Monday, October 26, 2015
1MDB Tidak Berhutang AS$481 Juta Dengan IPIC – Najib
KUALA LUMPUR : Syarikat 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) tidak berhutang AS$481 juta dengan International Petroleum
Investment Corporation (IPIC).
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata notis penyata
kewangan syarikat pelaburan strategik yang berakhir 31 Mac, 2014
menyatakan tiada hutang membabitkan IPIC ditanggung syarikat itu.
“Ingin ditekankan juga, mana-mana pihak berhak menentukan kaedah
pelaporan penyata kewangan mereka,” kata Najib dalam jawapan bertulis
pada Selasa.
Beliau, yang juga Menteri Kewangan, berkata demikian bagi menjawab
soalan Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara Tony Pua mengenai jumlah
pembayaran yang dibuat 1MDB bagi menebus opsyen syarikat Powertek
Investment Holding dan 1MDB Energy (Langat) Sdn Bhd daripada Aabar
Investment dengan jumlah AS$3.5 bilion.
Baru-baru ini, Pua mempersoalkan sekiranya pinjaman itu digunakan
untuk menebus jumlah pinjaman sebanyak AS$1.22 bilion yang telah ditebus
dari Kepulauan Caymans.
Pua turut menekankan dalam hutang itu bernilai AS$481 juta terdapat dalam kenyataan kewangan yang diaudit oleh Ernst & Young.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment