Kalau tak bersalah buat apa nak minta pengampunan?
Friday, February 27, 2015
Boleh Ampun Ke Kalau Tak Bersalah?
27 Februari 2015 : Kejadian pelik tapi benar, bagaimana seorang
pesalah nak diampunkan jika keluarga yang mohon keampunan dari YDP Agong
mengatakan si pesalah yang didapati bersalah itu benar-benar tidak
bersalah?
Fuhh.. berbelit rasanya. Korang yang baca faham tak?
Memohon pengampunan dari Yang Dipertuan Agong untuk lepaskan si
bapanya yang disabitkan kesalahan meliwat. Tapi atas alasan, si bapa
mereka yang meliwat tu tak bersalah dan patut dilepaskan, kononnya bapa
mereka itu tahanan politik.
Sejak bila dalam politik dibenarkan meliwat? Sejak bila juga, meliwat merupakan kerja-kerja politik?
Makin pening dan tak faham penulis dengan keluarga politik ’69’.
Rupanya mereka ini berpolitik dari bapak sampailah ke anak. Buat cerita
berbelit-belit hingga kita sendiri pun pening.
Sepatutnya, bila mereka meminta pengampunan daripada YDP Agong, itu
bermakna mereka dah mengaku bapak mereka tu bersalah, tapi dalam
kenyataan media anak pada bapak yang salah meliwat tu kata, bapaknya tak
bersalah.
Kalau tak bersalah buat apa nak minta pengampunan?
Itu bermakna, mereka ini menghina keputusan mahkamah, menghina
undang-undang Malaysia, sekaligus menghina pentadbiran Malaysia dan juga
Yang Dipertuan Agong. Kalau tak percaya pentadbiran negara, kenapa nak
merayu pada YDP Agong?
Kita manusia biasa mungkin tak mampu nak memahami apa yang mereka
fikir. Tapi bagi keluarga ’69’ ni, perkara tak mustahil macam ni,
sebenarnya biasa. Tiada yang pelik dalam keluarga mereka, kalau tidak
takkanlah maknya yang ‘baik sangat’ tu boleh biarkan perangai buruk
bapak mereka meliwat
lelaki muda.
Kalau ‘hukum alam’ pun boleh diterbalik dan dibelitkan. Apa sangat
dengan kes pengampunan pada manusia yang kononnya tak bersalah ni betul
tak?
Disediakan oleh : EDITOR
Wartawan ‘Kena Kencing’ Sidang Media Mahfuz Omar Batal
27 Februari 2015, Kuala Lumpur : Puluhan petugas media merasa
‘dipermainkan’ apabila Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar gagal
menunaikan janjinya sebelum ini untuk mengadakan sidang media hari ini.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena dikatakan akan membawa ibu
kepada Sirul, Piah Ahmad daripada Taiping, Perak sebagai percubaannya
untuk membuat pendedahan berhubung kes pembunuhan warga Monglia,
Altantuya Shaaribuu.
Perkara itu disebarkan menerusi jemputan media melalui aplikasi WhatsApp, sejak petang semalam.
“Ketua Penerangan PAS akan mengadakan satu sidang media bersama
dengan ibu Sirul berkenaan perancangan untuk ke Australia dan
perkembangan Sirul pada jam 11 pagi di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja
Laut.
“Orang ramai dijemput hadir memberikan sokongan khususnya pihak
wartawan untuk membuat liputan sidang media ini,” demikian memetik
maklumat sidang media itu.
Namun setelah lebih 40 minit menunggu, seorang kakitangan Ibu Pejabat
Agung PAS itu memaklumkan bahawa tidak ada sebarang sidang media akan
diadakan pagi ini.
“Siapa yang beritahu ada sidang media pagi ini? Mahfuz di Alor Setar. Beliau tidak ada di sini… Mesej itu palsu,”
“Saya ada dengar mengenainya (sidang media Mahfuz bersama ibu Sirul)
tapi tak tahu bila dan di mana” uajr kakitangan ibupejabat PAS,
Saripuddin Mohd Yatim ketika memaklumkan mengenai pembatalan tersebut.
Namun apa yang menghairankan, tidak lama selepas itu, satu kenyataan
media ringkas dikeluarkan oleh Mahfuz yang menyatakan rombongan misi
khas PAS ke Australia akan bertolak pada Ahad ini pada jam 11 pagi.
Beberapa orang petuags media yang ditemui di hadapan ibu pejabat PAS
sejurus selepas makluman pembatalan tersebut melahirkan rasa kecewa
dengan sikap ‘tidak matang’ Mahfuz itu.
“Lain kali kalau tak bersedia atau tidak jangan maklumkan pada wartawan untuk datang buat liputan.
“Sedih, bila dah tua-tua pun kena kencing, dengan pemimpin parti Islam” ujar mereka.
Malah ada dikalangan mereka yang merasakan, ada kemungkinan ibu Sirul
enggan hadir di dalam sidang media tersebut kerana risau dengan
soalan-soalan ‘cepu emas’ yang mungkin akan dikemukakan oleh para
wartawan nanti.
Mahfuz sebelum ini dikatakan bermain ‘drama’ apabila cuba menyalah
pihak berkuasa yang kononnya cuba mengganggu talian komunikasi tersebut
bagi menghalang telesidang yang ingin dilakukan itu.
Kegagalan Mahfuz untuk mengadakan telesidang bersama pembunuh warga
Mongolia Altantuya itu dilihat sebagai satu episod yang memalukan bagi
PAS.
“Tadi masa saya SMS (khidmat pesanan ringkas) dia pukul 10.40 (pagi)
tadi, dia kata okey, sekarang tak boleh pula,” kata Mahfuz sebelum ini
untuk menutup rasa malunya selepas cubaan beliau berulang kali untuk
menghubungi Sirul gagal.
Setelah percubaan itu tidak berjaya beliau akhirnya terpaksa membatalkan sidang akhbar tersebut sejam kemudian.
Paling menarik, sebaik sahaja semua petugas media beredar Mahfuz
dikatakan berjaya menghubungi ‘Sirul’ namun pembunuh Altantuya itu
enggan memberikan sebarang maklumat baru sebagaimana yang diuar-uarkan
sebelum ini.
Dalam perbualan hanya tiga minit dengan Mahfuz, individu yang
dikatakan Sirul itu berkata tidak berhasrat untuk membuat sebarang
kenyataan baru sebelum memutuskan panggilan telefon tgersebut.
Sirul kini berada dalam tahanan pihak berkuasa Australia atas kesalahan imegresen.
Kerajaan Asutralia pula memberitahu pihaknya memberikan perlindungan
ekstradisi kepada Sirul kerana bekas bekas koperal Unit Tindakan Khas
(UTK) Polis itu dijatuhi hukuman mati ke atasnya, selepas didapati
bersalah membunuh Altantuya.
Australia merupakan sebuah segara yang tidak memperuntukkan hukuman mati di dalam undang-undangnya.
Mahkamah Persekutuan 13 Januari lalu menjatuhkan hukuman gantung
sampai mati ke atas Sirul bersama seorang lagi bekas anggota UTK, Azilah
Hadri atas kesalahan membunuh Altantuya di Lot 12843 dan Lot 16735
Mukim Bukit Raja, Klang, dekat sini antara jam 10 malam 19 Oktober 2006
hingga jam 1 pagi 20 Oktober 2006.
Sirul bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah pada hari keputusan
penghakiman diumumkan dan kemudian didapati telahpun berlepas ke
Australia, dipercayai pada Oktober lalu.
Dipetik daripada sumber : Suara TV
Bayaran Kesihatan Di Malaysia Termurah Di Dunia – Najib
Sri Aman, 27 Februari 2015 : Hospital dan klinik kerajaan
di Malaysia menggenakan bayaran perubatan dan kesihatan yang termurah di
dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata kerajaan bukan sahaja membelanjakan wang yang besar
untuk menyediakan kemudahan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat, malah
menggenakan bayaran terendah di dunia kepada pelanggan.
“Apabila menjadi pesakit luar dan berjumpa dengan doktor, pelanggan
hanya perlu membayar RM1 manakala bayaran RM5 dikenakan jika berjumpa
dengan doktor pakar. Ubat-ubatan pula diberi secara percuma.
“Tidak ada sistem kesihatan lain di dunia yang menggenakan bayaran
yang sebegini rendah. Secara keseluruhannya, subsidi kesihatan di
Malaysia mencecah 98 peratus, maknanya 98 peratus kos kesihatan bagi
setiap pesakit ditanggung oleh kerajaan, cuma satu atau dua peratus
sahaja dikenakan bayaran,” katanya.
Perdana Menteri berucap demikian ketika merasmikan majlis peletakan batu asas Hospital Pakar Minor Sri Aman di sini, Jumaat.
“Ini menunjukkan bahawa sistem kesihatan di Malaysia adalah antara
yang terbaik di dunia. Malah, kalau kita buat analisis antara kos dan
perkhidmatan yang disediakan, saya berani mengatakan sistem kesihatan di
Malaysia adalah yang terbaik di dunia,” katanya.
Menurut Najib, Malaysia disenaraikan sebagai ketiga terbaik daripada 24 negara di dunia dalam penyediaan kemudahan kesihatan.
Sementara itu, Najib berkata pembinaan hospital baharu Sri Aman yang
dijangka siap pada 2018 sekali lagi membuktikan kerajaan menepati
janjinya kepada rakyat.
Katanya, sejumlah RM12 juta dibelanjakan untuk memperoleh tapak dan
kerja pembersihan tapak serta anggaran RM150 juta untuk pembinaan
struktur bangunan hospital berkenaan.
Beliau berkata, apabila siap kelak hospital baharu itu akan
dilengkapi dengan 108 katil dan menyediakan pelbagai kemudahan rawatan
pakar seperti bilik pembedahan, hemodalisis, radioterapi sekali gus
merupakan lonjakan daripada segi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk
di kawasan Sri Aman.
“Ini merupakan bukti usaha kerajaan terus membela nasib rakyat dan
memberi keutamaan yang tinggi sekalipun di kawasan luar bandar.
“Pembinaan hospital dan klinik termasuk Klinik 1Malaysia, kemudahan
pendidikan dan sebagainya akan terus dilaksanakan oleh kerajaan
persekutuan dengan kerjasama kerajaan Sarawak.
“Memang masih ada kekurangan, saya tidak nafikan dan banyak cabaran
tetapi kita tetap akan memberi dengan membina hospital tambahan dan
baharu serta dilengkapi dengan doktor-doktor pakar,” katanya.
Menurut Najib, disebabkan usaha memujuk doktor-doktor pakar untuk
berkhidmat di hospital luar bandar di negeri ini merupakan cabaran yang
amat besar, justeru kerajaan akan menyediakan insentif khas kepada
mereka.
“Perkara ini sedang kita fikirkan kerana kita mahu hospital-hospital
disediakan dengan doktor-doktor pakar yang diperlukan,” katanya.
Pada majlis itu Perdana Menteri turut menyampaikan wang ihsan kepada
18 mangsa banjir dari Rumah Lembu, Entulang, Skrang Engkilili dan Nanga
Tebat, Sri Aman.
Dipetik daripada sumber : BERNAMA
Thursday, February 26, 2015
Audio Mat Sabu Vs Video Mustafa Ali
27 Februari 2015 : PAS membuktikan bahawa parti itu tidak
ada kaitan langsung dengan Islam bila menggunakan standard pembuktian
ikut suka, bukan ikut agama.
Contoh, bila tersebar rakaman ‘ngeri’
perlakuan seks lelaki mirip muka Mustafa Ali dengan seorang perempuan,
Anwar dengan perempuan dan jantan, kepimpinan PAS menolak semua bukti
tersebut kerana kononnya video semua tu besi, tak boleh jadi bukti.
Tapi bila Presiden PAS nak digulingkan
oleh kelompok bukan ulama parti itu yang diketuai Mat Sabu (dakwanya),
maka PAS guna pulak rakaman audio kerana suara yang bercakap dalam tu
macam suara Mat Sabu.
Hairanlah sudahnya kita sebab kalau nak
diikutkan, rakaman video lebih kuat berbanding rakaman audio, tapi tiada
siasatan atau apa-apa yang seperti itu dilakukan terhadap Mustafa Ali
berbanding Mat Sabu sekarang yang berhadapan dengan jawatankuasa
siasataan khas, dipengerusikan sendiri Hadi Awang.
Bukan penulis penyokong Mat Sabu tapi
kalau PAS ini parti agama, bukan gila kuasa dan gila dunia, sepatutnya
ketika rakaman video ‘Mustafa Ali’ tersebar, siasatan terus dijalankan
sebelum boleh diputuskan dia bersalah atau tidak.
Ini tidak, awal-awal lagi tolak video
tersebut kononnya besi tak boleh jadi bukti, walhal yang dipersoalkan
sekarang ialah intergriti PAS sebagai parti Islam tapi bersetiausaha
agungkan penzina (kalau rakaman itu betul).
Kenapa boleh jadi begitu? Sebab PAS
adalah parti politik yang biasa, bukan wakil tuhan untuk perbetulkan apa
yang tak betul di Malaysia ini. Agama hanya untuk dapat undi, maka
jadilah apa yang terjadi sekarang – yang ada video terlepas, yang
setakat audio, kena.
Bagi penulis, ini semua (tindakan ke atas
Mat Sabu dan tidak ada tindakan ke atas Mustafa Ali, waima siasatan)
adalah cerita politik dan kuasa semata-mata.
Dengan mengambil tindakan ke atas Mat Sabu ini, seolah-olah Hadi berkata “Tak
kisahlah kau nak berzina, sekalipun ada video yang jelas nampak muka,
asal tak kacau aku, sudah. Sebaliknya kalau kau cuba jatuhkan aku,
setakat suara pun boleh jadi sebab untuk singkirkan kau”.
Adilkah macam itu? Islamkah macam ini? Tepuk dada tanya iman.
Disediakan oleh : EDITOR
Najib Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Harakah
27 Februari 2015 : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada
Khamis mengemukakan surat tuntutan kepada pihak HarakahDaily berhubung
kenyataan fitnah dalam artikel berhubung dana 1MDB di laman web itu.
Surat tuntutan itu diserahkan kepada Pengarah Urusan Harakah, Dr
Rosli Yaakop dan Ketua Pengarang HarakahDaily, Taufek Yahya, pukul 3
petang tadi.
Menurut Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, firma guaman yang
mewakili Najib, mengemukakan surat tuntutan itu atas kapasiti
peribadinya berhubung laporan bertajuk “DANA 1MDB BIAYAI SYARIKAT FILEM
RIZA AZIZ?(BHG 2)”, 19 Feb lepas.
Menurut surat tuntutan itu yang ditandatangani peguam Datuk Mohd
Hafarizam Harun, artikel itu mempunyai kata-kata berunsur fitnah dengan
niat jahat ke atas anak guamnya.
Ia juga menyatakan bahawa segala tuduhan yang dibuat adalah tidak
berasas sama sekali, tanpa sebarang bukti kukuh dan adalah amat serius
serta dengan niat jahat untuk memburukkan dan merosakkan reputasi dan
imej Najib.
Surat tuntutan itu juga menyatakan kenyataan itu antara lain
bertujuan untuk menjatuhkan dan merendahkan maruah dan kredibiliti Najib
yang mempunyai imej awam yang baik.
Oleh itu, surat tuntutan itu antara lain menuntut HarakahDaily
berhenti daripada membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah berhubung isu
itu terhadap Najib, 48 jam daripada tarikh notis itu iaitu pada 26 Feb
(hari ini).
Ia juga menuntut pihak HarakahDaily membuat satu permohonan maaf
tidak bersyarat dalam bentuk bertulis dan penarikan balik kenyataan
berunsur fitnah itu, atas terma-terma yang dipersetujui oleh firma
guaman itu bagi pihak Najib, 48 jam daripada tarikh notis itu.
Ia juga menuntut pihak HarakahDaily untuk menyediakan satu akujanji
bertulis bahawa saluran lidah rasmi PAS itu tidak akan mengeluarkan
kenyataan berunsur fitnah itu atau kenyataan yang serupa dengannya.
Ia menyatakan bahawa sekiranya firma guaman itu tidak menerima
sebarang maklum balas dari pihak HarakahDaily berhubung surat tuntutan
itu, ia bermaksud pihak itu tidak menafikan penegasan Najib itu dan
HarakahDaily juga berniat untuk meneruskan dengan penerbitan kenyataan
berunsur fitnah itu.
“Dalam kedaan tersebut, kami mempunyai arahan tegas anak guam kami
untuk meneruskan prosiding mahkamah terhadap pihak tuan tanpa sebarang
rujukan pihak tuan, termasuklah permohonan menfailkan injunksi bagi
menghalang sebarang penerbitan lanjut berhubung isu tersebut,” menurut
surat tuntutan itu.
Dipetik daripada sumber : BERNAMA
Hadi Dihentam AMK Pula
27 Februari 2015 : Golongan ulama Pas terus ‘diperangi’ rakan sekutu
dalam pakatan pembangkang dengan terbaharu, Angkatan Muda Keadilan
(AMK) negeri secara terbuka meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang meninggalkan parti itu.
Timbalan Ketuanya, Khairil Anuar Kamarudin berkata, desakan itu
memandangkan Abdul Hadi dilihat menjadi liabiliti kepada usaha
mengukuhkan pakatan pembangkang menerusi tindak-tanduk yang ‘mesra
UMNO’.
Menurut beliau, pendekatan Abdul Hadi itu jelas tidak selari dengan
perjuangan ketiga-tiga parti pembangkang, sekali gus menyifatkannya
sebagai perkembangan tidak sihat.
Dalam masa sama, beliau melahirkan rasa kesal dengan sikap
berdolak-dalik Abdul Hadi yang enggan menyatakan pendirian sebenar
berhubung isu kerajaan perpaduan Pas-UMNO yang kembali dibangkitkan.
“Jika masalah kesihatan dijadikan alasan, beliau seharusnya mengundur diri dan memberi ruang kepada pemimpin lain.
“Sehubungan itu, kita memberi tempoh 14 hari kepada beliau untuk
membuat kenyataan rasmi dan jika terus berdiam diri, kita tidak akan
berhenti mendesaknya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Dalam sidang akhbar berkenaan, Khairil Anuar turut mengambil peluang
‘mengungkit’ kesilapan Abdul Hadi sepanjang Ahli Parlimen Marang itu
mengetuai Pas dan menjadi Menteri Besar Terengganu.
Katanya, Abdul Hadi perlu sedar kegagalan Pas mempertahankan
Terengganu dalam Pilihan Raya Umum (PRU-11) pada 2004 berlaku ketika
eranya.
“Kelemahan beliau juga terserlah apabila Pas gagal mempertahankan
Kedah dalam PRU-12 serta beliau gagal mengelakkan pertandingan sesama
sendiri melibatkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan Pas bagi
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh dalam PRU-13,” katanya.
Berhubung saranan Abdul Hadi terhadap Persatuan Ummah Sejahtera
Malaysia (Pasma) supaya meninggalkan Pas, Khairil Anuar berkata, mereka
tidak bersetuju, malah menghargai kewujudan pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) berkenaan yang mahu mempertahankan pakatan pembangkang.
Dipetik daripada sumber : Utusan
Esok Mahfuz Akan Menipu Lagi?
26 Februari 2015 : Dalam dua, tiga hari ni penulis hanya memerhati
politik semasa tanahair kita. Antara topik menarik yang penulis nak ulas
ialah, kehebatan Mahfuz yang orang lain tak nampak.
Bagaimana seorang ahli parlimen dari Kedah, berjaya mengegarkan dunia
dengan lawak jenaka disidang media beliau. Hebat sungguh si Mahfuz
Omar, satu Malaysia menyebut nama beliau, walaupun ianya negatif, tetapi
nama Mahfuz Omar tak putus-putus berada disegala media massa, media
cetak dan media sosial.
3 hari berturut seorang lelaki pertengahan umur, yang dikatakan
kurang cerdik berjaya memperdayakan rakyat Malaysia, serta media
tempatan termasuk antarabangsa dengan lakonan splastik beliau, kononnya
mahu membuat ‘teleconferencing’ dengan Sirul dari Imigresen Australia.
Bila dah kantoi, beliau kata Sirul tak jawab call.
Kemudian kumpulan media yang hadir mengatakan beliau menipu, kemudian
dalam tempoh lebih dua jam, kononnya beliau menerima panggilan dari
Sirul dan bercakap dihadapan semua media yang menunggu sidang media
beliau. Media pun percaya dan pulang ke pejabat masing-masing bagi
melaporkan berita.
Keesokkannya, ada laporan berita dari Imigresen Australia yang
mengatakan Sirul tidak membuat sebarang panggilan pada Mahfuz. Mungkin
itu tak cukup untuk buktikan Mahfuz tipu. Kemudian, peguam Sirul sendiri
memberitahu media, bahawa tiada panggilan dari Sirul kepada Mahfuz.
Perkara ini menjadi pelik dan misteri.
Kalau Sirul tak telefon Mahfuz pada masa sidang media tersebut, siapa
yang call beliau? Takkan beliau hanya berlakon untuk lepaskan diri dan
menunjukkan kononnya beliau hebat?
Tapi dengan Mahfuz ni segalanya mungkin, sebab tu penulis kata Mahfuz
ni orang yang hebat! Selain Anwar Ibrahim, Rafizi dan Allahyarham Nik
Aziz. Mahfuz diantara tokoh pembangkang yang mampu gegarkan Malaysia.
Walaupun dengan lawak bodohnya, tapi percayalah beliau mampu mencipta
sejarah tersendiri dan bakal tercatat sebagai tokoh bersejarah paling
popular pada suatu hari nanti.
Sebentar tadi Mahfuz umum akan bawa ibu Sirul pula ke sidang akhbar esok. Harap-harap jangan satu Malaysia kena “kencing” lagi.
Jangan terkejut kalau balik Pokok Sena ada patung Mahfuz.. he he..
Disediakan oleh : EDITOR
Menjamin Keharmonian Konsep Persekutuan
26 Februari 2015 : Tatkala Tanah Melayu mahu mencapai kemerdekaan,
konsep kenegaraan yang mahu diambil adalah bersifat persekutuan dengan
bermotokan ‘Bersekutu Bertambah Mutu’. Perkara ini diperkukuhkan lagi
apabila Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia dengan di mana terdapat
peruntukan khas diberikan kepada Sabah dan Sarawak.
Dalam sesebuah negara persekutuan ciri utamanya ialah terdapat
taburan kuasa perundangan antara Persekutuan dan Wilayah-Wilayah di
dalamnya. Ini bermakna ada dua badan perundangan yang mempunyai kuasa
membuat undang-undang iaitu Persekutuan dan Wilayah-Wilayah.
Dalam konteks Persekutuan Tanah Melayu atau kini Malaysia, kuasa
perundangan ini diberikan kepada Persekutuan (melalui Parlimen) dan
Negeri-Negeri (melalui Dewan-Dewan Undangan Negeri). Secara umumnya,
bagi memastikan tiada pertelingkahan antara pembuat-pembuat
undang-undang ini, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan telah
menggariskan bidang perundangan masing-masing.
Terdapat tiga senarai di dalam Jadual Kesembilan tersebut iaitu
Senarai I (Kuasa Persekutuan) Senarai II (Kuasa Negeri) dan Senarai III
(Kuasa Bersama). Taburan kuasa seperti ini perlu di dalam mana-mana
negara yang mengamalkan prinsip federalisme seperti Malaysia, Australia
dan Amerika Syarikat.
Bagi memudahkan pemahaman awam, lebih mudah dikatakan bahawa Parlimen
mempunyai kuasa membuat undang-undang yang disenaraikan dalam Senarai I
dan III manakala Dewan-Dewan Undang Negeri masing-masing mempunyai
kuasa membuat undang-undang yang tersenarai di dalam Senarai II dan III.
Namun, terdapat beberapa pengecualian yang dibenarkan Perlembagaan
Persekutuan untuk tidak terikat secara harfiah senarai butiran yang ada
tersebut.
Sebagai contoh kuasa mengenai perbankan adalah disenaraikan di dalam
Senarai I, dalam hal yang demikian Dewan Undangan Negeri tidak boleh
membuat undang-undang berkaitan dengan perbankan. Begitu juga dalam hal
ehwal Islam, melainkan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan, ia terletak di
dalam bidang kuasa negeri. Oleh itu Kerajaan Persekutuan tidak boleh
mengganggu kuasa Dewan Undangan Negeri ini, apatah lagi setiap negeri
mempunyai ketua agama Islamnya sendiri iaitu Sultan ataupun Yang Di
Pertuan Agong.
Dalam hal ini jika Kerajaan Persekutuan mencampuri hal ehwal agama
Islam atau meletakkan syarat pemakaian undang-undang Islam sebagaimana
yang disenaraikan di dalam Senarai II ia mempunyai risiko bertentangan
dengan Perlembagaan Persekutuan.
Oleh itu, Kerajaan Persekutuan dan segala agensi di bawahnya tidak
boleh melangkaui bidang kuasa yang diberikan kepada mereka begitu juga
sebaliknya.
KURANG DIHAYATI
Kebelakangan ini penulis dapat merasakan konsep federalisme ini amat
kurang dihayati yang menjurus kepada ketidakprihatinan kepada pematuhan
senarai-senarai yang diwujudkan di dalam Jadual kesembilan Perlembagaan
Persekutuan tersebut. Acapkali kita dengar, sama ada di peringkat ahli
politik ataupun agensi kerajaan yang menyarankan perkara-perkara bukan
di bawah kuasa perundangan mereka.
Penulis merasakan amat perlu bagi golongan ini melihat dan
memperhalusi senarai-senarai yang wujud di dalam jadual Kesembilan
Perlembagaan Persekutuan itu bagi menjamin keharmonian konsep
federalisme ini. Kegagalan mematuhi Jadual kesembilan tersebut mungkin
akan menyebabkan sesuatu undang-undang atau tindakan itu diputuskan
tidak berperlembagaan oleh mahkamah kelak.
Sudah pasti apabila perkara tersebut berlaku, ia menzahirkan
kejelikan ilmu perundangan yang ada dan akan menyebabkan suatu keaiban
kerana gagal mematuhi Jadual Kesembilan tersebut. Walau apapun tujuan
atau niat seseorang ingin membuat kebaikan tidak seharusnya Jadual
Kesembilan ini dikesampingkan. Ia merupakan jati diri atau ciri asas
kepada Perlembagaan Persekutuan itu sendiri.
Dalam perkara berkaitan agama Islam memang sudah jelas bagi selain
Wilayah-Wilayah Persekutuan, Negeri mempunyai kuasa penuh mengenainya.
Malah di sesebuah negeri Agama Islam itu pula mempunyai ketuanya. Jika
pihak persekutuan mencampuri urusan agama sesebuah negeri secara tidak
langsungnya ia juga mencampuri urusan ketua agama negeri tersebut.
PRINSIP taburan kuasa antara persekutuan dan negeri ini telah
berjalan begitu baik selama ini. Ia janganlah diganggu. Mungkin Malaysia
tidak sama dengan negara lain seperti Brunei dan Singapura, tetapi
konsep inilah yang telah disepakati di dalam negara.
Walaupun mungkin ada kekhilafan dan ketiadaan persefahaman antara
persekutuan dan negeri, tetapi norma ini merupakan formula yang terbaik
buat Malaysia sehingga kini. Janganlah menganggap ia sebagai penghalang
tetapi sebaliknya sebagai wadah saling hormat menghormati antara satu
sama lain di dalam membangunkan negeri dan negara.
Pemusatan kuasa kepada satu badan perundangan sahaja juga mempunyai
risiko, di mana ada kebarangkalian ia disalah guna dan tiada suatu badan
lain dapat bertindak sebagai pemeriksa.
Mungkin ia sesuai bagi sesetengah negara tetapi tidak sesuai bagi negara yang lain.
Penulis amat yakin apa yang telah digariskan oleh negarawan kita
semasa ingin mengecapi kemerdekaan dahulu mempunyai maksud yang tersurat
dan tersirat.
Garapan formula tersebut sudah terbukti berjaya membentuk sebuah negara yang berdaulat aman dan makmur.
Jerih payah pemimpin terdahulu di dalam mencapai kemerdekaan
hendaklah dijadikan teladan bagi kita dan teruskan kesinambungan negara
dengan memegang erat ciri-ciri asas Perlembagaan Persekutuan tersebut.
Apa yang perlu dilakukan sekarang ia menerima Perlembagaan Persekutuan tersebut seadanya.
Tafsiran yang sesuai diberikan di dalam perkara yang masih kabur
tetapi di dalam perkara yang telah jelas, ia hendaklah diperakukan dan
dilaksanakan.
Dengan cara ini kelangsungan kedaulatan dan jati diri negara akan terus dipertahan.
Jangan Cemari Dewan Rakyat Dengan Kehadiran Banduan Bernama Anwar Ibrahim
26 Februari 2015 : PKR sudah membuat keputusan muktamad untuk
meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat membenarkan Anwar Ibrahim menghadiri
Sidang Parlimen yang bermula 9 Mac ini meski pun Ketua Umum PKR itu
sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun atas kesalahan
meliwat Saiful Bukhari.
Alasan PKR untuk mewajarkan permintaan itu bersandarkan pada status
Anwar yang masih dianggap sebagai Ahli Parlimen selagi permohonan
pengampunan DiRaja yang dikemukakan kepada yang Dipertuan Agung dua hari
lepas belum diputuskan.
Tukang umum keputusan PKR itu tak lain tak bukan si Rafizi Ramli,
Naib Presiden PKR di tangga tercorot yang sebelum ini beriya benar
mengumumkan Anwar tidak akan memohon pengampunan DiRaja kerana yakin
Anwar tidak bersalah melakukan liwat.
Sekarang pengampunan DiRaja sudah dipohon bermaksud Anwar sendiri
sudah mengakui kesalahan meliwat pembantu peribadinya tapi seperti biasa
Rafizi buat-buat muka tembok dan sengaja melupakan kenyataan medianya
sebelum ini dengan menimbulkan isu lain pula.
Penulis tidak tahu apa pandangan pembaca sekalian berhubung gesaan
PKR ini, namun secara peribadi penulis merasakan agak tidak molek untuk
seseorang banduan walau apa statusnya tiba-tiba dibenarkan mencemari
kemuliaan Dewan Rakyat.
Malu sungguh rasanya kalau itu berlaku. Jatuh imej dan maruah Dewan
Rakyat kerana seorang banduan dan pesalah di sisi undang-undang lepas
bebas untuk berbahas perihal perundangan dan isu semasa negara. Busuk
nama baik negara dibuatnya kelak.
Betul secara teknikalnya Anwar masih seorang Ahli Parlimen dan
jawatannya itu belum terlucut secara rasmi, namun tiada fakta yang boleh
menidakkan hakikat bahawa Anwar adalah pesalah undang-undang dan kini
bergelar banduan. Dia sudah didapati bersalah dan dihukum penjara atas
kesalahannya.
Anwar tetap seorang banduan selagi pengampunan DiRaja belum
dimuktamadkan. Kalau pun diberi pengampunan Anwar tetap juga seorang
peliwat. Pengampunan DiRaja hanya membebaskan atau meringankan dari
hukuman penjara tapi tidak membersihkan kesalahan liwat yang Anwar
lakukan.
Seseorang Ahli Parlimen yang sedang dihukum penjara seperti Anwar
tiada lagi keperluan untuknya menjalankan sebarang peranan sebagai
seorang Ahli Parlimen. Malah sebarang keistimewaan juga tidak layak
dinikmatinya. Perlu adil dan sama rata sebagaimana banduan lain.
Jika pihak berkuasa tunduk dengan desakan PKR membenarkan Anwar
mencemari kemuliaan Dewan Rakyat bermaksud memberi layanan istimewa
bertaraf VIP untuk Anwar, kalau begitu keadaannya maka tiada bezanya
lagi seorang Ahli Parlimen yang sepatutnya tunjuk teladan menghormati
undang-undang dengan seorang pesalah yang bergelar banduan.
Disediakan oleh : EDITOR
Tahaluf Siyasi PAS: Dengan DAP Atau Sesama Sendiri Dulu?
26 Februari 2015 : BANYAK yang
dicakapkan tentang tahaluf siayasi (kerjasama politik) PAS dengan DAP
kebelakangan ini, tak habis-habis nak kaji – tanpa sesiapa menyedari
bahawa tahaluf siyasi dalam PAS pun dah berterabur dah sekarang.
Ya, dalam PAS pun ada tahaluf siyasi
iaitu antara golongan ulama dengan golongan liberal, liberal dengan
sekular dan sebagainya. Percampuran semua ini menimbulkan banyak
masalah dalam PAS, buktinya, kewujudan Pasma yang kian berpengaruh,
rancangan menjatuhkan Hadi dan keengganan sesetengah kelompok dalam PAS
mengiktiraf golongan ulama.
Hilang hormat dah katanya.
Dulu tak macam ini, semua berbaiah dengan
ulama, dengan parti, dengan perjuangan, hujung sekali baru Tuhan. Tak
siapa berani sanggah ulama, tak pedulilah apa yang dibuatnya, banding
dengan hari ini, dah tak selindung-selindung lagi nak lawan ulama, lawan
parti sendiri.
Jadi persoalan yang penulis nak lemparkan hari ini, nak mula mana satu, tahaluf siyasi dengan DAP ke atau sesama sendiri ke?
Realitinya, buang masa PAS nak kaji
semula tahaluf siyasi dengan DAP. Dah berapa kali kaji dah, dah berapa
kali mesyuarat dah, hasil di hujungnya tetap sama – tidak ada keputusan.
Ini semua sebab guna formula ‘agree to disagree’ bawaan Anwar,
penyudahnya dengan DAP tak selesai, sesama sendiri pulak mula
berantakan.
Hudud sebagai contoh. Sebelum ini dah
berapa kali bincang, hasilnya tetap sama – tidak ada keputusan, lagi apa
buang masa nak bincang? Tapi ini logik kita, logik PAS lain sebab
bukanlah tujuannya tu nak melaksanakan sangat, tapi nak buat havoc dan
alihkan perhatian umum dari masalah dalaman mereka.
Kesimpulan penulis, cerita tahaluf siyasi
dengan DAP yang entah berapa kali muncul dan tenggelam ni hanyalah satu
cara PAS menipu pengikutnya dan rakyat Malaysia dari masalah dalaman
mereka yang semakin membusuk.
Hakikatnya sudah tidak ada kerjasama sama
sekali antara PAS dan DAP, semuanya dah lebur. Hanya duit dan kuasa
dimana boleh (macam Selangor) sahaja yang menampakkan seolah-olah
kerjasama itu wujud.
Disediakan oleh : EDITOR
Wednesday, February 25, 2015
Petisyen Pembebasan Atau Rayuan
26 Februari 2015 : Apakah kandungan sebenar dokumen yang dihantar
oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan
Ismail kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah
semalam, adakah ia mengandungi rayuan pengampunan atau petisyen memohon
pembebasan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim?
Persoalan itu ditimbulkan oleh bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar
Baharu, Zulkifli Nordin kerana menurut beliau, kalau ia adalah petisyen
memohon pembebasan bermakna ia tidak terikat dengan Perkara 48 (1) (e)
Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa seseorang ahli Parlimen
boleh dilucutkan kelayakannya jika beliau dijatuhi hukuman penjara
minimum setahun atau didenda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak
mendapat pengampunan bebas.
Bagaimanapun tegas beliau, jika dokumen yang dihantar itu adalah
rayuan pengampunan maka ia terikat dengan peruntukan perlembagaan
tersebut yang perlu dibaca dengan Perkara 42 (1) (c) Perlembagaan
Persekutuan antaranya bergantung kepada keperluan tiga syarat iaitu
perayu mengakui kesalahan yang disabit, menyesal dengan perlakuan
kesalahan yang disabit dan memberi akui janji tidak mengulangi kesalahan
yang disabit.
“Oleh itu apakah sebenar dokumen yang dihantar oleh Wan Azizah
memandangkan atas faktor rayuan pengampunan sewajarnya dikemukakan oleh
Anwar sendiri dan bukan pihak lain,” katanya ketika dihubungi di sini,
hari ini.
Beliau mengulas desakan pembangkang supaya Anwar dibenarkan hadir
sidang Dewan Rakyat berikutan pengesahan keluarga Anwar semalam bahawa
mereka mengemukakan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong
berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar kerana
meliwat bekas pembantu pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan .
Zulkifli berkata, antara rayuan pengampunan dan petisyen pembebasan mempunyai dua maksud berbeza.
“Jika ia sekadar petisyen pembebasan pihak Istana boleh menolak
melalui cara pentadbiran tanpa perlu dipertimbangkan oleh Yang
di-Pertuan Agong manakala Yang Dipertua Dewan Rakyat boleh memaklumkan
kepada Suruhjaya Pilihan Raya (SPR) berlaku kekosongan bagi kerusi
Parlimen Permatang Pauh.
“Bagaimanapun jika ia rayuan pengampunan baharulah kedudukan Anwar
sebagai Ahli Parlimen masih kekal dan Dewan Rakyat perlu menanti proses
pengampunan selesai untuk mengisytiharkan kerusi Parlimen berkenaan
kosong atau tidak,” katanya.
Selain itu Zulkifli menegaskan, apa yang perlu difahami rayuan
pengampunan hanya berkaitan dengan hukuman sama ada dikurangkan atau
ditangguhkan, namun sabitan kesalahan tetap kekal.
“Ini bermakna walaupun proses rayuan pengampunan berjalan, Anwar
masih lagi disabit kesalahan jenayah, beliau kekal sebagai banduan dan
masih tertakluk kepada undang-undang dan peraturan penjara,” katanya.
Zulkifli berkata, Wan Azizah perlu telus dengan mendedahkan isi
sebenar dokumen tersebut bagi mengelakkan kekeliruan memandangkan
langkah penghantaran dokumen itu dikaitkan dengan strategi politik
beliau bagi mengelakkan berlaku pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen
Permatang Pauh.
Selain itu, kata Zulkifli, tindakan tersebut juga mewujudkan tafsiran
sesetengah pihak bahawa ia langkah Wan Azizah bagi melengah-lengahkan
usaha pakatan pembangkang yang turut disertai oleh Pas dan DAP melantik
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang juga Menteri Besar sebagai Ketua
Pembangkang dalam sidang Parlimen bulan depan.
“Apa pun jawapan ada kepada Wan Azizah untuk menjelaskan kepada
rakyat isi sebenar kandungan dokumen tersebut bagi mengelakkan pelbagai
andaian dibuat,” katanya.
Dipetik daripada sumber : Utusan
Pas Patut ‘Cermin Diri’, Bukannya DAP
26 Februari 2015 : Dulu pada 2001 apabila DAP keluar pakatan kerana
tidak bersetuju dengan hudud Pas, bolehlah kerana DAP waktu itu tidak
sekuat sekarang.
Ketika itu dalam pilihan raya umum (PRU) ke-10, 1999, prestasi Pas
amat baik. Selain mengekalkan Kelantan, parti itu juga mengambil alih
kerajaan Terengganu daripada Barisan Nasional (BN).
Kekuatan Pas di Parlimen bertambah hanya tujuh kerusi pada 1995
sehingga 27 kerusi (1999), iaitu melompat hampir empat kali ganda.
Serupa juga pada peringkat negeri, kekuatannya bertambah hampir tiga
kali ganda dari 33 kerusi sehingga 98 kerusi dalam pilihan raya umum
itu.
Hasil keputusan itu, Pas mengambil alih kepimpinan pembangkang dalam Parlimen yang dipegang Lim Kit Siang dari DAP.
Pilihan raya umum 1999 itu tidak begitu baik untuk DAP. Walaupun
parti itu berjaya mendapat satu kerusi lagi berbanding sembilan kerusi
pada 1995, iaitu satu kenaikan 11 peratus, kedua-dua orang kuatnya,
iaitu Kit Siang dan Karpal Singh (mendiang) ditewaskan.
Perikatan DAP
dengan Pas waktu itu menjejaskan DAP sehingga kehilangan sokongan
pengundi bukan Melayu. Malah, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang muncul
setelah Anwar Ibrahim dipecat daripada kerajaan dan UMNO menikmati
permulaan yang baik dengan menang lima kerusi Parlimen dan empat kerusi
negeri.
Dulu lain, sekarang lain. Kelmarin, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas
Pusat, Nasrudin Hasan mengeluarkan kenyataan yang Pas ‘mempersilakan’
DAP tinggalkan pakatan jika masih berkeras membantah hasrat Pas laksana
hudud.
Cuma Nasrudin boleh perhatikanlah jumlah kerusi Parlimen dan negeri
disandang Pas sekarang. Tidak perlu yang terkinilah, ambil sahaja sejak
PRU-11, 2004.
Itu pun ketika DAP bertindak keluar Barisan Alternatif (BA) dan
menjalankan kerja politik mereka sendirian tanpa Pas, PRM dan PKR, DAP
masih meraih tambahan dua kerusi Parlimen pada 2004. BA pula kalah
teruk, dengan BN kali pertama mencatat sejarah gemilang PRU.
Begitu juga DAP yang bergerak sendirian dalam PRU-12, 2008 masih
menang banyak kerusi iaitu 28 berbanding Pas (24), dengan PKR
terbanyak, 31 kerusi.
Pada PRU-13, Mei 2013, Pas kekal tidak berubah di tangga ketiga
dengan sekadar meraih 21 kerusi, berbanding ‘ketua’ pakatan, DAP (38)
dan PKR (30).
Pas dulu pun iaitu pada 1986 pernah bercita-cita besar untuk
menerajui negara dengan membentuk gabungan pembangkang dikenali Harakah
Keadilan Rakyat (HAK) dengan parti kecil. Tetapi DAP enggan menyertai
gabungan itu. Pas bertanding dalam 98 daripada jumlah 177 kawasan
Parlimen, tetapi parti itu cuma menang satu kerusi, Pengkalan Chepa.
Malah, seramai 21 calon Parlimen dan 42 calon DUN Pas gagal mendapat
1/8 undi sah dan kehilangan wang deposit, berjumlah RM231,000 – satu
angka besar sangat untuk tiga dekad sebelum itu.
Nasrudin juga perlu akui bahawa PKRlah rakan kongsi paling dipercayai DAP berbanding partinya.
Sehari selepas keputusan PRU-13, Kit Siang yang juga penasihat DAP
dikatakan mencalonkan Anwar (Penasihat PKR) menjadi ketua pembangkang di
Parlimen meskipun PKR mendapat kerusi yang kurang berbanding dengan
DAP.
Pas sebenarnya tidak kuat bersama pakatan rakyat (PR). PRU-13
membuktikan Pas hilang Kedah, kalah di Perak, malah jumlah kerusi Pas
berkurang satu kerusi parlimen.
Undi Melayu kepada Pas, terutama di Perak, Kedah, Negeri Sembilan
dan utara Selangor, turut berkurangan. Pas kalah dengan UMNO pun kerana
undi Melayu.
Majoriti orang Melayu kelihatan inginkan Pas keluar pakatan.
Kerana apa? Kerana mereka melihat Pas sudah hilang jati diri apabila
‘dipijak-pijak’ oleh PKR dan DAP. Hanya sekadar pak turut kepada parti
berlambang mata dan parti berlambang roket.
Adakah Pas yang akan mengikut jejak DAP pada 21 September 2001, meninggalkan BA (kini pakatan) dan berjalan dengan kaki sendiri?
Dipetik daripada sumber : Utusan
BN Tidak Bertanding PRK DUN Chempaka
26 Februari 2015 : Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Barisan
Nasional (BN) tidak akan meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan
Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada 22 Mac ini.
Perdana Menteri berkata, Majlis Tertinggi (MT) UMNO membuat keputusan
itu berdasarkan beberapa pertimbangan tertentu dan selepas mengadakan
perbincangan secara menyeluruh dengan Badan Perhubungan UMNO Kelantan
serta UMNO Bahagian Pengkalan Chepa.
Beliau yang juga Presiden UMNO memberitahu, pada masa ini, tumpuan
perlu diberikan kepada program pemulihan mangsa banjir dan kerja-kerja
kebajikan di Kelantan serta perpaduan ummah.
“Kita tengok masih banyak lagi mangsa banjir yang belum menerima bantuan.
“Selain itu, kita fikir kita perlu lihat kepada usaha-usaha membawa
kepada perpaduan ummah walaupun ada perbezaan pendapat dan politik,
perpaduan ummah perlu diutamakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas
mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.
Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin;
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd.
Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Setiausaha Agung
UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Bendahari Agung UMNO, Datuk
Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat
Abdul Jalil serta Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.
Kerusi DUN Chempaka kosong berikutan penyandangnya, Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat meninggal dunia akibat kanser prostat pada 12 Februari
lalu.
Perdana Menteri menambah, keputusan untuk tidak meletakkan calon itu
bukan perkara baharu kerana BN juga tidak bertanding pada PRK Parlimen
Bukit Gelugor tahun lalu.
“Kita tidak boleh menghalang mana-mana individu untuk bertanding
tetapi UMNO tidak akan meletakkan calon,” jelasnya ketika ditanya
tentang kemungkinan calon Bebas bertanding dalam PRK DUN Chempaka.
Berhubung persiapan menghadapi kemungkinan PRK di Parlimen Permatang
Pauh, Najib berkata, BN akan membuat keputusan setelah tafsiran
Perlembagaan Persekutuan terhadap petisyen yang dikemukakan
penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai.
“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan dinasihatkan berdasarkan
tafsiran Perlembagaan Persekutuan itu dan SPR akan tentukan tarikh.
“Bila SPR tentukan tarikh, MT UMNO akan buat keputusan dan umumkan bila sampai masanya kelak,” katanya.
Status Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh masih belum
ditentukan selepas anaknya, Nurul Nuha mengemukakan petisyen pengampunan
kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah semalam.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sedang menjalani hukuman
penjara lima tahun setelah Mahkamah Persekutuan menolak rayuan
terakhirnya dalam kes meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful
Bukhari Azlan.
Dipetik daripada sumber : Utusan
Bantuan Kediaman Mangsa Banjir
25 Februari 2015 : Pada pertengahan bulan Disember 2014, Malaysia
diuji dengan musibah dahsyat yang meruntun hati ramai pihak. Bencana
alam banjir yang datang tanpa disangka itu telah akibatkan aktiviti
harian negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang lumpuh teruk. Suasana di
negeri terbabit tak ubah seperti lepas dilanda tsunami.
Atas sebab itu, ramai pihak tampil untuk membantu sediakan kediaman bagi keluarga yang terlibat.
Di Pahang, Tengku Mahkota Pahang, Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah
Sultan Ahmad Shah sendiri telah turun padang untuk mengawal selia
program pembinaan semula penempatan penduduk. Sebanyak RM780 juta
diperuntukkan oleh kerajaan negeri Pahang untuk membantu kira-kira
400,000 mangsa terjejas. Baginda turut mengingatkan kesemua pihak yang
terlibat dalam projek penempatan tersebut supaya melaksanakan
tanggunggjawab dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.
Sementara itu Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata
sebanyak 2,374 rumah akan dibina melibatkan kerjasama dengan kerajaan
pusat. Setiap rumah dianggarkan bernilai diantara RM40,000 ke RM48,000
seunit. Kerajaan Kelantan sendiri akan bina 600 unit rumah kekal. Beliau
turut meminta ketua-ketua jajahan bagi setiap daerah mengenal pasti
lokasi-lokasi yang sesuai untuk penempatan semula ini. Beliau juga
berharap,menerusi kerjasama bersama Kerajaan Pusat, akan mempercepatkan
lagi usaha pembinaan penempatan kekal kepada mangsa-mangsa banjir yang
terlibat.
Kerajaan Negeri Terengganu pula mengambil inisiatif pantas dengan
menghulurkan bantuan kewangan sebanyak RM500 bagi setiap keluarga yang
terlibat. Bagi rumah yang musnah, Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul
Rahman berkata, setiap rumah yang akan dibina semula menelan kos
sebanyak RM40,000 ke RM48,000. Bagi 408 buah rumah yang alami kerosakan,
peruntukan sebanyak RM5,000 ke RM10,000 akan diberi.
Beliau juga memberitahu bahawa pembinaan itu akan dipercepatkan
supaya keluarga mangsa banjir tidak tertunggu-tunggu untuk mendiami
rumah yang baharu. Negeri Kedah walaupun tidak terlibat dalam banjir,
turut melibatkan diri dalam menyediakan peruntukan sebanyak RM100,000
untuk membina 53 unit rumah panjang di kawasan Kampung Karangan.
Pembinaan rumah sementara itu akan dibina di padang Sekolah Kebangsaan
Karangan. Rumah sementara itu akan digunakan dalam tempoh tiga hingga
enam bulan sebelum rumah kekal yang bakal dibina oleh Kerajaan Pusat
siap.
Selain itu, Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) dan Alam Flora Sdn
Bhd telah membekalkan air bersih sebanyak 36000 liter sehari bagi
kegunaan mangsa banjir di Kampung Karangan.
Sesungguhnya walaupun bencana banjir besar ini telah melibatkan
kerugian harta benda kepada mangsa banjir, tetapi disebalik itu, ada
hikmah yang tersembunyi apabila puluhan ribu sukarelawan hadir dari
pelusuk Negara untuk turun membantu. Tanpa kira latar belakang politik,
mereka bersama penduduk setempat telah bersatu hati berkongsi kepedihan
yang sama.
Semoga mangsa banjir akan terus tabah hadapi ujian yang berat ini.
Disediakan oleh : EDITOR
Tempangnya PAS Tanpa Nik Aziz
25 Februari 2015 : Pada malam jumaat yang penuh berkat, Mursyidul Am
PAS iaitu Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah dijemput untuk menemui
PenciptaNya. Berita yang mengejutkan seluruh ahli PAS dan PASMA. Sebelum
Subuh lagi, perkarangan rumah beliau dipenuhi ribuan ahli PAS.
Ketika
Solat Subuh, suasana tak ubah seperti ketika Solat Raya, orang solat
melimpah hingga ke luar masjid. Ketika jam 10 pagi, pengunjung yang
hadir dijangka cecah belasan ribu orang. Semua yang hadir semata-mata
kerana ingin memberi penghormatan terakhir kepada seorang Tok Guru dan
Mursyidul Am PAS.
Allahyarham Nik Aziz ketika hayatnya memang terkenal sebagai seorang
yang tegas dan berjiwa PAS. Apa sahaja yang keluar dari mulutnya
walaupun sekadar pendapat peribadi, tetapi telah dianggap sebagai
pendirian rasmi PAS. Beliau seperti Sir Alex Ferguson bagi Pasukan
Manchester United, apabila Alex Ferguson tinggalkan kepimpinan
Manchester United, terpaksalah pasukan bola sepak terbaik dunia itu
bermula semula dari peringkat bawah. Inilah yang dirisaukan oleh
sebilangan ahli PAS, adakah setelah pemergian Nik Aziz, PAS akan kacau
bilau dan terpaksa bermula dari bawah semula.
Jadi tak hairanlah apabila ada yang mengatakan bahawa Nik Aziz itu PAS, dan PAS itu adalah Nik Aziz.
Masih terngiang-ngiang lagi antara kalimah paling berbisa yang keluar
dari mulut Nik Aziz yang menjadi zikir terapi bagi ahli PAS yang benci
UMNO ialah, beliau akan ludah muka orang yang berani sebut bahawa PAS
akan mewujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO. Kerana itu, janganlah
terkejut apabila selepas ketiadaan Nik Aziz, akan wujud semula isu
kerajaan perpaduan ini dari mulut kepimpinan PAS.
Ketika Perdana Menteri umumkan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia
(BR1M) beberapa tahun lepas, Nik Aziz telah samakan BR1M ini seperti
dedak ayam. Jadi, pada tahun itu, ketika BR1M masih menggunakan sistem
Baucar, maka ahli-ahli PAS yang menerima BR1M terpaksa tebalkan muka
kerana diperli sebegitu dahsyat oleh Mursyidul Am sendiri. Tapi apakan
daya, jika tak ambil BR1M iaitu duit ihsan Kerajaan Barisan Nasional,
nanti tak berasaplah dapur kat rumah, tak berbayar pula bil air dan
elektrik. Jadi, dedak ayam pun dedak ayamlah, yang penting perut
kenyang.
Nik Aziz ketika hayatnya kerap berulang kali menyebut ingin melihat
undang-undang hudud dilaksanakan dan wujudnya Kerajaan Islam di
Malaysia. Walaupun Kerajaan Persekutuan memberi kebenaran kepada
Kerajaan PAS Kelantan laksanakan hudud, tetapi ada sahaja
polemik-polemik dan drama yang dicipta supaya kegagalan hudud Kelantan
dijadikan sebagai kegagalan Kerajaan Persekutuan. Maka ahli PAS pun
dengan penuh kejumudan menyalahkan Kerajaan Persekutuan sebagai punca
Hudud tak boleh dilaksanakan di Malaysia. Hebat betul Nik Aziz.
Janganlah kita menutup realiti bahawa jika wujud 10 orang pejuang
politik dalam PAS seperti Nik Aziz, nescaya PAS akan jauh lebih maju dan
jauh lebih berani dalam menghadapi arus politik.
PAS tak perlukan
pemimpin talam dua muka seperti Mohd Sabu dan Mahfuz Omar. PAS juga tak
perlukan pemimpin muda yang tiada arah tujuan seperti Suhaizan Kaiat
mahupun pemimpin lanjut usia yang rosak akhlak seperti Mustafa Ali. Apa
yang PAS perlukan ialah lebih ramai pemimpin penuh karisma dan berprofil
tinggi seperti Tuan Guru Nik Aziz.
Al – Fatihah buat Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Semoga Allah
merahmati rohnya dan tempatkan beliau disamping insan-insan yang soleh.
Disediakan oleh : EDITOR
Ketua Polis Tak Gentar Diugut Bunuh
25 Februari 2015 : Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar
berkata beliau tidak gentar dengan ugutan bunuh yang diterimanya
daripada sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai
‘Anak Malaysia Anti Demokrasi’.
Khalid dalam kenyataan hari ini berkata ugutan itu langsung tidak
menakutkan beliau sebagai Ketua Polis Negara dalam melaksanakan tugas
yang telah diamanahkan dan menyifatkan ugutan seperti itu merupakan
lumrah seorang pegawai polis yang menjalankan tugas.
“Ekoran daripada beberapa klip video yang tersiar dalam laman sosial
yang memperkenalkan mereka sebagai kumpulan Anak Malaysia Anti Demokrasi
baru-baru ini, saya menyifatkannya sebagai satu tindakan yang tidak
bertanggungjawab oleh pihak berkenaan serta ingin memberikan satu
gambaran yang buruk terhadap sistem demokrasi berparlimen di negara ini.
Dalam video YouTube itu, sekumpulan individu menggelarkan diri mereka
“Anak Malaysia Anti Demokrasi” mengugut untuk membunuh Khalid dengan
meletupkan keretanya.
Video yang dikongsi oleh Facebook anti-Umno, “Ameno World”,
menunjukkan tiga lelaki berpakaian serba hitam dan menutup muka membuat
ugutan itu dengan latar belakang bendera Malaysia.
Individu dalam video itu berkata Amerika Syarikat, Rusia dan China
menjadi “maju dan dihormati kerana rakyatnya tidak memilih saluran
demokrasi untuk menjatuhkan petualang yang melindungi rejim yang korup”.
“Kami Anak Malaysia Anti Demokrasi mengumumkan akan membunuh ketua polis negara, meletupkan keretanya.
“Dengan itu, semua ketua agensi kerajaan akan takut melakukan
kesalahan menipu demokrasi kerana rakyat Malaysia akan bangkit memilih
jalan bukan demokrasi,” kata individu itu.
Buru bersama SKMM
Dalam kenyataannya hari ini, Khalid menyifatkan bahawa penyiaran video ugutan itu tidak bertanggungjawab.
Malah, katanya, ia menunjukkan bahawa kumpulan itu tidak mengenal erti sebenar sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.
Khalid juga berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mengesan identiti pengugut itu.
“Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut
peruntukan undang-undang yang sedia ada ke atas sesiapa sahaja yang
mengganggu gugat keamanan yang kita kecapi selama ini,” katanya.
Dipetik daripada sumber :
BERNAMA / Malaysiakini.com
Ketua Pemuda Pas Otak 3 Suku
25 Februari 2015 : Patutlah karier Suhaizan Kayat Ketua Pemuda Pas
sekejap tenggelam sekejap timbul dalam politik, rupanya memang dia jenis
tidak ambil peduli keadaan semasa.
Baru-baru ini Suhaizan mendakwa UMNO ada helah untuk tidak bertanding
di Dun Chempaka. Helah itu kononnya UMNO akan pecah belahkan hubungan
Pas dan PR.
Tindakan UMNO boleh timbul rasa curiga dikalangan pemimpin
pakatan yang lain tentang perpaduan antara Pas dan Umno.
Nampak sangat Ketua Pemuda Pas tidak tahu dan tidak pernah ambil
kisah tentang kehidupan rakyat Kelantan sekarang. Umum sedia maklum
bahawa Kelantan baru sahaja mengalami musibah banjir yang paling buruk
akibat kerakusan Kerajaan Negeri Kelantan meluluskan pembalakkan secara
berleluasa.
Maka, atas sebab itu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk
Seri Mustapa Mohamed berkata secara peribadi beliau berpandangan mungkin
Barisan Nasional tidak perlu meletakkan calon pada pilihan raya kecil
kerusi Dewan Undangan Negeri Chempaka.
Katanya lebih baik menumpukan usaha untuk kerja pemulihan pasca banjir di negeri Kelantan.
Banyak lagi kerja-kerja untuk rakyat yang patut beri tumpuan selain
dari bermain politik dengan pakatan. Malah UMNO dapat menjimatkan
peruntukkan pilihan raya untuk disalurkan kepada mangsa banjir.
Agenda rakyat sentiasa UMNO dahulukan, biarpun Kelantan diperintah
oleh PAS, tapi UMNO Kelantan melalui kerajaan Pusat memberikan apa yang
terbaik untuk rakyat.
Suhaizan tidak perlu menunjuk hero mendakwa UMNO ada agenda tersirat.
Lebih baik beliau mempertahankan Presiden PAS yang kini sedang diasak
oleh kumpulan haluan kiri parti mereka dari mengeluarkan dakwaan yang
bukan-bukan.
Disediakan oleh : EDITOR
Pengampunan DiRaja: Anwar “Tidak Bersalah”? Apa Yang Nuha Karutkan Ini?
25 Februari 2015 : Saya
faham, sebagai isteri, anak dan keluarga banduan yang baru dipenjara,
sudah tentulah hati mereka gundah-gulana dan susah hati. Jika seseorang
itu dipenjara sehari dua pun sudah mampu merisaukan keluarga terdekat,
apatah lagi untuk tempoh lima tahun, bukan?
Mungkin itulah yang sedang dirasai oleh Datuk Seri Wan Azizah, Nurul
Izzah, Nurul Nuha dan seluruh keluarga Anwar. Jika dulu mereka
meletakkan bunga kecil berwarna putih ketika Anwar pertama kali
dipenjara di Sungai Buloh, kali ini mereka gunakan hak petisyen
permohonan pengampunan DiRaja pula.
Saya tidak memandang serong pada hal permohonan pengampunan DiRaja
tersebut. Itu hak Anwar dan keluarganya menurut Perkara 42, Perlembagaan
Persekutuan. Terserahlah mahu mohon keampunan DiRaja itu atau tidak.
Cuma, yang saya tidak dapat terima ialah ALASAN yang diberikan Nurul Nuha dalam justifikasi permohonan pengampunan tersebut.
Katanya, dia dan keluarga membuat permohonan itu kerana percaya Anwar
tidak bersalah. Kemudian, dia istilahlah Anwar sebagai “tahanan
politik”. Malah Nuha mendakwa prinsip-prinsip keadilan telah diketepikan
dan kononnya Anwar difitnah.
Benarkah Anwar “tidak bersalah”? Benarkah Anwar “tahanan politik”?
Benarkah prinsip-prinsip keadilan diketepikan? Dan benarkan Anwar
difitnah?
Saya tertanya-tanya, fakta menunjukkan bahawa mahkamah bersidang dalam
tempoh hampir tujuh tahun, dibicarakan dengan adil dan Anwar diberikan
hak membela diri termasuk memanggil seluruh “panglima” peguam yang
handal-handal dan saksi dari luar serta dalam negara, apakah itu masih
lagi tidak adil?
Malah pengalaman saya yang berada di dalam bilik Mahkamah Tinggi
mengikuti perbicaraan Liwat II, Anwar diberikan hak untuk membela diri
di kandang saksi, mengapa dia memilih untuk membela diri di kandang
orang kena tuduh (OKT) sedangkan dia tahu keterangan di kandang itu
tidak sesekali akan digunapakai oleh mahkamah?
Kemudian, Anwar tegar dengan pendirian “hikayat konspirasi”nya ketika
berhujah di kandang OKT tanpa sebarang bukti kukuh yang menyokong
hujahnya. Siapa suruh pilih untuk kemukakan hujah “basi” dari kandang
yang tidak dipeduli mahkamah?
Di pihak Saiful Bukhari pula, segala bukti-bukti kukuh dikemukakan dan
semua keterangan yang berkreadibiliti turut dinyatakan di kandang saksi
sebagaimana prosedur yang sepatutnya. Tiada sebarang masalah pun…
Namun pada 9 Februari 2012, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin
Mohd Diah telah memutuskan bahawa Anwar tidak bersalah. Keputusan itu
telah disambut dengan baik oleh Anwar, keluarga dan ribuan penyokongnya
yang hadir di perkarangan mahkamah ketika itu.
Sejurus diputuskan tidak bersalah oleh mahkamah, Anwar, keluarga dan
seluruh penyokongnya memuja-muji sistem keadilan negara yang disifatkan
sebagai sangat adil, mengamalkan prinsip-prinsip keadilan dan pelbagai
kata-kata manis diberikan pada institusi kehakiman negara.
Ketika itu, tidak timbul “prinsip-prinsip keadilan diketepikan” pula.
Malah para penyokong Saiful Bukhari dan mereka yang percaya Anwar
meliwat pun jelas menghormati keputusan mahkamah itu dengan baik tanpa
mendakwa mahkamah dicatur Kerajaan atau mana-mana pihak.
Tapi kini bila Mahkamah Rayuan menerima rayuan mangsa Saiful Bukhari dan
memutuskan Anwar bersalah, dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara, serta
seteruskan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar dan mengekalkan
hukuman tersebut, tiba-tiba timbul pula “prinsip keadilan diketepikan”?
Pelik benar pemahaman Nurul Nuha mengenai prinsip keadilan. Bila bapanya
“tidak bersalah”, dia anggap mahkamah “ok”, tapi bila bapanya
diputuskan bersalah, tiba-tiba pula mahkamah “tidak ok”? Ini lebih teruk
dari “double standard”, bukan?
Fahamkah Nuha tentang istilah “tahanan politik”? Sila “google” maksud
sebenar istilah berkenaan atau tanyalah mana-mana ahli akademik mengenai
istilah itu dari sudut bahasa dan definisi, saya yakin mereka akan
ketawakan Nurul Nuha.
Bagaimana hendak disifatkan Anwar sebagai tahanan politik sedangkan dia
menjalani perbicaraan secara adil di mahkamah tanpa sebarang campur
tangan politik sama ada di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan mahupun
Istana Kehakiman?
Dan bagaimana pula untuk didefinisikan bahawa Anwar “difitnah” dalam kes
jenayah itu sedangkan semua bukti kukuh dan keterangan di mahkamah itu
adalah berstatus “beyond reasonable doubt”. Nurul Nuha boleh bertanya
pada mereka yang belajar undang-undang mengenai istilah tersebut.
Saya tidak menyebelahi Saiful Bukhari, mahupun Anwar dalam hal ini. Yang
benar tetap benar dan yang salah perlulah menerima hukuman sewajarnya.
Tiada dakwa-dakwi sama ada bersalah atau tidak setelah mahkamah membuat
keputusan kerana saya percaya pada kedaulatan undang-undang di Malaysia.
Jadi, tidak perlulah Nurul Nuha mengikut jejak langkah “baba”nya, ibunya
(isu mana Omega?) dan kakaknya dengan mengeluarkan hujah yang sangat
rapuh untuk dipatahkan.
Jika sudah hantar permohonan pengampunan DiRaja, sudahlah. Tidap perlu
memberi ulasan mengarut kepada media. Cukuplah Anwar, Wan Azizah dan
Nurul Izzah jadi “tukang karut”, Nurul Nuha nak ikut jejak langkah
mereka juga?
Disediakan oleh : EDITOR
Subscribe to:
Posts (Atom)