Friday, May 06, 2016
Rakyat Sarawak Jangan Terpedaya Musim Jual Janji Bulan Bintang DAP
BUKIT BENDERA : Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang,
Rafizal Abdul Rahim menasihatkan rakyat Sarawak agar tidak terpedaya
dengan janji kosong yang ditaburkan oleh kepimpinan Dap pada Pilihan
Raya Negeri (PRN) itu yang bakal berlangsung pada 7 Mei ini.
Ujarnya, jangan mengulangi kesilapan yang dibuat oleh sebilangan
besar rakyat Pulau Pinang yang kini terpaksa berhadapan dengan natijah
akibat tersalah memberi mandat kepada parti yang salah.
“Lihatlah apa yang kami terpaksa hadapi di Pulau Pinang. Inilah
akibat apabila kita tersalah membuat keputusan di mana hari ini rakyat
di negeri ini menderita menuntut janji-janji Dap. Apa yang jelas
pemimpin Dap hanya mempergunakan rakyat untuk mendapatkan kuasa dan bila
kuasa berada dalam genggaman, segala janji terus dilupakan.
“Bila
tibanya musim pilihan raya maka akan tiba jugalah musim janji bulan dan
bintang dari mulut pemimpin pembangkang. Mereka ini sanggup berjanji
apa sahaja asalkan mereka mendapat kuasa.
“Jika rakyat Sarawak agak keliru untuk membuat keputusn, saya
nasihatkan pandanglah ke Pulau Pinang, ambillah contoh apa yang berlaku
di sini. Lihatlah apa yang terpaksa kami tanggung dek kerana sikap Dap
yang tidak memegang janji,” ujarnya kepada media.
Tambah Rafizal, sejak Dap mengambil alih pucuk pimpinan negeri itu,
ternyata mereka gagal membuktikan bahawa mereka lebih baik daripada
kepimpinan Barisan Nasional (BN).
Tiada satupun perkara yang boleh dibanggakan yang dilakukan oleh Dap
katanya lagi. Di Pulau Pinang, Laporan Audit Negara mendapati tiada
langsung rumah selesa mampu milik dibina. Malahan, golongan
berpendapatan sederhana didapati sukar membeli rumah kerana purata harga
rumah dijual pada RM400,000 ,RM600,000 dan RM 1 juta.
“Ini belum lagi janji mahu hapus tol, janji mahu memberi itu dan ini
namun segalanya tinggal janji. Bagaimana mereka mampu nak laksanakan
janji-janji mereka pada rakyat kalau masalah status Jawatankuasa
Eksekutif Pusat (CEC) Dap masih belum mendapat pengiktirafan oleh
Pendaftar Pertubuhan (ROS) pun mereka tak dapat selesaikan hingga hari
ini.
“Jika masalah untuk kepentingan parti mereka pun gagal untuk
diselesaikan maka bagaimana pula kita mahu memberi kepercayaan kepada
mereka untuk menjadi pembela rakyat. Oleh itu saya seru agar rakyat di
Sarawak berfikirlah masa-masak sebelum membuang undi kelak,” ujar
Rafizal.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment