Thursday, October 01, 2015
Kuatnya Kelentong.... Jangan Bazirkan Duit Rakyat Untuk Rawatan Anwar
Adakah banduan yang bernama Anwar Ibrahim berhak membuat bermacam-macam
tuntutan rawatan yang tidak munasabah? Lupakah Anwar yang beliau kini
berada dalam penjara? Adakah beliau anggap yang rakyat telah lupa
tentang pembohongan keracunan arsenik dan suntikan HIV?
Baru-baru ini keluarga Anwar dengan menggunakan portal pro pembangkang
membuat tuduhan yang tidak berasas terhadap kerajaan Malaysia berkenaan
rawatan Anwar Ibrahim. Mereka juga bertindak diluar batasan dengan
membuat tuntutan rawatan dengan pakar tertentu dan bermacam-macam lagi.
Untuk makluman, ini bukanlah kali pertama Anwar Ibrahim dipenjarakan.
Sebelum ini, rakyat dapat melihat bermacam-macam pembohongan penyakit
yang tidak masuk akal Anwar Ibrahim namun tetap dilayan oleh pihak
kerajaan. Dari pembohongan sakit tulang belakang, keracunan arsenik, HIV
dan bermacam-macam lagi semuanya sudah digunakan oleh Anwar Ibrahim.
Banyak duit rakyat telah dibazirkan dalam melayan pembohongan penyakit
Anwar Ibrahim. Oleh itu sudah sampai masanya kerajaan berhenti melayan
tuntutan mengarut dari Anwar dan keluarganya. Lebih baik duit tersebut
digunakan untuk merawat rakyat Malaysia yang lebih memerlukan.
Nurul Izzah menuntut agar Datuk Dr S. Jeyaindran digugurkan sebagai
ketua panel yang merawat Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan beliau
pernah menjadi saksi menentang bekas ketua pembangkang itu dalam kes
Liwat 2. Pihak keluarga Anwar tidak yakin dengan timbalan ketua pengarah
Kementerian Kesihatan itu. Tahukah Nurul Izzah bahawa rakyat Malaysia
juga tidak yakin dengan penyakit Anwar Ibrahim selepas beliau banyak
kali menipu rakyat Malaysia?
Sementara itu, Kementerian Kesihatan menyangkal laporan beberapa portal
berita yang mendakwa tiada rawatan imejan resonans magnetik (MRI)
diberikan kepada bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa
beliau ditahan di penjara Sungai Buloh.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dua MRI
dilakukan ke atas Anwar, pada 2 Jun dan 24 Ogos, dengan laporannya
disediakan pakar perunding radiologi Hospital Kuala Lumpur. Salinan
laporan dan CD imej itu telah diserahkan kepada keluarga Anwar pada 14
Julai dan 21 Sept, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambahan pula, panel pakar yang merawat Anwar terdiri daripada 17
perunding klinikal dari lapan bidang perubatan termasuk surgeri
ortopedik dan radiologi otot dan tulang. Pendapat kedua mengenai
kecederaan bahu kronik dialami Anwar juga telah diberikan menerusi
penyertaan empat perunding ortopedik dari luar di dalam panel pakar.
Seorang perunding ortopedik artroskopi dan pakar bedah sukan daripada
Pusat Perubatan Universiti Malaya dibenarkan oleh pihak berkuasa penjara
untuk memeriksa Anwar seperti diminta oleh keluarganya untuk memberikan
“pendapat kedua”.
Semua keputusan berkaitan rawatan Anwar dibuat berdasarkan cadangan
panel perunding dan tiada seorang pun daripada anggota panel itu membuat
keputusan secara bersendirian. Begitu banyak duit rakyat digunakan
untuk memenuhi kehendak Anwar dan keluarganya.
Apa lagi yang mereka mahukan sebenarnya. Tidak cukupkah mereka
menyusahkan kerajaan Malaysia dan menghabiskan duit rakyat selama ini?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment