Friday, October 23, 2015
Pengerusi PAC Sokong Cadangan Angkat Sumpah Simpan Rahsia
KUALA LUMPUR : Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
(PAC) Datuk Hasan Arifin menyokong cadangan Timbalan Perdana Menteri
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya semua anggota PAC mengangkat
sumpah menyimpan rahsia.
Hasan, yang juga Anggota Parlimen Rompin berkata bagaimanapuna, ia
terpulang kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk
menetapkan sama ada semua anggota PAC perlu mengangkat sumpah atau
tidak.
“Selaku Pengerusi PAC, saya menyerahkan kepada kuasa serta budi
bicara Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam soal ini berdasarkan kuasa yang
diberikan sebagai Speaker Dewan Rakyat,” katanya dalam kenyataan di
sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Perdana
Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam yang juga Ketua Whip
Anggota Parlimen Barisan Nasional yang mencadangkan semua anggota PAC
mengangkat sumpah simpan rahsia bagi memastikan maklumat serta dokumen
siasatan jawatankuasa itu sentiasa terpelihara.
Menurut Ahmad Zahid, angkat sumpah rahsiah itu bertujuan mengelakkan
berlakunya kebocoran dokumen atau maklumat siasatan selain memastikan
semua perkara yang dibincang dalam mesyuarat PAC tidak dibawa keluar.
Hasan berkata PAC sentiasa terbuka kepada mana-mana cadangan daripada
rakyat dan kumpulan termasuk parti politik bagi tujuan penambahbaikan
jawatankuasa berkenaan.
Beliau berkata tugas serta tanggungjawab PAC tertakluk kepada
Peraturan Dewan Dewan Rakyat dan menjadi tugas semua anggota
jawatankuasa itu mematuhi peraturan dewan seperti yang ditetapkan serta
bertanggungjawab pada Parlimen.
“Saya berharap semua anggota jawatankuasa PAC menyedari bahawa mereka
tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat, yang secara jelas dan nyata
menyatakan semua bukti yang dibawa di hadapan jawatankuasa ini perlu
dibentangkan terlebih dahulu kepada Dewan Rakyat sebelum ia dijadikan
dokumen awam,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment