Friday, May 06, 2016
Lebih Baik Guan Eng Berterus Terang Dari Menyorok Belakang Pintu
TEMERLOH : Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng disarankan
untuk berterus-terang dan mengaku bahawa dia sememangnya tidak berani
untuk menyaman Rahman Dahlan daripada terus menyorok di belakang pintu.
Itulah gambaran yang diberikan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk
Mohd Sharkar Shamsuddin mengenai sikap Guan Eng yang seakan tidak
berani untuk mengambil tindakan saman terhadap Menteri Kesejahteraan
Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu walaupun telah dicabar
berbuat demikian lebih seminggu yang lalu.
“Ketidakberanian Guan Eng untuk menyaman Rahman Dahlan seakan mengiyakan dia sememangnya bersalah.
“Kalau tidak ada menyembunyikan apa-apa maka mengapa sehingga kini
dia masih tidak mengambil tindakan saman sedangkan Rahman telah bersedia
dan menunggu disaman.
“Guan Eng sibuk mengembar-gemburkan kononnya dia sentiasa bersedia
untuk berdebat dengan Rahman seakan Rahman telah menfitnah dirinya tapi
bila dicabar untuk saman dia tidak berani pula.
Jadi, adalah lebih baik
dia mengaku yang dia memang tidak berani untuk saman Rahman,” ujarnya
Sharkar kepada media.
Tambah Sharkar, ramai yang sedang menanti dan menunggu apakah
kesudahan isu ini sekaligus bakal membuktikan adakah benar Rahman
menfitnah atau Guan Eng yang takut segala rahsia terbongkar.
“Saya harap dia tidak akan menggunakan alasan SPRM untuk tidak
mengambil tindakan saman. Ini kerana hanya debat terpaksa dibatalkan
kerana bimbang akan mengganggu proses siasatan tetapi tindakan saman
boleh diteruskan.
“Inilah masa terbaik untuk Guan Eng membuktikan dirinya tidak
bersalah atau sebenarnya dia memang sedar dari awal lagi bahawa kali ini
dia telah terperangkap dan tindakan saman akan menjadi lebih banyak
rahsianya terbongkar,” ujarnya lagi.
Baru-baru ini Rahman Dahlan telah mencabar Guan Eng untuk memfailkan
saman terhadap beliau atas dakwaan memfitnah kerana mendakwa dirinya
sengaja tidak mahu meneruskan debat secara terbuka mengenai isu Taman
Manggis.
Rahman Dahlan dalam kenyataannya berkata, sekiranya Guan Eng
merasakan apa yang telah didedahkan oleh dirinya adalah satu pembohongan
maka ambillah tindakan saman malah dirinya amat berbesar hati untuk
berjumpa Guan Eng di mahkamah.
Kenyataan tersebut dikeluarkan apabila Guan Eng mendakwa Rahman
Dahlan gagal sebagai seorang menteri selepas debat secara terbuka itu
dibatalkan.
Kedua-dua pemimpin itu dijadualkan berdebat secara terbuka mengenai
isu Taman Manggis tetapi dibatalkan atas nasihat Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Polis Negara.
Debat itu dibatalkan kerana ia didakwa menyebabkan prejudis terhadap siasatan yang sedang dilakukan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment