Sunday, October 25, 2015
Bagi Salah Tak Bagi Pun Salah..... Lagi Suara Bantah Isu Bantuan Persekolahan RM100
JOHOR BAHARU : Golongan berpendapatan sederhana mula melahirkan keperitan
yang bakal dialami selepas mengetahui mereka tidak akan mendapat bantuan
persekolahan RM100 untuk anak-anak mereka tahun depan.
Bantuan itu hanya akan ditawarkan kepada isi rumah yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.
Peniaga insurans, Mohd Shuhaimi Mazlan, 41, membantah langkah terbaharu itu.
Malah katanya walaupun ada yang mungkin berfikir bahawa mereka yang
memperoleh pendapatan lebih RM3,000 sebulan mampu menampung perbelanjaan
sekolah anak-anak mereka, beliau berkata tanggapan itu adalah salah.
"Terdapat banyak yuran-yuran lain yang diminta pihak sekolah dari masa ke masa.
"Anak perempuan saya yang berusia 16 tahun menyertai beberapa kelab dan
pasukan pancaragam sekolah. Saya perlu membayar yuran, kos pakaian
seragam dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan. Ia kadang-kadang
boleh mencecah sehingga RM100 setiap kali diperlukan.
"Saya mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah dan sebagai
satu-satunya pencari nafkah untuk keluarga, RM100 setiap anak boleh
membantu meringankan beban saya sebelum ini," kata Mohd Shuhaimi, yang
memperoleh pendapatan kira-kira RM4,000 sebulan.
Menerusi Bajet 2016, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
mengumumkan bahawa bantuan Awal Persekolahan 1Malaysia sebanyak RM100
bagi setiap murid pada setiap awal atau hujung tahun, hanya akan diberi
kepada mereka yang penjaganya berpendapatan bawah RM3,000 sebulan mulai
sesi 2016.
Sementara itu suri rumah Chua Hui Che, 45, berkata RM100 adalah "besar" bagi mereka yang telah menerima bantuan.
"Walaupun suami saya memperoleh pendapatan sekitar RM4,500 sebulan, ia
adalah sukar bagi kami untuk menyara keluarga dalam keadaan ekonomi
semasa.
"Dua daripada anak-anak saya kini berada di sekolah berasrama dan perbelanjaan tersebut semakin tinggi," katanya.
Di Ipoh, pengurus kilang K.C. Kong, 34, berkata Bajet 2016 sekali lagi meminggirkan golongan berpendapatan sederhana.
"Saya tahu kerajaan sedang cuba untuk merapatkan jurang antara semua
lapisan rakyat tetapi saya rasa kecewa apabila golongan berpendapatan
sederhana tidak mendapat apa-apa manfaat.
"Lebih banyak telah diperuntukkan kepada golongan berpendapatan rendah.
"Namun satu perkara yang menarik ialah pelepasan cukai untuk keluarga
dengan anak-anak berusia bawah 18 tahun kebawah digandakan daripada
RM1,000 kepada RM2,000," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment