Thursday, March 10, 2016
Akhirnya Dr Mahathir Boleh Pergi Dengan Aman
EDITOR MENULIS...
10 MAC 2016
Suatu ketika dahulu gerakan menukar kepimpinan UMNO tidak membabitkan
pakatan dengan pembangkang kerana ia dibantah oleh penyokong- ponyokong
Tun Mahathir sendiri. Sungguhpun Tun M keluar parti dan ada pemimpin
pembangkang datang program yang dianjurkan, tidak pernah wujud pakatan
dengan pihak lawan.
Hari ini generasi baharu penyokong Tun Mahathir sudah tidak peduli
semua itu. Roh dan jiwa parti sudah dijual demi kuasa dan ego!
Namun melihat dari sudut positif, ia merupakan titik penting bangsa Melayu dan agama Islam.
Setelah
hampir 18 tahun negara dipisahkan oleh politik kebencian antara kabilah
Mahathir Mohamad dan kabilah Anwar Ibrahim, hari ini Mahathir dan Azmin
menutup satu sejarah panjang pertelingkahan bangsa Melayu di Tanah
Melayu ini.
Hari ini, Mahathir dan proksi Anwar Ibrahim, Azmin Ali, bersama-sama
menandatangani persefahaman untuk menjatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib
Razak.
Tidak pernah sesiapa sangka Mahathir akhirnya terpaksa melutut kepada
seteru politik nombor satunya untuk mencapai satu cita-cita politik
terakhirnya.
Ini satu sejarah besar bahawa di sebalik pelbagai serangan dan
hentaman Mahathir ke atas Anwar, Anwar tetap berdiri gagah dalam politik
negara. Dan biar pun berada di sebalik tirai besi, akhirnya Anwar masih
mampu menundukkan Mahathir.
Mungkin ini ini satu hikmah terbesar kepada perpaduan Melayu dan
Islam. Akhirnya, orang Melayu yang saling membenci kerana Mahathir
menyingkirkan Anwar Ibrahim boleh “disatukan” kembali.
Mohd Najib mungkin faktor negatif dalam perpaduan ini, namun ia masih
merupakan alat penyatuan Melayu kerana tanpa persamaan untuk
menjatuhkan Mohd Najib hampir mustahil Mahathir akan tunduk kepada Anwar
Ibrahim.
Persefahaman ini yang menandakan berakhirnya perseteruan politik yang
penuh kebencian antara Kabilah Mahathir dan Kabilah Anwar Ibrahim.
Justeru Mohd Najib bukan sahaja agen perdamaian Bangsa Moro dan
Wilayah Pattani tetapi juga berjaya menyatukan dua kabilah Melayu,
Mahathir – Anwar, dari terus bergaduh dan membenci kerana kuasa.
Kita juga bersyukur, di akhir usia 90-an, Mahathir akhirnya sudah
boleh pergi dengan aman suatu ketika nanti tanpa meninggalkan lagi
legasi politik kebencian melampau antara kedua-dua Kabilah ini.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment