Wednesday, October 28, 2015

Tersentuh Hati Melihat Keakraban Kedua Pemimpin Ini... Pak Lah dan Najib

Pak Lah mantan Perdana Menteri Malaysia dan Najib Razak Perdana Menteri Malaysia waktu ini. Dalam sejarah politiknya Pak Lah juga melalui ranjau dan onak dalam pentadbirannya..

Namun pemimpin ini cukup sabar, pasrah dan redha dengan apa yang berlaku...

Beliau memiliki hati cukup tenang dan mulia. Beliau mengambil keputusan berundur dari jawatan Perdana Menteri apabila merasakan masanya telah tiba untuk dia berbuat begitu. Mungkin waktu ini dialah mantan Perdana Menteri yang paling tenang selepas persaraannya berbanding bekas Perdana Menteri negara yang masih ada.

Beliau tidak pernah mahu mencampuri soal pentadbiran negara atau mendesak Perdana Menteri selepasnya melakukan itu ini mengikut apa yang beliau mahu..

Ketika pentadbirannya selaku Perdana Menteri beliau juga menjadi mangsa kerakusan FITNAH DAN ADU DOMBA pehak yang berkepentingan dan "mabuk kuasa" yang seolah olah merasakan dirinya godfather didalam parti.

Keadaan inilah punca utama Pak Lah mengambil keputusan melepaskan jawatannya dalam waktu cukup awal walau pun dia mampu untuk terus kekal.

Namun sehingga kini NEGARAWAN ini tetap dihormati oleh sebahagian besar ahli UMNO seluruh negara kerana ahli parti tahu dan cukup faham apa sebenarnya yang berlaku..

Kini ..... dia sentiasa tampil memberikan semangat dan sokongan kepada sahabatnya agar terus kuat dan bersemangat yang kini turut mengalami keadaan sepertimana dia diperlakukan dahulu...

Persaraannya Pak Lah bererti tamatlah kerjaya politiknya kerana dia tidak pernh ada agenda tersirat yang perlu dia kejar selepas persaraannya itu....

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment