Monday, March 07, 2016
Kerana Politik.... Kawan Boleh Lawan. Tindakan Tidak Wajar Seorang Negarawan - Tengku Adnan
“Tindakan sedemikian tidak sewajarnya berlaku apatah lagi diketuai
individu bergelar negarawan, pernah menjadi ketua negara, memegang
tampuk pentadbiran dalam tempoh yang panjang dan memahami selok-belok
politik serta kepemimpinan.
Lebih dari itu, tindakan Dr Mahathir yang sanggup senada dengan pemimpin
DAP, PKR, Parti Amanah Negara (PAN) dan NGO (pertubuhan bukan kerajaan)
lain yang selama ini memberi pelbagai label negatif kepada beliau juga
sesuatu yang memeranjatkan”.
Itu kata kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor mengulas tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
bersekongkol dengan pembangkang dalam program Deklarasi Rakyat bagi
menggerakkan kempen mendesak pengunduran Perdana Menteri, Datuk Seri
Mohd Najib Razak.
Menurut Tengku Adnan, tindakan itu amat buruk dan kesannya bukan saja
kepada nilai kepimpinan negara tetapi juga parti, kerajaan dan boleh
mencalarkan nama serta imej Malaysia di peringkat antarabangsa.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak bermuhasabah dengan membuat
penilaian dan melihat bagaimana liciknya permainan politik pihak
tertentu.
Kawan katanya sudah menjadi lawan manakala lawan menjadi kawan hanya untuk melampiaskan agenda tertentu.
“Semoga kita dihindarkan dari tindakan keji sedemikian dan terus
dipelihara dalam melaksanakan tanggungjawab yang dipikul. Atas nama
UMNO, marilah kita teruskan tekad untuk agenda Bersatu, Bersetia dan
Berkhidmat,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment