Monday, October 26, 2015
Isu Langkah Rawang Hanya Usik-Usik Nakal, Kata Exco Selangor
KUALA LANGAT : Isu Langkah Rawang sebenarnya hanyalah usik-usik nakal kumpulan yang ingin jatuhkan kerajaan negeri Selangor.
Exco Kerajaan Negeri Selangor, Amirudin Shari berkata, tiada isu
besar yang mengganggu dalam pentadbiran kerajaan negeri ataupun hubungan
dalam parti.
Menurutnya, isu ini tidak kedengaran sebelum ini dan tiada sebab Azmin perlu ditukar.
“Memanglah kalau nak diukur semuanya tiada yang sempurna, namun
pelbagai perancangan negeri telah dilaksanakan termasuk kita mampu
kurangkan defisit, pembangunan rumah mampu milik berjalan lancar dan
sebagainya walaupun berdepan dengan masalah parti politik dalam kerajaan
negeri.
“Namun, sifat mesyuarah Azmin yang dipimpinnya sejak dulu lagi dapat
mengekalkan kestabilan politik hari ini,” katanya yang menganggap isu
Langkah Rawang tersebut adalah kerja orang bermimpi yang sengaja mencari
masalah.
Mengulas mengenai Bajet Selangor yang bakal dibentangkan pada 30
Oktober nanti, beliau berharap beberapa perancangan diambil kira
termasuk pemantapan pihak berkuasa tempatan ke arah kelompok kepimpinan
belia yang berdaya saing demi menjamin kualiti untuk memimpin generasi
muda.
Katanya lagi, kerajaan negeri perlu mengambil kira beberapa insentif
rumah mampu milik golongan muda sebagai aspek penting kerana isu itu
menjadi topik penting dalam keadaan negara berdepan os sara hidup yang
tinggi.
“Selain itu, beberapa aspek baru berkaitan pembangunan ekonomi juga perlu ditingkatkan.
“Harapan saya dari sudut ‘ trend’ bajet perlu diberikan kepada generasi belia dan ia perlu lebih diutamakan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, melihat pembentangan bajet yang diumumkan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu, beliau berpandangan,
belanjawan tersebut tidak menangani isu-isu besar yang berlaku dalam
negara.
Amirudin berkata, isu belanjawan bukan bagaimana isu hendak
mengagihkan wang sahaja kepada golongan tertentu dan hendak tahu nilai
berapa sesuatu golongan itu dapat.
Katanya, kerajaan seharusnya membentuk belanjawan yang menunjukkan perjalanan kepercayaan rakyat.
“Antaranya termasuk kepercayaan terhadap isu kehakiman selain
kredibiliti SPRM yang sedang hangat diperkatakan berikutan kes 1MDB.
“Seharusnya belanjawan menjurus kepada menangani masalah kepercayaan rakyat berkaitan isu itu,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berpandangan Najib seharusnya membetulkan
pandangan ekonomi masyarakat yang kononnya boleh memulihkan sistem
ekonomi negara dan sistem prinsip negara.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment