Sunday, October 25, 2015

Adakah Tony Pua Seorang Samseng, Soal Aktivis PKR

Setiausaha PKR Kelana Jaya, Murali Subramaniam bertanya soalan kepada Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua adalah beliau seorang samseng kerana beliau dilihat sering mempertikaikan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional

S Murali mengemukakan soalan itu apabila Pua menuduhnya sebagai ‘samseng’ apabila mempertikaikan keputusannya mahu memindahkan tapak bazar Deepavali di Sungai Way, Petaling Jaya baru-baru ini.

“Tiap-tiap kali apabila beliau (Pua) memberi kenyataan..beliau mengatakan kami adalah samseng..dari mana beliau mendapat perkataan samseng, saya tidak tahu.

“Kami adalah ahli politik dan membuat kerja-kerja masyarakat, kami dicop sebagai samseng kerana kami tanya soalan kepada beliau menghadiri di..bazar Deepavali

“sekiranya beliau kata orang yang tanya soalan adalah samseng, saya nak tanya beliau, sebab saya nampak beliau banyak kali tanya soalan kepada Perdana Menteri dan (pemimpin) Barisan Nasional.

“Adakah beliau samseng kerana beliau banyak tanya banyak soalan ?,” soalnya.

Beliau mengemukakan persoalan itu kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya berkaitan dengan penyebaran satu mesej yang didakwa dimuatnaik oleh Pua berbunyi “The Indians really behave like thugs and like Pariah!”

“Saya mahu Pua menjawab beberapa soalan seperti berapakah jumlah premis-premis rumah urut, judi dan pusat hiburan yang tidak berlesen di kawasannya itu dan mengapa beliau tidak turun dan ambil tindakan memandangkan ia diusahakan oleh peniaga cina.

“Kenapa beliau sanggup turun di Sunway, adakah kerana kerana pengusaha di situ adakah kaum india,” soalnya lagi.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment