Thursday, October 01, 2015
Pakatan Harapan Perlu Hayati Aspirasi Bersama... Loyar Buruklah
BANTING : Rundingan meja bulat yang berlangsung membuahkan hasil dengan
wujudnya pakatan baru, Pakatan Harapan biarpun tanpa kehadiran wakil
Pas, namun ia tidak merencatkan perbincangan bagi merangka formula untuk
mewujudkan sebuah barisan alternatif baru untuk berdepan dengan Barisan
Nasional dalam Pilihan raya Umum ke 14.
Pensyarah Pengurusan Strategik Kualiti, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Kamarudin Musa berkata,
sebuah barisan alternatif yang kuat memerlukan setiap anggota pendukung
memahami dan menghayati aspirasi bersama, menumpukan kepada kepentingan
bersama, berfokus kepada keserasian.
Menurutnya, parti-parti politik yang bergabung membentuk Pakatan Harapan
mesti meletakkan kepentingan rakyat dan pembinaan negara bersumberkan
aspirasi perlembagaan sebagai agenda utama.
“Pakatan Harapan tidak seharusnya mengulangi kegagalan Pakatan Rakyat
apabila adanya anggota gabungan yang mengambil sikap membelakangi
aspirasi bersama.
“Pakatan Harapan perlu wujud atas dasar strategik ke arah hala tuju
politik berteraskan sistem dua parti sebagai usaha untuk memperkukuh
dimensi demokrasi,” katanya kepada Sinar Harian mengulas mengenai
senario yang berlaku sejurus Rundingan Meja Bulat dilakukan.
Dr. Kamarudin berkata, penyokong Pakatan Harapan juga perlu melihat
lebih jauh, bukan semata-mata proses penyertaan pilihan raya tetapi
mekanisme jangka panjang untuk pendidikan politik serta pembangunan
kesedaran politik bagi mewujudkan kematangan penglibatan politik.
Katanya, Pakatan Harapan perlu menjadi model dalam konteks kepedulian
perjuangan rakyat selain mengelak daripada terjerumus dalam konflik
ideologi dan pendekatan politik secara terbuka.
“Jika Pakatan Harapan mahu dipandang aktif, ia perlu menunjukkan hakikat
ianya relevan diwujudkan serta mampu berperanan aktif dalam
mempengaruhi landskap persekitaran politik di Malaysia,” katanya
Katanya, dengan mempunyai kemahiran mengurus konflik dan ideologi, ia
dapat menjadi model pakatan politik yang berwibawa sekali gus dapat
menarik kepercayaan dan keyakinan rakyat.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment