Friday, March 11, 2016

Betul Ke Muhyiddin Tak Mahu Jadi Perdana Menteri??

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/09/Muhyiddin-Yassin-umno.jpg
Agak mengejutkan apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan digantung sebagai Timbalan Presiden Umno, memaklumkan beliau tidak 'terliur' dengan jawatan Perdana Menteri dan Presiden parti.

"Saya  hendak jelaskan bukan niat saya untuk menjadi Perdana Menteri, hanya kerana orang kata saya orang nombor dua dalam Umno. Seolah-olah saya tidak boleh tunggu. tiada wallahi," kata Muhyiddin.

Sejauh manakah kebenaran Muhyiddin ini?? Adakah Muhyiddin dalam keadaan sedar ketika memaklumkan perkara ini??? Atau Muhyiddin sedang mengalami 'darah tinggi' sehingga menyebabkan beliau dalam keadaan tanpa sedar ketika memaklumkan perkara ini??

Kalau benar dakwaan Muhyiddin itu, habis kenapa Muhyiddin begitu lantang mengkritik Perdana Menteri dan sanggup bersengkokol dengan pemimpin pembangkang menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak??

Kan terbukti gerakan yang diwujudkan Mahathir itu bagi memastikan Muhyiddin dapat menjadi Perdana Menteri, memandangkan Muhyiddin adalah calon yang seterusnya dan akan memastikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dapat menjadi Perdana Menteri selepas itu.

Menurut Muhyiddin, beliau mengambil keputusan untuk bersama Mahathir serta pembangkang kerana menjalankan tugasnya sebagai orang nombor 2 dan masih sayangkan parti.

"Tak akan kerana memikirkan soal itu, saya ketepikan tugas saya hingga parti saya boleh rosak  dan masa hadapan negara boleh hancur. Biarlah saya jadi lilin yang membakar diri untuk menyelamatkan situasi, daripada saya mendiamkan diri bersyubhah dengan perbuatan kemungkaran.., akhirnya parti tenggelam dan kalah hilang kuasa siapa harus bertanggungjawab?." katanya

Lawak rasanya jawapan yang diberikan Muhyiddin ini... Kalau benar Muhyiddin sayangkan parti dan negara ini, beliau selaku orang nombor 2 sebelum ini sepatutnya membantu tugas yang dipikul Najib.

Tapi apa yang dilakukan Muhyiddin ketika itu?? Muhyiddin mengambil kesempatan dengan lantang mengkritik Perdana Menteri di seluruh pelusuk negeri... Oleh demikian, keputusan Muhyiddin kononnya tidak mahu menjadi Perdana Menteri itu adalah karut semata-mata dan mahu meraih simpati rakyat di negara ini. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment