KUALA LUMPUR : Sejumlah RM267.2 bilion diperuntukkan untuk Bajet 2016 berbanding RM260.7 bilion peruntukan dipinda 2015, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Friday, October 23, 2015
Bajet 2016 Peruntuk RM267.2 Bilion, Berbanding RM260.7 Bilion Peruntukan Dipinda 2015
KUALA LUMPUR : Sejumlah RM267.2 bilion diperuntukkan untuk Bajet 2016 berbanding RM260.7 bilion peruntukan dipinda 2015, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Berucap membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat di sini hari ini,
beliau berkata daripada jumlah tersebut RM215.2 bilion disediakan untuk
perbelanjaan mengurus dan RM52 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata di bawah peruntukan
mengurus, RM70.5 bilion adalah untuk emolumen dan RM36.3 bilion bagi
untuk perkhidmatan dan bekalan.
“Sebanyak RM106.6 bilion merupakan pemberian dan kenaan bayaran tetap,” katanya.
Bagi pembelian aset, sebanyak RM761 juta diperuntukkan manakala RM1 bilion lagi untuk perbelanjaan lain.
“Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan
tertinggi, sebanyak RM30.1 bilion, diikuti sektor sosial RM13.1 bilion,
yang merangkumi pendidikan dan latihan, kesihatan, perumahan serta
kesejahteraan rakyat,” katanya.
Najib berkata bagi sektor keselamatan, sebanyak RM5.2 bilion
diperuntukkan dan selebihnya diagihkan kepada sektor pentadbiran am
iaitu sebanyak RM1.6 bilion dan simpanan luar jangka sebanyak RM2
bilion.
“Bagi tahun 2016, kutipan hasil kerajaan Persekutuan dianggarkan
sebanyak RM225.7 bilion, atau peningkatan sebanyak RM3.2 bilion
berbanding 2015,” katanya.
Najib berkata dengan mengambil kira unjuran hasil dan perbelanjaan
kerajaan, defisit fiskal kerajaan dijangka menguncup kepada 3.1 peratus
pada tahun depan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment