Friday, March 11, 2016
Wan Azizah Dicabar Parti PAS
PAS hari ini tampil menyatakan kesediaan mereka untuk menyokong, jika
usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana
Menteri dibentangkan di Dewan Rakyat.
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, jika Wan Azizah
membentangkan usul itu, semua Ahli Parlimen PAS dan termasuk
Presidennya, Abdul Hadi Awang akan menyokongnya.
Mengulas lanjut, Takiyuddin juga mendedahkan parti Islam itu juga akan
membentuk satu blok Politik ketiga dalam landskap Politik Negara bagi
menghadapi Pilihan Raya Umum yang ke 14.
IRONIKnya, kenapa pulak PAS nak desak Wan Azizah untuk membawa usul
tersebut sedangkan sebelum ini Wan Azizah mendakwa parti itu yang sering
meng-GAGAL-kan usaha mereka?
Dalam satu kenyataan yang dibuat sebelum ini, Wan Azizah melahirkan rasa
kesalnya terhadap Ahli Parlimen PAS yang tidak memberi sokongan
terhadap usul untuk menolak Bajet 2016.
"Ia tindakan sia-sia. Kami tahu ia tidak akan berhasil kerana pernah cuba sebelum ini," kata Wan Azizah kepada pemberita di lobi Parlimen pada Rabu.
Nah! Tidakkah kenyataan itu membuktikan bahawa PKR menyalahkan
kepimpinan PAS kerana enggan turut serta dalam usaha Pakatan Haprak tu
menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional?
Bahkan, itu bukan kali pertama PAS bertindak sedemikian. Malah PKR
sebelum ini juga pernah menuduh PAS telah meng-GAGAL-kan agenda 16
September dan perlaksanaan agenda Langkah Kajang. Jadi, buat apa PKR nak
ikut cakap orang yang seringkali membeloti mereka!!!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment