Friday, May 06, 2016
Rumah Mampu Milik Di Selangor : Jangan Salahkan Kerajaan Pusat – Johan
HULU LANGAT : Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Semenyih,
Datuk Johan Abd Aziz berkata, rakyat khususnya di negeri itu tidak
seharusnya menuding jari menyalahkan kerajaan pusat berkaitan rumah
mampu milik di negeri berkenaan kerana bukan kerajaan pusat tidak mahu
membinanya tetapi ia tidak mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri.
Jelasnya,
kerajaan pusat sentiasa memahami bahawa rakyat mahukan rumah mampu
milik memandangkan harga rumah masakini melonjak tinggi namun sayangnya
kerajaan negeri Selangor tidak memberikan kerjasama yang baik kepada
kerajaan pusat di dalam isu ini.
“Kerajaan negeri memang ada buat program rumah mampu milik di bawah
SelangorKu tetapi bagi saya ia gagal. Harga rumah mahal dan rakyat tidak
mampu untuk beli terutama mereka yang berpendapatan rendah dan
sederhana.
“Rakyat perlu tahu perkara ini dan jangan hanya menuding jari
menyalahkan Perdana Menteri dan kerajaan pusat. Semasa Barisan Nasional
(BN) memerintah Selangor dulu, kita bangunkan tanah kerajaan negeri.
“Ada rumah ‘single storey’ yang dimajukan oleh Perbadanan Kemajuan
Negeri Selangor (PKNS) dahulu hanya berharga RM15 ribu. Kini semua ini
tidak ada lagi. Harga rumah yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri
pimpinan PKR sekarang ini jauh lebih tinggi.
“Rakyat boleh semak apa yang saya cakap ini sebab ini adalah fakta. Bukannya retorik politik,” ujarnya kepada media.
Tambah Johan, sekarang ini kerajaan negeri Selangor memaksa pemaju
untuk menyerahkan sebahagian kuota kepada program Selangorku tetapi
tanah milik pemaju. Kerana itulah harga rumah menjadi mahal.
“Kita kerajaan pusat masih terus membangunkan rumah (PR1MA) tetapi
disebabkan negeri ini bukan lagi milik BN jadi kita menghadapi masalah
untuk mendapat kelulusan. Kerajaan pusat telah merancang berjuta unit
rumah untuk rakyat.
“Malangnya, di Selangor ini, apabila kawasan perumahan itu dirancang
untuk dibina, kebenaran merancang (Development Order) tidak dikeluarkan
oleh pihak berkuasa tempatan,” jelasnya lagi.
Di dalam Manifesto Pakatan Rakyat Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13),
mereka menjanjikan sebanyak 150,000 rumah mampu milik dalam kategori kos
rendah (bawah RM 75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM 150,000
hingga RM 250,000) akan dibina dalam tempoh penggal pertama pentadbiran.
RM 5 bilion akan dilabur Pakatan Rakyat dalam tahun pertama untuk
membina rumah mampu milik, diikuti peruntukan RM 2 bilion dari tahun
kedua hingga kelima.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment