Monday, March 07, 2016
Tolak Persekongkolan Dengan Pembangkang : TPM
“UMNO dan BN menolak persekongkolan itu. Tidak terjangkau di benak
fikiran rakyat tentang tindakan yang sebegitu keras diambil oleh
tokoh-tokoh berkenaan terutamanya yang berstatus negarawan yang cuba
mempengaruhi rakyat untuk menukar barisan kepimpinan negara yang telah
dipilih secara sah melalui pilihan raya.
“Ia (deklarasi rakyat) adalah satu tindakan yang tidak masuk akal dan tidak berpaksikan kepada kebenaran”.
Itu kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang
menegaskan bahawa perpaduan dalam kalangan anggota UMNO masih kukuh dan
terus utuh mendukung kepimpinan presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib
Razak.
Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, usaha beberapa bekas
pemimpin parti bersekongkol dengan pembangkang dan mengeluarkan
‘deklarasi rakyat’ adalah lebih kepada kehendak pihak tertentu yang
pernah memegang jawatan tertinggi dalam parti serta pernah mengetuai
parti komponan BN.
“Tindakan itu jelas mempunyai agenda tersendiri yang tidak sulit untuk rakyat tafsirkan.
“Dalam keadaan inilah, kita di peringkat pusat dan negeri khususnya di
bahagian akar umbi perlu berazam untuk memperkukuhkan dan memperkasakan
perpaduan dalam kalangan anggota parti,” katanya selepas perjumpaan khas
bersama barisan kepimpinan UMNO Sabah di Kota Kinabalu, Sabtu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment