Monday, March 07, 2016
Macam Sudah Hilang Akallah Pulak.... Dr Mahathir Perlu Ikut Proses Demokrasi Jika Nak Tukar Pentadbiran - Jurucakap Kerajaan
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu mengikut proses
demokrasi negara ini dan menunggu pilihan raya umum akan datang, sejajar
dengan undang-undang Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan, sekiranya
ingin menukar pentadbiran dan perdana menteri, kata seorang jurucakap
kerajaan.
Jurucakap itu berkata kerajaan masa kini, yang dipimpin Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah kerajaan yang sah di sisi
undang-undang dan dipilih rakyat pada 2013.
"Mekanisme untuk menukar kerajaan dan perdana menteri sudah sedia ada. Ia dikenali sebagai pilihan raya umum.
"Dan, ia adalah satu-satunya mekanisme yang sah di sisi undang-udang,
demokratik dan memenuhi kehendak rakyat," kata jurucakap itu dalam satu
kenyataan.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan sidang akhbar bersama yang diketuai Dr
Mahathir hari ini, yang antara lain, menggesa Najib berundur.
Jurucakap itu berkata sidang akhbar berkenaan, yang turut dihadiri bekas
musuh Dr Mahathir, mempamerkan keadaan mereka yang begitu terdesak dan
menebalnya sifat oportunisme mereka dalam politik.
"Hari ini, Tun Mahathir dan bekas musuh beliau telah mempamerkan
oportunisme dan keadaan terdesak mereka dalam politik," kata jurucakap
itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment