Monday, March 07, 2016

Ada Puak Kesultanan Negara Jiran Pasang 'Panglima' Di Setiap DUN Sabah

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi tidak sebut dari mana,namun berdasarkan masalah keselamatan di pantai Timur Sabah rasanya kita boleh teka sendiri siapa mereka.

Beliau yang juga Menteri dalam Negeri,Sabtu dedah maklumat risikan yang dapati kumpulan yang mengaku waris sebuah kesultanan dari sebuah negara jiran sudah paang ' panglima' di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri di Sabah.

Katanya ancaman keselamatan di Sabah kini bukan hanya berlaku di kawasan pantai timur, malah mula merebak ke pantai barat negeri ini.

Zahid memberitahu demikian ketika merasmikan Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam 2016 di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu.

Untuk rekod,kawasan Lahad Datu pernah diceroboh oleh kumpulan pengganas dari sebuah kesultanan di Sulu,Selatan Filipina.Mereka adalah dari puak Jamalul Kiram.

Puak ini mendakwa Sabah sebahagian dari milik mereka dan sehingga hari ini menjadi cabaran keselamatan di kawasan pantai Timur Sabah.

Zahid harap rakyat di Sabah membantu pasukan keselamatan menangani ancaman ini menerusi penerapan konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH).

"Ini bagi memastikan tiada seinci pun bumi Sabah diceroboh oleh pihak terbabit," katanya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment