Menurut ahli Parlimen Permatang Pauh itu, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai banyak sokongan dari ahli parlimen yang lain dan disebabkan itu sokongan dan kerjasama anggota Pakatan Harapan diperlukan sehingga termeterainya ‘Deklarasi Rakyat’ yang ditandatangani oleh 58 orang wakil rakyat.
“Dakwaan kami (PH) tidak kuat sehingga memerlukan sokongan Tun Mahathir adalah tidak benar. Beliau (Tun Mahathir) yang tidak kuat, beliau sebenarnya yang memerlukan kami (PH),” katanya dalam satu sidang media di Parlimen, di sini hari ini.
Dalam pada itu, apabila disoal mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mahu Perdana Menteri baharu haruslah dari ahli Barisan Nasional, Wan Azizah menegaskan bahawa itu adalah pandangan peribadi Mukhriz, dan ianya tidak mewakili Pakatan Harapan.
“Itu pandangan beliau (Mukhriz). Pandangan kami pula, ianya mestilah ada pertukaran kerajaan kerana Pakatan Harapan adalah sebuah blok yang besar, dan ianya adalah berdasarkan pilihan rakyat,”ujarnya.
Sementara itu, apabila ditanya sama ada Tun Dr Mahathir menyatakan persetujuan mengenai hal berkenaan, Wan Azizah sekali lagi mennegaskan bahawa perkara itu langsung tidak menjadi masalah, dan tidak penting bagi PH.
“Apa yang difikirkan beliau bukan isu. Ia sentiasa menjadi agenda kami,” katanya.
Dalam sidang media yang sama, Wan Azizah turut mengumumkan perhimpunan yang dinamakan `Muafakat Selamat Malaysia’ akan diadakan di setiap negeri bermula bulan ini serta Perhimpunan Mansuh GST yang akan diadakan pada 2 April 2016 yang akan di ketuai oleh Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment