Friday, March 11, 2016
BN Berjaya Rampas Kedah Bukti Najib GAGAL Atau BERJAYA??
Kita pastinya akan tertarik dengan dakwaan-dakwaan mengarut penyokong pro Tun Dr
Mahathir Mohamad... Mereka mendakwa, sekiranya Datuk Seri Najib Razak
terus kekal sebagai Perdana Menteri, Barisan Nasional (BN) akan kalah
pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Benarkah dakwaan yang dilemparkan penyokong pro Mahathir ini terhadap
Najib?? Jika benar, boleh ke penyokong pro Mahathir sertakan bukti
bahawa jumlah sokongan rakyat terhadap BN menurun sejak Najib memegang
jawatan Perdana Menteri?? Pasti tidak boleh bukan??
Baiklah... Seperti kita tahu Najib mula mengambil alih tugas Perdana
Menteri daripada Tun Abdullah Badawi pada tahun 2009 selepas Tun
Abdullah gagal mempertahankan BN sebagai kerajaan negeri di beberapa
buah negeri di semenanjung.
Dengan tugas yang berat dipikul oleh Najib untuk mengembalikan negeri
yang jatuh ke tangan pembangkang, akhirnya Najib telah berjaya menawan
semula negeri Kedah dari genggaman Pas pada PRU lalu.
Jadi, kita boleh bertanya pada penyokong pro Mahathir.., adakah kejayaan
Najib mengembalikan Kedah sebagai kerajaan pentadbiran BN sebagai satu
usahanya yang gagal mendapat sokongan rakyat??
Sudah pasti tidak kan?? Dengan kembalinya Kedah di tangan BN, telah
terbukti bahawa Najib telah menjalankan tugasnya dengan sebaiknya..,
berbanding Perdana Menteri sebelum ini.
Oleh yang demikian, usahlah penyokong pro Mahathir menggunakan 'modal'
BN akan kalah teruk pada PRU akn datang sekiranya Najib terus menjadi
Perdana Menteri, kerana 'modal' itu telah basi dan tidak boleh di pakai.
Daripada penyokong Mahathir cuba menyalahkan Najib kerana tidak berundur
kononnya BN akan kalah, lebih baik penyokong Mahathir menyalahkan
pemimpin kesayangan mereka itu, kerana tindakan Mahathir yang
keanak-anakan itulah menjadi punca BN kalah di beberapa buah negeri pada
zaman Tun Abdullah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment