Thursday, October 01, 2015

Janganlah Nak Main Wayanglah.... Wan Azizah Sudah Bosan Dengan Krisis PAS-DAP

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui kini bosan dengan masalah berterusan yang melanda parti pembangkang, terutamanya DAP dan PAS.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Presiden PKR itu berkata, beliau tidak menolak kemungkinan konflik dalaman antara parti pembangkang akan menjejaskan sokongan pengundi kepada mereka pada pilihan raya umum akan datang.

"Macam-macam yang timbul dan kadangkala saya rasa seperti mahu mengalah, tetapi apabila fikirkan perjuangan selama 16 tahun, saya teruskan juga," katanya.

Katanya, antara konflik dalaman yang dihadapi pembangkang ialah perpecahan Pakatan Rakyat (PR) di mana PAS keluar daripada gabungan parti pembangkang tersebut dan kini tempat parti Islam itu diambil alih Parti Amanah Negara, selain beberapa masalah yang melanda DAP.

Pada masa sama, Dr Wan Azizah juga mengingatkan semula bagaimana kerjasama dalam PR sebelum ini berjaya mengubah persepsi penyokong parti terhadap PAS dan DAP.

Katanya, pengundi Cina dahulu mengganggap PAS sebagai ala-Taliban manakala DAP dilihat sebagai komunis oleh ahli PAS.

Bagaimanapun, katanya persepsi tersebut berubah apabila bermulanya kerjasama antara DAP, PAS dan PKR sehingga mewujudkan Pakatan Rakyat. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment