Monday, October 26, 2015
Obama Lawat Turki, Malaysia & Filipina November Ini
SHAH ALAM : Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dijangka
akan kembali semula melawat Malaysia susulan beberapa sidang kemuncak
yang perlu beliau hadiri.
Menurut Rumah Putih, Obama akan ke Turki, Filipina dan Malaysia dari 14 hingga 22 November ini.
Memetik laporan Reuters, dalam lawatan itu, Obama akan menghadiri
sidang kemuncak G20 di Turki dan sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia
Pasifik di Filipina.
Manakala, di Malaysia, Obama akan menghadiri sidang kemuncak AS-Asean dan Sidang Kemuncak Asia Timur.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment