“Usahlah sebarkan maklumat yang kita sendiri tidak pasti kesahihan dan sumbernya.
Tuesday, October 27, 2015
Malaysia Dilanda ‘Keganasan Persepsi’ – Salleh
Malaysia dilanda ‘keganasan persepsi’ melalui
media baru yang diguna pakai untuk membunuh karakter seseorang individu
termasuk pemimpin negara. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said
Keruak berkata, persepsi negatif terhadap kepimpinan negara dan kerajaan
dilihat seperti telah tertanam dalam masyarakat khususnya pengguna
media sosial.
“Dalam konteks Malaysia, jelas dapat dilihat bagaimana manipulasi
persepsi media baru digunapakai bagi menjalankan pembunuhan karater
terhadap individu mahupun mengakibatkan ketidakstabilanhuru-hara
berlaku.
“Situasi berlaku apabila pemimpin negara dilemparkan dengan pelbagai
tuduhan yang tidak berasas. Namun, isu tersebut terus dimanipulasi di
media sosial meskipun pencerahan demi pencerahan dibuat dan pelbagai
bukti telah dikemukakan,”katanya semasa berucap merasmikan Seminar “The
Role Of New Media in Fighting Againts Perception Terrorism” di
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) di sini, hari ini.
Tambahnya, persepsi boleh timbul daripada pemikiran atau hati seseorang dan boleh dicetuskan pihak lain.
“Sesuatu persepsi tidak lagi terikat dalam lingkungan pemikiran
seseorang individu, tetapi boleh bercambah pantas menjadi persepsi
ramai. Ianya boleh terbentuk melalui pelbagai medium seperti blog,
mahupun penulisan, foto dan video yang tersebar luas di media sosial,”
ujar beliau.
Justeru, beliau mengingatkan masyarakat agar sentiasa menilai dengan baik apa jua maklumat yang disebarkan melalui media sosial.
“Usahlah sebarkan maklumat yang kita sendiri tidak pasti kesahihan dan sumbernya.
Jangan mudah terpengaruh dengan mainan dan manipulasi pihak
yang tidak bertanggungjawab khususnya perkara yang boleh menggugat
kestabilan, keselamatan dan keharmonian negara,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment