Sunday, October 25, 2015
PAS Hanya Boleh Bertanding 4 Negeri Sahaja - Kit Siang
Bagaikan kacang melupakan kulitnya. DAP nampaknya telah mengambil sikap
terus menolak PAS daripada bertanding dalam PRU akan datang. Jika dahulu
mereka ditatang bagai minyak yang penuh sehinggakan sanggup PAS mengaku
'DAP lebih ISLAM daripada UMNO', kini segalanya berubah.
PAS terus
dihalau dan ditunjukkan jalan keluar oleh DAP kerana mereka sudah punyai
parti baru sebagai wadah orang Melayu iaitu AMANAH. Habis madu sepah
dibuang, itulah yang boleh diibaratkan kepada PAS selepas DAP menolak
penglibatan PAS dalam Parti Harapan kerana didakwa bertindak RASIS
kerana hanya mementingkan HUDUD dan ISLAM sahaja.
Rupanya Mustafa Ali
dah lama tahu tentang dendam DAP terhadap PAS. Masih ada lagi sisa
dendam DAP kepada PAS yang mana satu masa dahulu mereka pernah
bercakaran tentang undang-undang Islam yang dibentangkan namun tidak
mendapat perkenan DAP.
Selepas bertahaluf siyasi dengan DAP akhirnya PAS
baru terbuka mata untuk menolak kerjasama yang selama ini mereka
jalinkan dalam Pakatan Rakyat setelah dapat menghidu talibarut DAP yang
bertapak dalam PAS. Tahniah DAP kerana berjaya memecahbelahkan orang
Melayu dalam PAS.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment