- Biarkan sahaja perkara ini.
- Lucutkan keahlian parti.
Friday, March 11, 2016
Deklarasi Gagal… Tun Mahathir Dihina DAP !!
EDITOR MENULIS...
10 MAC 2016
Media melaporkan kenyataan Ahli Parlimen DAP yang mempertikaikan
kerjasama yang diwujudkan di antara partinya dengan Tun Mahathir.
Beliau berkata deklarasi yang ditandatangani adalah ‘dokumen yang tergesa-gesa’ dan tidak jelas.
Beliau juga berkata, pengisytiharan itu yang diketuai oleh bekas
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu orang yang sama menurut
beliau telah “menghancurkan ekonomi negara dan mentadbir Malaysia
melalui cara autokratik”.
Ahli
politik DAP itu juga mendakwa kita tidak harus lupa bahawa Dr Mahathir
adalah punca kepada masalah yang menjejaskan setiap rakyat Malaysia hari
ini.
“Kita tidak boleh menafikan bahawa selama 22 tahun berkuasa
beliau menggunakan undang-undang zalim kepada penentang dan
pengkritiknya,” katanya.
“Dr Mahathir memperkenalkan politik wang dalam Umno, mencabul
badan kehakiman yang bebas dan menghalang kebebasan media,” kata
Santiago.
Begitu hinanya Tun Mahathir pada pandangan parti chauvinis DAP.
Malangnya, isu ini dicetus oleh Tun Mahathir sendiri yang kini
backfired kerana beliau bersekongkol dengan musuh-musuh beliau sendiri
yang selama ini menghina dan memburuk-burukkan beliau tanpa belas
kesihan.
Kita tidak pernah terfikir Tun M perlu bersekongkol dengan
musuh-musuh beliau itu. Tun M telah berkata beliau pasti tidak akan
bekerjasama dengan Pembangkang.
Tun M pun tahu bahawa Najib Razak adalah Presiden parti yang sah
dipilih sebulat suara oleh ahli-ahli UMNO akar umbi bukan seperti parti
chauvinis DAP.
Pemimpin DAP yang jatuh ke tangga 5 dan kurang undi popularnya semasa
pemilihan semula CEC DAP tetapi tanpa malunya, masih dapat memegang
jawatan tertinggi parti itu.
Tun M pun tentu tahu pemimpin-pemimpin Pembangkang ini hanya sekadar
opportunis dan tidak ikhlas. Mereka akan melompat mengambil peluang ke
atas apa sahaja perkara yang boleh memburuk-burukkan parti lawan mereka.
Lebih-lebih lagi bersekongkol dengan kepimpinan parti DAP yang chauvinis, rasis, anti-Islam dan korup.
Dan deklarasi yang ditandatangani itu bukan di atas kapasiti
‘individu atau seseorang warganegara sahaja’ tetapi turut mewakili
aspirasi tuntutan Pakatan Pembangkang yang bukan sahaja mahukan PM Najib
Razak dijatuhkan tetapi mereka mahu menjatuhkan UMNO dan BN yang
merupakan satu institusi kerajaan yang sah.
PKR juga mahu Anwar Ibrahim dibebaskan, satu tuntutan yang tidak
masuk akal kerana Anwar Ibrahim telah didapati bersalah oleh
undang-undang negara yang berdaulat dan merdeka.
Mana mungkin kita ambil separuh-separuh sahaja.
Kita jangka Tun M akan mula menjauhkan diri beliau daripada dilihat
bersekongkol lagi dengan Pakatan Pembangkang. Deklarasi itu gagal.
Tetapi ianya menimbulkan satu polemik politik yang pastinya terpalit kepada rakan-rakan Tun M yang masih berjawatan dalam UMNO.
Dahulu kepimpinan tertinggi UMNO masih boleh berdolak dalih tentang keahlian parti rakan-rakan Tun M.
Tetapi sekarang, kepimpinan tertinggi UMNO perlu membuat keputusan
tegas kerana berdepan dengan desakan ahli-ahli UMNO yang bangkit
mempersoalankan keahlian pemimpin-pemimpin UMNO yang bersekongkol dengan
Pakatan Pembangkang.
Kepimpinan tertinggi UMNO boleh :
Apakah kesudahannya?
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment