Tuesday, October 27, 2015
Amerika Hantar Kapal Perang Ke Pulau Buatan China
Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) menghantar sebuah kapal perang yang
lengkap dengan peluru berpandu menghampiri sebuah pulau buatan yang
dibangunkan China di Laut China Selatan, Selasa, kata pegawai pertahanan AS.
Langkah berkenaan dilihat akan meningkatkan lagi ketegangan di kawasan perairan strategik itu.
Penghantaran kapal perang itu ke kawasan di luar garis 12 batu nautika,
had wilayah China di kepulauan itu, pasti akan membangkitkan kemarahan
Beijing yang mana bulan lalu negara itu sudah menyatakan tidak akan
membenarkan mana-mana negara menceroboh wilayahnya di Kepulauan Spratly,
di mana China sudah membina tujuh pos kawalan.
Seorang pegawai pertahanan AS berkata, Kapal USS Lassen belayar dalam
lingkungan 12 batu nautika dari Terumbu Subi dan rondaan itu berlangsung
selama beberapa jam yang turut membabitkan Terumbu Mischief.
Mengikut pegawai itu, penghantaran kapal perang ke kawasan itu akan
menjadi permulaan kepada satu siri cabaran terhadap usaha tuntutan
wilayah China di perairan itu, antara yang tersibuk di dunia.
Menteri Luar China, Wang Yi, berkata Beijing akan mengesahkan sama ada kapal AS sudah memasuki zon 12 batu nautika.
"Jika benar, kami menasihatkan AS untuk berfikir dua kali sebelum
bertindak, bukan bertindak secara membuta tuli atau membuat masalah,"
katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment