Friday, March 11, 2016
PAS Bijak Tak Sertai Gerakan Jatuhkan Najib
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali menyifatkan tindakan Pas yang tidak
menyertai Deklarasi Rakyat untuk menolak Datuk Seri Najib Razak sebagai
Perdana Menteri, adalah tepat dan bijak.
Pelik betul tindakan Ibrahim ni... Tiba-tiba menyokong tindakan yang
dilakukan Pas... Siap puji lagi kot atas... Sebelum ni, bukan ke Ibrahim
sokong dan mahu menandatangani gerakan Mahathir ini??
Bukan tu saja, sebelum ni siap bergelak ketawa lagi dengan pemimpin
DAP... Siap salam cium tangan lagi... Dah kena 'paku' dengan orang
ramai, Ibrahim alih mai jilat Pas pula.
Menurut Ibrahim, tindakan Pas yang tidak mahu terlibat dengan gerakan
Mahathir 'Selamatkan Malaysia' membuktikan parti Islam terbesar itu
lebih bijak berbanding part-parti pembangkang yang lain.
Ini kerana, dengan tindakan Pas yang berkecuali untuk menyertai gerakan
itu akan membolehkan Pas memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) yang
dijadualkan berlangsung pada 2018.
Tambah Ibrahim, dengan keputusan Pas itu, Pas bebas untuk menentukan
hala tuju parti memandangkan Pas tidak lagi terikat dengan bayang-bayang
parti pembangkang.
"Pas tak nak terlibat sebab dia tak nak bawah bayang-bayang macam dia
dalam Pakatan Rakyat dulu, jadi maknanya Presiden Pas Datuk Seri Abdul
Hadi Awang ini bijak kerana tidak mahu tertutup dengan bayang-bayang
orang lain.
"Dalam Pakatan Rakyat, Pas cuba bawa agenda mereka tapi orang lain
halang. Ini strategi politik Pas. Pas dan Umno adalah parti Melayu
terbesar di negara ini. Apabila Pas berdiri sendiri dan Umno bermasalah,
ketika PRU14 orang akan pergi kepada Pas," kata Ibrahim.
Untuk makluman Ibrahim... Pas sememangnya bijak... Pas pun tahu kenapa
Mahathir wujudkan gerakan tersebut dan Pas juga tahu gerakan itu dibuat
bagi memastikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment