Friday, May 06, 2016

Tolak Kempen Politik Fitnah Saat Akhir

KUALA LUMPUR : Tinggal beberapa jam sahaja lagi tempoh berkempen bagi kesemua calon-calon dari parti yang bertanding menjelang  Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 pada 7 Mei ini dan  nampaknya  parti pembangkang terutama Dap seakan dilihat kehabisan modal kempen dengan cuba memainkan politik simpati dan fitnah sebagai senjata terakhir mereka.

Setelah gagal memainkan isu 1MDB, derma RM2.6 billion termasuk manipulasi kononnya GST akan naik 10 peratus jika Barisan Nasional (BN) menang, tindakan pembangkang menyerang Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem pula seakan memakan diri sendiri.
PRN Sarawak 
Menyedari hakikat itu menjelang tiga hari terakhir berkempen pembangkang seperti menukar taktik kepada kempen politik simpati kononnya BN akan tetap menang dan Tan Sri Adenan tetap jadi Ketua Menteri namun rakyat Sarawak perlu pembangkang yang kuat untuk membawa suara mereka.

Seperti pilihan raya sama ada umum atau pilihan raya kecil lalu, kempen saat-saat terakhir selalunya akan dipenuhi dengan tuduhan membabi buta atau fitnah seperti 40 ribu pengundi Bangladesh, pusat pengiraan undi blackout dan sebagainya.

Mengulas perkara tersebut Penganalisis Politik, Dr.Nadrawina Isnin berkata dalam apa jua keadaan kempen politik berbentuk fitnah adalah satu modal kempen yang tidak beretika.

Ini kerana pada pendapatnya kesemua parti-parti yang bertanding tidak kira samada dari pembangkang mahupun parti memerintah sebaiknya mengamalkan matured politics.

 “Ada calon yang memberikan fitnah terhadap satu calon lain bagi saya ini adalah satu yang tak sihat sepatutnya dalam berkempen jangan nak memburuk-burukkan sesiapapun sebab masing-masing ada kelebihan dan kredibiliti masing-masing.

“Jadi kalau nak berkempen lebih elok lah we call it as matured politics maknanya boleh cakap pembangunan yang dia plan nak buat apa,  kekurangan di kawasan itu yang dia boleh tolong apabila dia menang nanti”, katanya kepada media di sini.

Dr. Nadrawina yang juga seorang pensyarah kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara Sarawak berkata, rakyat Sarawak sekarang tidak boleh dibodoh-bodohkan kerana mereka mempunyai sumber-sumber informasi yang boleh dirujuk.

Tambah beliau, jika dirujuk dari geografi negeri Sarawak yang luas, tidak adil sekiranya pembangkang mengatakan bahawa BN meminggirkan pembangunan rakyat Sarawak selama ini.

“Kalau kita rujuk dari segi faktanya Sarawak ni luas jadi kalau mereka kata BN is not fair with Sarawakian… i am not agree with that sebab kita lihat pembangunan di bandar tak jadi masalah.

“Cumanya kurang pembangunan adalah di kawasan pedalaman yang masih memerlukan perhatian kerajaan …jalan raya …bekalan air yang bersih … ini adalah dua, tiga perkara masih belum diselesaikan dan perlu diberi perhatian”, ujarnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment