Sunday, October 25, 2015
Syiah Bersekongkol Dengan Kuasa Asing Takluk Negara – Ustaz Nazmi Karim
Pendakwah bebas Ustaz Nazmi Karim berkata salah satu bahaya Syiah
terhadap dunia Islam apabila sanggup bersekongkol dengan kuasa asing
untuk menakluk sesebuah negara.
Menurutnya, catatan sejarah telah membuktikan bahawa Syiah telah
memainkan peranan menjatuhkan kerajaan Abbasiyah (1238) dan Iraq (2003).
“Kalau baca sejarah, yang menjatuhkan Kota Baghdad (pusat pemerintahan
kerajaan Abbasiyah). Siapa yang menjatuhkan Kota Baghdad? Mongol kan.
“Siapa yang izinkan Mongol tu masuk? Menteri Syiah yang bernama al-Aqami (Muhammad bin al-Alqami).
“Dia mengkhianati dan dia masukkan tentera Mongol di dalam Baghdad. Lalu jatuhlah Baghdad,”katanya.
Pada zaman moden, Baghdad merupakan ibu kota negara Iraq, namun bandar
dan negara itu masih lagi menjadi musuh tradisi negara Iran.
Salah sebab permusuhan itu adalah berpunca daripada perbezaan ideologi.
Majoriti di Iraq berfahaman Sunni, manakala di Iran berfahaman Syiah.
Di Iraq, semasa pemerintahan Saddam Hussein, kumpulan Syiah adalah kumpulan minoriti.
“Dan kalau kamu tengok (sejarah) Iraq jatuh. Amerika serang Iraq. Kalau
kamu baca sejarah, kamu buat kerja (penyelidikan) sikit, kamu akan
tengok Amerika masuk kat mana? Masuk daripada sempadan Iraq.
“Sempadan (adalah kawasan) Syiah yang kuasai, Amerika masuk kat situ.
“Bila jatuhnya Iraq, negara yang mula-mula buat lawatan rasmi ialah negara Iran. Ahmadinejad yang pergi.
“Kalau kau (Ahmadinejad) tak setuju dengan campur tangan Amerika, kenapa
kau pergi ke Iraq tu. Nak khabarnya (bahawa) dia pun bersengkokol
dengan Amerika untuk menjatuhkan Saddam Hussien,”kata Ustaz Nazmi lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment