Friday, March 11, 2016
PAS Wujudkan Blok Baru Jadikan Pembangkang Terus Celaru, Haru Biru
KUALA LUMPUR : Kecelaruan di kalangan parti pembangkang
dilihat makin terserlah apabila Pas pula mengumumkan akan membentuk
gabungan blok pembangkang baru yang akan dilancarkan pada 16 Mac nanti
sekaligus memperlihatkan pembangkang bersimpang siur.
Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata selepas
terkuburnya Pakatan Rakyat dan lahirnya Pakatan Harapan yang diterajui
bersama Dap, PKR dan Amanah, kemunculan blok baru pembangkang seperti
yang diwar-warkan oleh pimpinan Pas merupakan satu lagi episod malang
buat pembangkang.
Menurut
beliau itu belum lagi dikira apakah nama bentuk pakatan yang memerintah
negeri Selangor hari ini antara ketiga-tiga parti iaitu PKR, Dap dan
Pas yang jelas tidak ada satu ksesepakatan serta permuafakatan yang padu
sesama mereka.
“Jelas dan terpampang di depan mata kita semua bagaimana celarunya
parti-parti pembangkang dalam membentuk satu gabungan. Sebenarnya
masing-masing hendak mempergunakan antara satu dengan yang lain dan
perasaan yang penuh curiga sesama sendiri menyebabkan wujudnya senario
tersebut.
“Jika itu tidak wujud, sudah tentu dan sudah pastinya mereka akan
dapat bekerjasama dan duduk dalam satu gabungan yang mempunyai titik
noktah yang sama tetapi itu tidak berlaku di kalangan mereka,” katanya
kepada media, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas hasrat Pas yang akan mengumumkan satu blok pembangkang baru pada 16 Mac ini.
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyudin Hasan dilaporkan berkata
kewujudan blok berkenaan bakal diwujudkan dengan sebuah parti pembagai
kaum dan NGO.
Mengulas lebih lanjut Shamsul yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO
seterusnya menambah sememangnya di dalam parti pembangkang hanya yang
bijak dan yang cerdik sahaja akan mendapat keuntungan politik.
Justeru jelasnya mungkin Pas akan mencuba nasib menerusi blok baru
pembangkang berkenaan untuk menjadi sebuah parti yang dominan di dalam
pakatan terbabit.
“Mungkin berasaskan kepada pengalaman lalu ketika parti itu berada di
dalam Pakatan Rakyat yang sentiasa menjadi bahan dan permainan kepada
rakan sekutu yang lain menyebabkan Pas cuba mencari gabungan lain.
“Untuk menjadi parti dominan bersama Pakatan Harapan adalah satu
perkara yang cukup mustahil. Jadi dengan cara terbaik adalah mewujudkan
apa yang diperkatakan itu dan mungkin hasrat Pas tercapai kelak,”
ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment