Sunday, October 25, 2015
Jangan Jadi BARUA DAP Lah.... Pemilihan DAP : Zulpuri Diugut Tarik Diri
TEMERLOH : Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji
tetap akan bertanding pada pemilihan DAP negeri kerana namanya telah
dicalonkan walaupun menerima ugutan dan ancaman supaya menarik diri
untuk pemilihan itu.
Zulpuri berkata, beliau sememangnya terkesan dengan ancaman itu apatah
lagi membabitkan karier politiknya dengan keluarga namun negara ini
mempunyai undang-undang.
Menurutnya, pihak berkuasa ada, jadi sebaiknya serahkan sahaja kepada polis untuk menyiasat mereka yang membuat ancaman itu.
“Saya telah buat laporan polis semalam dan berharap pihak berkuasa dapat
menyelesaikan isu tersebut,” katanya kepada pemberita mengulas isu
kain rentang mengancamnya supaya menarik diri dari pemilihan DAP Pahang
kelmarin.
Zulpuri yang juga Adun Mentakab berkata, namanya telah dicalonkan sejak
awal lagi untuk bersama 32 senarai nama lain yang akan bertanding
merebut 15 tempat sebelum pemilihan jawatan dalam jawatankuasa DAP
Pahang.
Beliau berkata, ancaman tersebut memang memberi kesan kepadanya terutama
sekali dari segi keselamatan tetapi itulah hakikat yang terpaksa
ditanggung apabila terlibat dalam politik.
Akhbar ini Selasa lalu melaporkan, Pembantu Khas Zulpuri, Peter Ong
membuat laporan polis selepas kehadiran satu kain rentang di luar
bangunan pejabat Zulpuri yang mengancam keselamatan wakil rakyat itu dan
keluarga sekiranya bertanding jawatan Pengerusi DAP negeri.
Peter Ong juga memaklumkan terdapat bangkai seekor ayam yang digantung
di pintu masuk pejabat wakil rakyat itu selain nota tulisan tangan yang
mengancam keselamatan Zulpuri dan keluarga.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment