Sunday, October 25, 2015
Fokus Bajet 2016 Untungkan Rakyat Sabah, Sarawak - Adenan Satem
KUALA LUMPUR : Peruntukan besar dalam Bajet 2016 untuk Sarawak dan Sabah
dilihat memberi keuntungan kepada rakyat dan negeri berkenaan, kata
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.
Beliau berkata, rakyat Sarawak bersyukur dengan pelbagai inisiatif dan
projek yang telah digariskan di sebalik tanggapan tertentu pihak
pembangkang berikutan pilihan raya negeri Sarawak yang dijangka tahun
depan.
"Kita berterima kasih atas peruntukan itu yang pastinya akan memberi
banyak manfaat untuk rakyat dan ekonomi negeri," katanya dalam satu
forum yang dianjurkan sempena program Lan Berambeh Anak Sarawak 2015, di
sini, Sabtu.
Pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa
membentangkan Bajet 2016, mengumumkan lebih RM29 bilion yang dikhaskan
kepada kedua-dua negeri itu.
Peruntukan itu, antaranya sebanyak RM16.1 billion diperuntukan untuk
pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di Sarawak, dan RM12.8 bilion untuk
LPB di Sabah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment