Friday, March 25, 2016
Beza Antara Mahathir Dan Ku Li Di Usia Emas
EDITOR MENULIS...
24 MAC 2016
Sekiranya diimbas kembali kepada sejarah UMNO pada tahun 1987,
mungkin ramai yang ingat tentang bagaimana bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad terhutang budi pada Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Najib ketika itu hanya memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO, namun
beliau dikatakan agak berpengaruh dalam menentukan undi bagi jawatan
Presiden yang sedang direbut Mahathir dan seteru utama politik
dalamannya, Tengku Razaliegh Hamzah.
Keputusan Najib yang memihak kepada Mahathir dikatakan telah
menyelamatkan karier Mahathir ketika itu. Jika Najib memihak pada Ku Li
pada peristiwa 1987 berkenaan, ramai orang lama UMNO yang setuju bahawa
Mahathir akan jatuh terguling secara demokrasi ketika itu.
Namun itu hanya kisah lama. Kisah yang dikatakan ‘sudah lapuk dek
zaman’. Biarpun tidak mengenang budi baik Najib dan sebaliknya berusaha
gigih menjatuhkan individu yang menyelamatkan politiknya, tidak perlulah
dikenang sangat sikap Mahathir itu. Mungkin itu sifat semulajadinya
sejak lahir…
Walau bagaimanapun, saya melihat sikap yang agak berbeza yang ada pada Ku Li.
Kita semua tahu Najib memihak pada Mahathir pada 1987 dan tidak
memihak pada Ku Li. Tindakan itu telah menyebabkan Ku Li tewas tipis
dalam merebut jawatan Presiden UMNO pada siri pemilihan agung parti
ketika itu.
Krisis kepimpinan yang berlaku ketika itu memang menghuru-harakan
UMNO. UMNO terbelah dua kepada ‘team A’ dan ‘team B’. Kerana setia Najib
kepada penyandang Presiden ketika itulah yang menyebabkan Ku Li
‘dibenam’ Mahathir dan ‘disejuk bekukan’ dari pucuk pimpinan.
Malah, akibat ‘clash of the both titans’ ketika itu turut menyaksikan
UMNO diisytihar sebagai pertubuhan haram oleh bekas Ketua Hakim Negara,
Tun Salleh Abas. Mungkin Najib hanya tukar Peguam Negara, namun
Mahathir disifatkan lebih teruk lagi memecat Tun Salleh Abas kerana
keputusan mengharamkan UMNO. ‘Paku dulang, paku serpih’…
Walaupun Najib menjadi punca Ku Li tewas, gagal menjadi Presiden UMNO
dan seterusnya merampas kedudukan Mahathir sebagai Perdana Menteri,
semalam beliau dengan senang hati menandatangani deklarasi menyokong
Najib sebagai Perdana Menteri.
Begitulah hebatnya Ku Li, salah seorang tokoh genius UMNO yang
disia-siakan Mahathir sejak sekian lama berkuasa. Mungkin sebagai ahli
politik veteran dan kaya dengan pengalaman, beliau yakin prinsip politik
yang tulen dan bertindak bijak menyokong Perdana Menteri demi
kestabilan politik negara.
Ku Li boleh saja duduk di kem Mahathir, namun beliau tidak berbuat
demikian. Mungkin beliau pun tahu bahawa tindakan Mahathir itu ‘ada
udang di sebalik batu’. Mungkin beliau yakin bahawa tindakan Mahathir
itu mengkhianati sumpah keramat bangsa.
Mungkin juga Ku Li enggan bersekongkol dengan mereka-mereka yang
pernah digelar ‘syaitan’ dan ‘rasis’ oleh Mahathir sendiri. Dan mungkin
kerana tahu tindakan Mahathir itu menyalahi etika dan prinsip kepartian.
Dan mungkin juga Ku Li enggan menyertai Mahathir kerana beliau tidak
mahu memberi contoh buruk kepada generasi akan datang.
Apapun, saya mengucapkan tahniah kepada Ku Li. Kematangan beliau
dalam tindakan politiknya kali ini amat saya kagumi. Mungkin itulah
kualiti yang ada pada pengasas sebenar Petronas ini walaupun ada ‘orang
tak malu’ yang mengaku kononnya Petronas itu idea otaknya…
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment