Friday, March 25, 2016

Semua Wang Pertubuhan Di Malaysia Ini Milik Rakyat?

EDITOR MENULIS...
24 MAC 2016
http://funny-pics-fun.com/wp-content/uploads/Funny-Laughing-Face-Contagious-Laughter-11.jpg
Hanya sekadar gambar hiasan...


Saya yakin bahawa masih ramai lagi yang keliru tentang terma ‘wang rakyat’ dari sudut versi kem bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Sebagaimana yang kita tahu, apa saja yang terbit dari mulut Mahathir adalah ‘benar, tiada yang tidak benar melainkan yang benar-benar belaka’.

Untuk pengetahuan rakyat di negara ini, semua jenis atau bentuk pertubuhan yang ditubuhkan di Malaysia ini selalunya memiliki akaun pertubuhan masing-masing. Pertubuhan yang penulis maksudkan di sini juga membabitkan sebarang jenis NGO yang disahkan ROS termasuk persatuan, pertubuhan, yayasan, parti politik dan seumpamanya.

Selain itu, ada juga pertubuhan yang melantik pimpinannya sebagai pemegang amanah. Kebanyakan parti politik dan persatuan mempunyai pemimpin yang dilantik sebagai pemegang amanah.

Kadangkala, pemimpin yang dilantik sebagai pemegang amanah itu menerima sumbangan dan dana dari mereka yang menyokong pertubuhan yang beliau ketuai. Kadangkala, ada yang menyumbang ke akaun peribadi pemegang amanah itu untuk pertubuhan berkenaan.

Sekiranya pemegang amanah itu bersifat amanah orangnya, maka beliau kemudian akan menyalurkan dana tersebut untuk kegunaan pertubuhannya.

Namun begitu di Malaysia dari sudut pandang bekas Perdana Menteri, segala bentuk dana atau sumbangan yang diberikan kepada mana-mana pertubuhan di negara ini dianggap sebagai ‘wang rakyat’. Maksudnya, wang pertubuhan itu adalah ‘hak milik awam’.

Sebagai contoh mudah, wang sumbangan yang diberikan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah di Kampung Pinang Sebatang adalah milik awam, milik rakyat. Ia ‘bukan’ milik Persatuan Bulan Sabit Merah tersebut.

Jadi, Presiden atau pucuk pimpinan Persatuan Bulan Sabit Merah itu perlu kongsikan duit persatuan itu dengan seluruh rakyat Malaysia. Jika hanya digunakan untuk kepentingan ahli dan persatuan itu, maka ia adalah ‘salah’ dari etika Mahathir.
Jangan buat muka macam ni...
Jangan buat muka macam ni…

Ianya adalah sama dengan sumbangan RM2.6 bilion dari keluarga DiRaja Arab Saudi kepada Presiden UMNO, dan dana ini kononnya ‘wang rakyat’, tidak boleh digunakan hanya untuk kepentingan parti. Jika tidak, ia dianggap sebagai ‘salah laku’…

Jadi, suka saya ingatkan kepada seluruh pertubuhan di negara ini supaya kongsikan sama semua wang pertubuhan masing-masing dengan kami rakyat Malaysia. Persatuan Pengakap di kampung Duda Baik pun perlu kongsi wang persatuan itu dengan makcik Limah di Simpang 2, Batu Giling di Cherok Tok Kuntau. Harap maklum…

Fikir-fikirkan ya... memang kelakar la...

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment