Sunday, October 25, 2015
Alahaiiiii.... Wan Azizah "BR1M Sepatutnya RM1300”
Adakah Wan Azizah benar-benar bodoh atau pun buat-buat bodoh? Beliau
mempersoalkan kenaikan kecil Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) atas alasan
hasil kutipan daripada cukai barang dan perkhidmatan (GST) bernilai
RM39 bilion.
Dalam politik, apa sahaja bentuk rupa boleh muncul tanpa mengira tahap
pendidikan seseorang itu. Mustahil Wan Azizah tidak tahu bahawa kutipan
GST bukan untuk BR1M semata-mata. Adakah kita terlalu memandang tinggi
tahap pemikiran beliau? Atau adakah beliau sebenarnya terlalu tidak
layak untuk memegang jawatan Ketua Pembangkang?
Bajet 2016 baru sahaja dibentangkan oleh Perdana Menteri kita, Datuk
Seri Najib Tun Razak petang tadi. Jumlah BR1M untuk tahun 2016 akan
dinaikkan seperti berikut:
Pertama: Satu kategori baru diperkenalkan bagi semua penerima di dalam
senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan di bawah 1,000 ringgit, akan
menerima BR1M sebanyak 1,050 ringgit;
Kedua: Bagi isi rumah berpendapatan bulanan 3 ribu ringgit ke bawah,
BR1M ditingkatkan daripada 950 ringgit kepada seribu ringgit;
Ketiga: Bagi isi rumah berpendapatan antara 3,001 hingga 4 ribu ringgit,
pemberian BR1M ditingkatkan daripada 750 ringgit kepada 800 ringgit;
Keempat: Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak seribu ringgit akan diteruskan; dan
Kelima: Bagi kategori individu bujang pula, yang berumur 21 tahun dan ke
atas, serta berpendapatan tidak melebihi 2 ribu ringgit sebulan, kadar
bantuan akan ditingkatkan daripada 350 ringgit kepada 400 ringgit.
Gambaran yang diberikan oleh Wan Azizah, seolah-olah keseluruhan kutipan
GST perlu digunakan sepenuhnya untuk pembayaran BR1M semata-mata.
Beliau berpendapat jumlah BR1M sepatutnya RM1300. Kononnya kalau
dibandingkan dengan BR1M yang diberikan RM1000 untuk satu keluarga maka
akan kekurangan apa yang dibagi balik, kurang daripada apa yang diambil
daripada GST.
Kalau itu benar-benar pendapat beliau maka tahap pemikiran Ketua
Pembangkang ini dilihat sebagai terlalu singkat dan tidak mencerminkan
kredibiliti pembangkang yang mampu menyumbang walaupun sedikit untuk
negara.
Namun kita tahu bahawa kenyataan beliau itu sebenarnya dilihat sebagai
cara halus untuk menghasut rakyat agar marah terhadap kerajaan dengan
menuntut jumlah yang lebih besar.
Selama ini pembangkang sering menghasut rakyat dengan menabur
persepsi-persepsi yang agak tidak masuk akal seperti janji-janji mereka
untuk menghapuskan semua tol dalam negara kita sedangkan tol dalam
negeri di bawah pentadbiran mereka sendiri pun masih rancak dikutip
malahan turut sama mengalami kenaikan kadar tol.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak , sekiranya GST tidak
diperkenalkan dan masih bergantung kepada cukai jualan dan perkhidmatan
(SST) semata-mata maka hasil negara akan berkurangan RM21 bilion jika
keadaan semasa diambil kira.
Perkara ini akan memberi kesan kepada defisit negara. Ianya akan
meningkat kepada 4.8%, dan bukan lagi 3.1% seperti yang disasarkan pada
2016.
Untuk makluman, semasa PM memperkenalkan GST pada April lalu, beliau
juga berjanji akan memulangkan semula hasil tersebut kepada rakyat.
Pembentangan bajet 2016 hari ini membuktikan bahawa PM kita mengotakan
janji beliau.
Namun seperti biasa, pembangkang akan tetap mengkritik segala tindakan
kerajaan walaupun ianya memberi manfaat yang besar kepada rakyat. Wan
Azizah tidak yakin dengan sasaran kerajaan untuk mengurangkan defisit
kepada 3.1% dengan alasan bahawa setiap tahun kerajaan akan
membentangkan bajet tambahan.
Bagaimana seorang wanita yang gagal mentadbir kawasan beliau yang
sekecil Kajang itu ada hati mahu mengkritik pentadbiran PM kita yang
telah banyak menghasilkan kejayaan. Masalah banjir di Kajang sehingga ke
hari ini masih gagal diselesaikan. Kami cabar Wan Azizah buktikan yang
beliau mampu bawa perubahan besar terhadap masalah banjir, denggi,
sampah dan sebagainya di Kajang. “Please walk your talk.”
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment