Friday, May 06, 2016

Umat Islam Disaran Sertai Wakaf Korporat DPIM

http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.300822!/image/image.png_gen/derivatives/landscape_240/image.png
Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) meminta umat Islam di negara ini agar melibatkan diri dalam wakaf korporat bagi memperkasa ekonomi selain membuat pelaburan demi masa hadapan mereka.

Presidennya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim (gambar) berkata umat Islam perlu sedar bahawa menerusi wakaf korporat yang diterajui Awqaf Holding Berhad (Awqaf), pelbagai faedah dapat diperolehi dengan menggembleng sumber ekonomi secara menghimpun keupayaan kolektif.

“Wakaf korporat ini boleh disertai dengan menjadi ahli Awqaf yang mana yuran ahlinya akan diwakafkan untuk pelaburan berdasarkan terma ditetapkan.

“Pada asasnya, wakaf korporat ini juga bertujuan untuk kita menggembleng pelaburan dari orang ramai khususnya umat Islam dan daripada segala keuntungan dan kelebihan pelaburan itu nanti akan menjadi aset Awqaf,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-2 DPIM Perak, di sini semalam.


Awqaf adalah sebuah syarikat dengan jaminan, yang ditubuhkan oleh DPIM pada 3 September 2012.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment