Thursday, March 10, 2016
Tiada Tangisan UMNO Iringi Pemergian Tun M Kali Ini
EDITOR MENULIS...
10 MAC 2016
Pengumuman Tun Mahathir Mohamad keluar UMNO baru-baru ini
bukanlah mengejutkan sangat. Namun ia menunjukkan selama 22 tahun kita
telah ditipu oleh beliau bahawa parti lebih penting dari pemimpin.
Setiap kali UMNO berpecah atau Mahathir menyingkirkan mana-mana
pemimpin termasuk Musa Hitam dan Anwar Ibrahim; beliau akan mengulang
mantera “bahawa parti lebih penting dari pemimpin. Pemimpin datang dan
pergi tapi parti kekal menjaga kepentingan agama Islam, bangsa Melayu
dan negara Malaysia.”
Tun selalu berkata kita hanya akan membuang UMNO apabila parti tidak
lagi mampu menjaga kepentingan agama Islam, bangsa Melayu dan negara
Malaysia. Jadi di mana menunjukkan UMNO telah mengabaikan kepentingan
Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia sehingga hari ini?
Namun
dalam masa tidak sampai 10 tahun terakhir ini telah dua kali kita
diberitahu oleh Mahathir bahawa pemimpin lebih penting dari parti.
Apabila menolak Pak Lah, Mahathir umum keluar UMNO. Sekarang bila tidak
suka Mohd Najib, Mahathir umum keluar UMNO lagi.
Jika parti UMNO lebih penting dari pemimpin tentu Tun Mahathir tidak meninggalkan UMNO kerana marahkan mana-mana pemimpin.
Sehingga kini Tun Mahathir menunjukkan kepentingan kuasa individu
lebih penting dari kuasa parti. Mahathir menyerang dan mahukan Presiden
UMNO, Mohd Najib Tun Razak berundur bukan kerana kepentingan agama,
bangsa dan negara tetapi kerana perebutan kuasa individu.
Tuduhan-tuduhan terhadap Mohd Najib bukan kerana kepentingan agama,
bangsa dan negara terjejas. Ia hanyalah tuduhan berasaskan skandal
peribadi dan dakwaan rasuah yang sentiasa berlegar kepada sesiapa sahaja
yang memegang kuasa.
Rupanya, selama lebih selama 22 tahun kita telah ditipu oleh Mantera Mahathir
“parti lebih utama dari pemimpin” hanya bertujuan mengekalkan dirinya
ditampuk kuasa bukan kerana kepentingan agama, bangsa dan negara.
Tiada lagi tangisan UMNO untuk mu, Tun Mahathir, seperti mana 2008.
Pisang tidak berbuah dua kali. Jasa mu tetap dalam kenangan dan akan
kekal terpahat dalam sejarah kebangkitan negara ini.
Namun sejarah juga tampak akan berulang bahawa sebahagian besar
pemimpin UMNO (Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussien Onn)
meninggal di luar UMNO.
Mungkin Tun hanya meneruskan tradisi dan takdir tersebut. Selamat
Tinggal Tun Mahathir. Ampun dan maaf kiranya ada salah silap dan
terkasar bahasa kerana politik itu demikianlah adatnya. Semoga Tun pergi
dengan tenang suatu hari nanti.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment