Friday, May 06, 2016

Debat 1MDB : Pembangkang Makin Melalut, Hilang Punca Di Sarawak

KUALA LUMPUR : Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah menyifatkan pembangkang sudah semakin melalut dan hilang punca apabila terus memutar isu 1MDB dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang tinggal tiga hari sahaja lagi sebelum pengundian.
Jelasnya, beliau yakin rakyat Sarawak tidak akan mudah terpengaruh dengan isu murahan yang cuba dimainkan oleh pembangkang ini.
Shamsul Anuar Nasarah 
“Pembangkang sebenarnya sudah ketandusan isu dan apabila melihat aura Perdana Menteri serta Ketua Menteri Sarawak yang semakin kuat menambat hati rakyat, menyebabkan mereka gusar, panas punggung seperti cacing kepanasan.

“Tahap sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) ternyata tinggi apatah lagi Perdana Menteri secara langsung turun padang bertemu dan menyelesaikan masalah rakyat.

“Keadaan ini meyebabkan pembangkang tercari-cari isu untuk menimbulkan kemarahan rakyat secara peribadi kepada Perdana Menteri. Sebab itu saya nampak antara caranya ialah mengitar semula isu 1MDB yang sebenarnya telahpun selesai dan banyak dijawab sama ada oleh kerajaan atau 1MDB sendiri termasuk oleh pihak berkuasa,” ujarnya kepada media.

Anuar berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua yang mengatakan Dap menyediakan ruang khas kepada perdana menteri dalam satu ceramah yang bakal diadakan di Sarawak untuk menjelaskan sendiri pelbagai isu berkaitan 1MDB dan dana RM2.6 bilion.

Tambahnya lagi, Dap sebenarnya tidak faham isu sebenar apa yang rakyat mahu di Sarawak dan kerana itulah mereka hanya membangkitkan isu lapuk.

“Sebab itu saya amat berharap agar rakyat tidak akan terpengaruh dengan agenda busuk pembangkang ini. Tony Pua sendiri terlibat dalam penyiasatan 1MDB jadi mengapa dia masih mahu memainkan isu ini sedangkan banyak yang telah dijawab dan terbukti Perdana Menteri tidak bersalah.

“Kerana sikap buruk pembangkang inilah kita dapat lihat ahlinya sendiri kecewa dan bertindak keluar daripada parti kerana pemimpin mereka hanya pandai bercakap tetapi tidak buat kerja untuk bela rakyat.

“Pembangkang hanya tahu memburuk-burukkan calon BN dan menggunakan isu lapuk untuk menentang BN namun tidak tahu untuk turun padang dan membantu rakyat,” jelasnya lagi.

Anuar turut membidas veteran Dap Lim Kit Siang yang melantik Tony Pua untuk berdebat dengan Perdana Menteri berkaitan isu 1MDB kerana sebelum ini telah terbukti Pua tidak berani untuk berdebat dengan Presiden dan pengarah eksekutif kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy.

“Mahu debat dengan Arul Kanda pun Pua main tarik tali inikan pula mahu berdebat dengan Perdana Menteri. Sudah-sudahlah main isu mahu pun debat ini. Pua telah terbukti pengecut,” sindir Anuar.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment