidak akan tergesa-gesa mengenai perkara itu
kerana terdapat prosedur yang perlu diikuti.
Ditanya mengenai kenyataan Mukhriz yang mendakwa pengisytiharan
'Selamatkan Malaysia' hanya untuk menjatuhkan Najib dan bukannya Umno,
Nazri berkata kenyataan itu tidak logik.
"Seluruh Umno menyokong Najib, jadi bagaimana beliau boleh mengatakan bahawa ia tidak menjatuhkan Umno?
"Tak ada logik. Lebih-lebih lagi perjanjian itu juga menuntut supaya
semua orang yang bersama-sama dengan Najib perlu dijatuhkan, jadi secara
automatik bermakna ia adalah untuk menjatuhkan Umno," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment